Anda Suri Rumah Yang Ingin Kembali Bekerja? Buat 11 Perkara Ini Dulu!

11 tip ini untuk ibu-ibu suri rumah yang sudah bertahun-tahun berhenti kerja untuk menjaga anak dan kini sudah bersedia untuk kembali bekerja. Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah beberapa tahun menjadi suri rumah untuk menjaga anak-anak, anda kini sudah bersedia untuk kembali bekerja.

Anda rasa ragu-ragu dan kurang yakin dengan kemampuan diri. Ada tak pekerjaan yang sesuai untuk saya? Adakah sumbangan saya masih diperlukan oleh syarikat-syarikat hari ini?

Tugas mencari pekerjaan bukannya sesuatu yang mudah. Bacakan tip-tip ini dulu supaya boleh dijadikan panduan bagaimana untuk mula kembali bekerja:

1. Lakukan penilaian sendiri

Tanya diri dulu:

"Mengapa saya ingin kembali bekerja?" "Apakah yang saya harapkan dari pekerjaan itu nanti?" "Adakah anda kembali bekerja semata-mata untuk wang? Atau supaya dapat bersosial dengan orang lain? Ataupun masih mengejar impian diri?"

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata peratusan wanita yang meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjaga anak adalah sebanyak 32.4%. (NST)

Menurut Karen Steele, jurulatih kerjaya dan pengasas The Passion Shift - 

"Apabila anda jadi seorang ibu, cara anda menilai dan memberi keutamaan akan berubah. Ramai ibu-ibu tidak mahu kerjaya dengan gaji dan stress yang tinggi.”

Perubahan keutamaan ini mungkin akan mendorong anda untuk memilih kerjaya yang kurang tradisional - atau kerja yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda juga mungkin akan mementingkan kelonggaran dan keseimbangan kerja dan keluarga dari menerima gaji yang besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, luangkan masa dan jangan tergesa-gesa. Nilaikan dulu, apa yang paling penting?

2. Bersikap terbuka dengan bidang pilihan

Apa yang anda ingin lakukan?  

Menurut Gwenn Rosener, pengasas FlexProfessionals, semasa di rumah dengan anak, anda boleh mula cuba memikirkan beberapa jenis bidang yang anda minat.

Contohnya, jika anda ingin menjadi penulis, mulakan blog sendiri dari rumah. Tanya kawan yang sudah bekerja.

3. Saling berhubung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saling berhubung dengan rakan sekerja dulu juga ada manfaatnya. Lebih senang nak berhubung dengan adanya kemudahan media sosial seperti LinkedIn dan Facebook, tapi pastikan anda kena bertemu muka dengan mereka juga.

Stacey Delo, pengasas Maybrooks.com, (komuniti dalam talian untuk ibu bekerja) mencadangkan

apabila kalian berjumpa, anda boleh memberitahu mereka niat anda untuk kembali berkerja.

Jika tiada peluang pekerjaan di syarikat mereka, mereka mungkin tahu orang lain yang anda boleh hubungi.

4. Kemaskini kemahiran anda

Sudahkah anda membiasakah diri dengan versi terkini MS Word dan Excel?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda mahir menggunakan media sosial? Cuba layari laman-laman web serta komuniti dalam talian yang mengiklankan peluang pekerjaan untuk mengetahui kemahiran yang diperlukan. 

Anda juga boleh mengikuti kelas atau khusus percuma atau yang berkos rendah, untuk belajar teknik terkini. Jangan lupa untuk mengemaskinikan profil LinkedIn dan Facebook anda!

5. Kemaskini Resume anda

Resume perlu menunjukkan misi dan semua kemahiran anda. Sebagai suri rumah, anda mungkin mempunyai jurang yang besar dalam resume.

Anda perlu tahu cara untuk mengisi jurang ini setelah bertahun-tahun tidak bekerja.

Kebanyakan ibu menghabiskan masa mereka dengan melakukan kerja sampingan atau kerja sukarelawan, sama ada di sekolah anak-anak mereka atau di dalam masyarakat. 

Semua ini adalah pengalaman yang sesuai dan menunjukkan anda proaktif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Jangan fikir pengalaman sebagai suri rumah tidak berkaitan

Sebagai suri rumah, anda mungkin telah bekerja keras untuk mengimbangi pembelanjaan keluarga, menguruskan pelbagai tugas dan tarikh akhir, dan melakukan pelbagai pengalaman kemahiran yang mungkin berguna kepada majikan.

Allison Kelley, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MomCorps, berkata

"Ada syarikat yang akan menghargai pengalaman anda. Pengalaman kerja anda sebelum menjadi suri rumah, serta kemahiran lain yang anda pelajari setelah berhenti bekerja."

7. Sebarkan niat anda

Jangan rahsiakan niat anda untuk kembali bekerja! Menurut U.S. Bureau of Labor Statistics, sebanyak 70% daripada semua pekerjaan telah dijumpa melalui jaringan hubungan sosial.

8. Hubungi pencari eksekutif (Headhunter)

Hantarkan resume anda kepada pencari eksekutif jika ingin gerak balas yang lebih cepat.

9. Cari pekerjaan yang sesuai untuk ibu-ibu

Terdapat beberapa laman web yang membantu ibu-ibu yang sedang cuba untuk kembali bekerja, sama ada mereka ingin pekerjaan biasa ataupun kerja yang lebih flexi serta kerja sambilan. 

10. Buat latihan temuduga

Sebelum temuduga, pelajari seberapa banyak yang anda boleh tentang syarikat tersebut.

Sediakan senarai soalan yang ingin ditanya mengenai syarikat dan jawatan yang dipohon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa temuduga itu, terangkan mengapa anda ingin bekerja untuk syarikat tersebut dan mengapa anda adalah calon yang baik. Terangkan dengan penuh keyakinan, walaupun anda tidak merasa begitu yakin.

Anda juga boleh melakukan beberapa latihan temuduga dengan keluarga dan rakan sebelum pergi ke temuduga yang sebenar.

11. Harapan yang fleksibel

Apabila anda mula bekerja dalam bidang yang baru, anda mungkin perlu bermula dari kedudukan yang lebih rendah dan gaji yang lebih kurang.

Jangan kecewa. Ingat bahawa anda masih boleh membina semula kerjaya anda dan mencapai kejayaan.

Ia adalah harapan semua ibu untuk mencapai keseimbangan kerjaya dan keluarga yang lebih sihat dan lebih bahagia.

Sumber: Modern Mom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/5-cara-berkesan-untuk-para-ibu-tambah-pendapatan-secara-online-dari-rumah/

Penulis

Rosanna Chio