Wanita Dipulau Keluarga Gara-Gara Beri Bayi Susu Formula!

Hanya kerana beri bayi susu formula, wanita ini dipulaukan keluarga sendiri. Pelik tapi ini memang benar-benar berlaku. Bagikan besar sungguh salahnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dipulau keluarga kerana beri bayi susu formula. Ya memang kejadian ini benar-benar berlaku. Wanita ini yang bertindak membantu kakak iparnya memberikan susu formula bayi kepada anaknya dipulaukan keluarganya sendiri.

Sampai begitu sekali tanggapan buruk masyarakat terhadap susu formula. 

Wanita ini dipulaukan kerana beri susu formula bayi

Kisah bermula apabila wanita ini melawat kakak iparnya yang sedang berpantang 17 hari. Dia menjelaskan keadaan kakak iparnya yang sangat teruk, nampak terlalu kepenatan dan hilang tenaga.

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kepenatan melampau wanita itu. Dia tetap dipaksa memberikan susu badan walaupun kurang, kerana keluarganya tidak mahu bayi yang baharu dilahirkan minum susu formula selain daripada susu badan.

Wanita ini nyata terkejut dengan keadaan itu dan mengambil keputusan untuk keluar membeli susu formula. Apabila dia pulang dengan membawa susu formula, kakak iparnya sangat berterima kasih padanya.

Akhirnya bayi itu diberi minum dengan jumlah yang sepatutnya dan boleh tidur dengan nyenyak berbanding sebelum ini dia meragam sepanjang masa. 

Yang menimbulkan lagi kemarahan wanita apabila abang kandunya turut sama sependapat dengan ahli keluarga yang lain supaya bayi itu terus diberikan susu badan. Sanggup pula dia melihat isterinya dalam keadaan tersiksa begitu.

Keliru, tanggapan keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita ini nyata keliru dengan tanggapan keluarganya malah tertanya-tanya mengapa sampai begitu sekali taksubnya mereka hingga sanggup biar si ibu yang baru bersalin kepenatan dan bayi yang baru dilahirkan kelaparan semata-mata tidak mahu dia diberikan susu formula bayi!

Bagaimanapun, tindakan wanita itu mendapat pujian ramai kerana ternyata tindakannya betul sebelum sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada kakak iparnya dan bayi yang baru dilahirkan itu. 

Panduan sebelum beri susu formula pada bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Terdapat banyak perkara yang anda perlu pertimbangkan seperti kandungan gula susu itu, adakah anak anda alergi terhadap susu itu dan sebagainya. Jadi kali ini, kami ingin sediakan panduan susu formula yang lengkap mungkin boleh membantu anda.

#1. Semak label

Pastikan anda membaca semua maklumat pada label susu formula sebelum membeli. Selain tersenarai kandungan nutrisi dan bahan yang digunakan, dari label juga anda dapat mengetahui sama ada susu tersebut sesuai dengan umur bayi anda atau tidak.

Sekiranya anda ada bayi pramatang, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu kerana bayi pramatang lebih sensitif. Jangan lupa, pada label juga, anda harus semak tarikh luput susu tersebut. Elakkan membeli susu yang hampir dengan tarikh luput.

#2. Pentingkan kebersihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peralatan yang digunakan untuk susu sangat mudah berkulat dan diserang bakteria. Jadi, pastikan kebersihan alatan dan tempat menyimpan alatan susu anak anda.

Begitu juga dengan tempat menyimpan susu formula. Pastikan ia diletak di kawasan bersih. Juga pastikan tangan dan penutup tin susu formula telah dibersihkan terlebih dahulu.

#3. Sukat dan campur dengan betul

Nisbah air dan susu pada label susu formula telah diuji oleh pakar. Jadi, janganlah anda cuba untuk mengubahnya. Ikut arahan yang disediakan, atau dapatkan nasihat pakar.

Juga penting untuk anda tidak menggunakan air yang sangat panas atau terlalu sejuk. Ini kerana air yang terlalu panas tidak bagus untuk mengekalkan nutrien. Manakala air terlalu sejuk pula boleh menyebabkan bakteria membiak.

#4. Cara simpan yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan cara menyimpan susu formula tersebut dengan betul dan selamat. Sama ada yang sudah dibancuh atau belum. Ikut saranan di belakang tin. Ada susu yang tahan empat jam saja dan tidak boleh diminum selepas itu. 

#5. Jangan paksa bayi habiskan semua susu dalam botolnya

Jika bayi anda sudah berhenti menyusu namun susu di dalam botol masih lagi berbaki, jangan memaksa bayi anda menghabiskan susu tersebut.

#6. Elak panaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro bersama botol

Elakkan memanaskan susu di dalam botol menggunakan ketuhar gelombang mikro. Ini akan membuatkan terwujudnya poket haba yang boleh menyebabkan mulut bayi anda melecur.

Cara paling selamat ialah dengan melalukan air panas pada luar botol atau merendam botol susu di dalam air panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teknik breast compression atau “perah susu” bagi melancarkan susu badan

Baca juga: 6 Jenis Susu Fernleaf Yang Terbaik Untuk Seisi Keluarga, Anda Minum Susu Ini Tak?

Baca juga: Bayi Alah Susu Lembu? Alternatif Terbaik Pastinya Minum Susu Soya, Banyak Juga Khasiatnya!

Penulis

Lala Annuar