Cara Berfesyen Yang Betul Untuk Ibu Moden Nampak Menawan, Take Note 3 Perkara Ini!

Summer love, jenama pakaian dan penggayaan wanita kini menawarkan beberapa koleksi yang khusus bagi meningkatkan keyakinan para suri rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada zaman kini ramai wanita bertudung tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend penampilan semasa. Justeru, kami kongsikan beberapa tips untuk tampil bergaya yang betul agar anda tidak menjadi mangsa fesyen. Salah satunya mencuba pakaian dari SUMMER LOVE ini!

Meskipun bergelar seorang ibu, penampilan anda hendaklah sentiasa dijaga agar kelihatan lebih yakin ketika bertemu orang sekeliling. 

SUMMER LOVE membantu para ibu tampil menawan

Disebabkan oleh fesyen wanita hari ini semakin meriah dengan kehadiran pelbagai koleksi dari atas kepala sehingga ke kaki, berikut merupakan beberapa panduan penampilan khusus untuk para ibu:

#1. Tubuh berisi

Bagi ibu-ibu yang memiliki tubuh sedikit berisi, kami mencadangkan untuk pakai blaus dengan seluar jenis wide leg bagi menampakkan kesan lebih langsing. Pilihan warna gelap juga menghasilkan ilusi serta menyamarkan bentuk tubuh anda.

Untuk tudung atau selendang pula, pilih yang tidak berlapis bagi menghindari efek penuh pada penampilan anda. Corak yang ringkas seperti abstrak atau garis-garis lurus berbentuk kecil membantu membuatkan anda kelihatan langsing dan tidak berisi.

#2. Tubuh tinggi

Mereka yang bertubuh tinggi amat beruntung kerana ia menjadi idaman setiap wanita. Anda sesuai mengenakan pelbagai jenis busana seperti tunik, dres labuh atau skirt. Bagi menaikkan lagi seri penampilan, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang.

Namun jangan berlebihan sehingga boleh menenggelamkan penampilan anda, ya!

#3. Tubuh kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda bertubuh kecil, seeloknya elakkan dari memakai jubah yang terlalu besar. Hal ini kerana ia menampakkan tubuh anda janggal dan seakan tenggelam. Bagi kesan yang terbaik, anda blaus dan dipadankan bersama seluar jenis straight cut.

Gunakan rona terang supaya anda kelihatan lebih berisi. Anda digalakkan memilih tudung atau selendang dengan warna senada supaya penampilan nampak menarik.

Koleksi istimewa SUMMER LOVE

Memahami keperluan masa kini, SUMMER LOVE telah mencipta beberapa koleksi istimewa di laman webnya bagi menyerlahkan personaliti para wanita yang bergelar isteri.

SUMMER LOVE menginspirasikan gaya hidup wanita hari ini yang moden, penuh keyakinan diri dan menghargai setiap detik dalam kehidupan. Stail dan gaya yang dicungkil menerusi jenama ini mengetengahkan keceriaan serta meraikan kehidupan dengan gaya hidup tersendiri.

#1. Koleksi tudung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SUMMER LOVE kini memperkenalkan Dia Anggun Square Scarf, yang cukup istimewa dan menarik. Corak yang unik berinspirasikan ikon logo Summer Love yang eksklusif boleh digayakan dengan 3 stail yang berlainan mengikut citarasa anda.

Koleksi ini boleh didapati dalam tiga rona warna menarik iaitu hitam dan putih, biru dan merah jambu lembut.

Manakala Dia Dewi Square Scarf dengan padanan set Twilly Combo dapat memenuhi citarasa wanita hari ini yang menginginkan kelainan dalam penggayaan serta memiliki identiti tersendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga boleh didapati dalam tiga rona warna berlainan, sesuai untuk semua lapisan umur.

Dia Dahlia Long Scarf mengetengahkan elemen eksklusif berinspirasi corak batik moden yang ayu dan lembut bagi menyerlahkan lagi ciri kewanitaan anda.

Koleksi ini boleh didapati dalam dua rona berlainan, dengan pilihan warna pastel atau warna berani (bold) bagi memberikan keunikan tersendiri kepada anda.

Love Dia Sara Long Scarf memberikan imej keayuan dan kelincahan (chic) buat si pemakai. Kini SUMMER LOVE memperkenalkan cetakan gambar ikon Cool-Ching berserta tulisan motivasi pada kedua-dua bucu skarf.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Pakaian

SUMMER LOVE Multi Styling Draped Blouse adalah baju yang didatangkan bersama selendang. Ia memberikan kebebasan kepada anda untuk menggayakan stail yang unik lagi tersendiri mengikut tujuan serta destinasi penggayaan.

SUMMER LOVE Multi- Styling-Silk-Mix Top pastinya membuatkan ramai yang jatuh cinta. Ia memberikan kebebasan kepada si pemakai untuk mencorakkan gaya mereka yang sendiri. 

Bagi menyesuaikan anda dengan pelbagai gaya, dua pilihan warna disediakan iaitu hitam dan biru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pelitup muka fabrik denim

Dengan norma baharu ini, ia bukan sahaja memberikan perlindungan tambahan kepada anda malah selari dengan gaya hidup moden. Dengan pelitup muka fabrik ini, anda boleh tampil bergaya dan selamat.

Ia juga senang dicuci dan boleh dipakai semula. Kualiti produk ini sangat lembut, ringan dan dilapik dengan kain kapas jersi untuk memberikan keselesaan sepanjang hari. Pelitup muka ini didatangkan dalam tiga warna berlainan.

#4. Aksesori

Tanpa aksesori, penampilan anda tidak menjadi lengkap. SUMMER LOVE menyediakan perkhidmatan ukiran nama pada aksesori secara percuma dengan setiap pembelian.

Jadi, jangan tunggu lagi! Sekiranya anda ingin tampil lebih bergaya dan ranggi, cuba sahaja pakaian dan aksesori daripada jenama ini. Anda boleh layar laman web mereka di sini untuk pembelian yang berpatutan anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Kesilapan Fesyen Yang Ibu Moden Zaman Kini Selalu Buat Ketika Melaram