Surat Buat Ibu Yang Pernah Memukul Aku Sejak Dari Kecil, Nukilan Yang Sungguh Menyentuh Hati

Surat kepada ibu ini dapat menjadi peringatan bagi kita semua agar lebih hati-hati bersikap pada anak. Jangan sampai, anak menyimpan luka sampai dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyimpan memori masa kecil tentang kekerasan fizikal yang dilakukan oleh ibu atau ayah memang sesuatu yang buruk. Namun, beberapa orang tak dapat melupakan betapa sakit hatinya dipukul oleh orang tua. Ini surat buat ibu yang pernah memukulku. 

Hingga saat seorang anak sudah dewasa dan memiliki keluarga sendiri, ingatan masa kecil yang buruk tentang sakitnya dipukul oleh ibu bapa masih membekas di dalam hati. Meninggalkan luka yang tak dapat disembuhkan, walaupun setelah bertahun-tahun peristiwa ini berlalu.

Surat buat ibu 

Seorang ibu menulis surat kepada ibunya tentang betapa sakit hatinya beliau kerana dipukul ketika masih kecil. Curahan hatinya ini dimuat di laman The Guardian, sebagai pengingat bagi ibu bapa. Jangan sekali-kali memukul anakmu…

Aku tahu bahawa ibu akan melakukan apa sahaja untuk menjadi seorang ibu yang baik bagiku dan nenek yang baik untuk anak-anakku. Ibu telah mengirimkan kad ulang tahun, hadiah, dan menelefon untuk bertanya khabar jikalau keadaan keluargaku sedang baik-baik sahaja. Terutama jika ibu tidak mendengar khabar dariku selama beberapa waktu. Sudah bertahun-tahun lamanya aku hidup dengan cinta dan curahan perhatianmu. Sayangnya, aku masih tidak dapat memaafkan dirimu yang memukulku ketika aku masih kecil. Surat buat ibu – Usiaku ketika itu 11 tahun. Selama cuti sekolah, ibu sering meninggalkan adikku yang kecil dan aku di rumah nenek, kerana ibu harus pergi bekerja. Ketika itu, nenek meninggalkan aku sendirian dan menyuruhku untuk mengasuh adikku. Aku selalu benci jika disuruh menjaga seorang bayi. Yang aku ingin lakukan sepanjang hari adalah membaca, membaca dan membaca lagi. Pada suatu hari di musim panas, di kebun atok dan nenek, aku begitu asyik baca buku. Sampai aku tidak melihat bahawa adikku telah berjalan menjauh dariku. Nenek kembali dari pekerjaannya. Dengan suara sedih, dia mengheret fikiranku untuk kembali ke dunia nyata dengan bertanya, “di mana adikmu?” Adikku tak kelihatan. Aku perlu beberapa saat untuk kembali ke realiti bahawa nenekku sedang meneriakkan teriakan-teriakan dengan nada penuh teror padaku. Di sekitar situ ada jalan raya besar. Adikku mungkin sudah tergilas atau diculik. Aku juga ketakutan kerana pernah dengar tentang orang-orang jahat yang suka melakukan hal-hal yang mengerikan kepada anak-anak kecil. Kami lari berkeliling rumah. Meneriakkan namanya. Kami bergegas keluar masuk dari setiap ruangan di rumah, membuka dan menutup pintu almari. Hingga aku juga mencarinya di laci kerana aku fikir seorang anak kecil dapat bersembunyi di manapun. Teriakan kami yang memanggil namanya membuat anjing sekitar ikut menyalak. Bingung. Rasanya bagaikan sebuah lubang besar yang penuh kehampaan terbuka di dalam fikiran kami. Sepuluh atau dua minit kemudian – waktu masih terus berjalan – seorang tetangga memanggil kami. Dia telah menemukan adikku yang saat itu sedang memegang sebuah mainan yang belum pernah aku lihat sebelumnya. Dia berjalan ke rumah tetangga. Ia menemukan kamar tidur anak-anak dan bermain dengan gembira di sana sampai anjing tetangga kita memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak beres. Nenekku bersyukur kepada Tuhan dengan merapalkan doa-doa yang belum pernah aku dengar sebelumnya. Adikku baik-baik saja, selamat, tanpa luka, dapat menemukan mainan baru pulak. Lalu, aku membeku seiring dengan berhentinya doa nenek, “Aku harus memberitahu ibumu tentang kejadian ini.” *** Nenek bilang padanya bahawa semuanya sudah baik-baik saja. Ibu tampak membeku selama beberapa detik. Kemudian ibu memeluk adikku dan mengucapkan terima kasih pada nenek atas maklumat tersebut. Di dalam kereta, ibu berkata padaku, “Kamu faham bahawa aku harus menghukummu kerana ini, bukan?” Sesampainya kami di rumah, ibu membawa tali pinggang, kemudian membalutkannya di tanganmu, talinya tergantung. Kemudian ibu mula memukul kakiku lagi, lagi dan lagi dengan itu. Pukulan ini meninggalkan luka di pahaku untuk selamanya. Rasa sakit adalah hal yang buruk, namun penghinaan yang aku terima rasanya jauh lebih buruk. Aku tidak layak diperlakukan seperti ini. Aku tidak melakukannya dengan sengaja. Ibu memang tidak memukulku di wajah muka. Sekarang aku tahu sebabnya. Jika ibu melakukannya guruku di sekolah akan tahu soal ini. Dan dia akan melaporkanmu. Aku memakai skirt panjang untuk menyembunyikan kesan. Begitulah, tak seorang pun menyedarinya dan aku pun tidak memberitahukannya pada siapapun. Setelah semua itu terjadi, keadaanku semakin memburuk. Ayah juga diberitahu soal ini. Tapi dia pun puas kerana aku boleh mendapatkan pelajaran dari ini semua. Ya, memang aku telah belajar dari ini semua. Aku baru tahu bahawa ternyata, membaca buku secara mendalam sampai seolah-oleh dunia ini menghilang itu adalah sebuah kesalahan. Aku baru tahu bahawa ternyata, meminta anak usia 11 tahun untuk bertanggungjawab mengasuh seorang anak kecil sepanjang petang itu tidak masalah. Yang adikku sumber masalahnya, bagaikan diserahi sebuah bingkisan yang sebenarnya berada pada tangan yang seharusnya. Kemudian, tangan yang seharusnya tersebut melemparkan bingkisan itu ke tangan yang tak semestinya untuk menjaganya. Ternyata, ibu bapa yang mengambil manfaat dari anak kecil yang tak punya kemampuan untuk menjawab tuduhan dan melawan itu dianggap sebagai sebuah kebaikan. Seperti halnya ibu bapa yang selalu menganggap bahawa dia selalu lebih tahu dan semuanya demi kebaikanku sendiri. Aku masih tidak suka adikku, dan kadang-kadang aku fikir, pada hari itu aku telah berhenti mencintai ibu.

Tak lama setelah kejadian ini, aku mula membayangkan bahawa ibu akan mati. Aku merasa bahawa sekarang ibu sudah tua dan aku harus memaafkanmu. Ternyata, aku tidak sanggup memaafkanmu. Apabila aku sendiri menjadi seorang ibu, aku makin menyedari bahawa betapa pengecutnya tindakan memukul anak itu. Aku mencuba untuk memahami keadaan ketika itu, tetapi rasa sakit kerana dipukul itu telah mengendap terlalu dalam di memoriku. Perkara ini sungguh tak terlupakan untukku. Pada suatu hari, aku mencuba untuk membahasnya dengan ibu. Saat itu ibu mengatakan kepadaku bahawa peristiwa itu adalah masa lalu dan aku harus segera melupakannya. Sampai sekarang. ibu tidak mengucapkan kata “maaf”. Ibu tidak merasa bahawa ibu telah melakukan sesuatu yang salah.

Dengan surat ini, semoga setiap ibu bapa sedari bahawa mereka tak harus memukul anak walau apapun yang terjadi. Kerana anak akan mengingat rasa sakit itu selama-lamanya. Apalagi jika orang tua tidak meminta maaf.

Semoga kita mengelakkan dari tindakan kasar kepada anak ya, Parents…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Syahar Banu