Anak Alergi Susu Lembu? Ibu-Ibu Segera Tukar Dengan Susu Hypoallergenic Terbaik Yang Kami Syorkan Ini

Si kecil anda mempunyai masalah alahan pada susu lembu? Ibu boleh cuba beri anak anda susu hypoallergenic ini untuk tumbesarannya.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan sejak bayi baru lahir sebagai pelengkap nutrisi si kecil namun tidak semua bayi boleh menerima susu lembu jadi mereka memerlukan susu hypoallergenic.

Istilah susu formula hypoallergenic atau dikenali sebagai susu HA ialah susu lembu terhidrolisis. Kandungan partikel susu lembu rendah membolehkan tubuh mudah untuk menerima susu lembu. Oleh itu, jom kita semak kepentingan susu formula hypoallergenic untuk bayi.

Dalam sesetengah kes, pakar pediatrik biasanya mengambil kira sejarah keluarga alahan, ibu bapa.

"Bagi bayi yang mempunyai sejarah keluarga alahan seperti asma, alergik dan lain-lain, perkara ini akan dipertimbangkan. Bagaimanapun, ini dibolehkan jika keadaan bayi tidak mempunyai gejala alahan susu. Jika terdapat sebarang simptom alahan terhadap susu lembu ditunjukkan , ia memerlukan protein atau asid amino terhidrolisis," kata Dr Natia Anjasari, SpA ketika dihubungi melalui Whatsapp.

Tips Pemilihan Susu Hypoallergenic Terbaik

Sebelum ibu ayah membuat pembelian untuk susu hypoallergenic untuk si manja, anda patut pertimbangkan beberapa perkara ini:

1. Pilih jenama yang tepat

Ia memerlukan sedikit kajian dan pendekatan yang teliti dan berhati-hati untuk mencari produk terbaik untuk bayi anda yang mengalami kesukaran dalam mencerna susu formula biasa. Ibu perlu lihat pada jenama-jenama yang boleh dipercayai kehebatannya dari segi kualiti dan berapa lama ia sudah menapak di dalam pasaran.

2. Pilihan Bernutrisi

Susu formula bayi perlulah sentiasa bernutrisi dan dihasilkan dengan bahan-bahan wholesome. Susu hypoallergenic mesti mengandungi elemen vital berikut:

  • Mineral
  • Vitamin
  • Probiotik
  • Zat besi
  • DHA dan ARA

3. Sijil organik

Kebanyakkan susu hypoallergenic dari Eropah adalah diperakui 100 peratus organik dan mengikuti panduan ketat EU Commission sebelum dipasarkan seluruh dunia.

4. Rasa

Banyak susu hypoallergenic di luar sana dengan rasa yang tidak menyenangkan. Sesetengah susu formula mempunyai rasa yang sedap daripada bahan-bahan penyedap. Anda patut pilih susu formula yang bebas perasa tiruan, ejen penyedap, dan sirap jagung.

5. Harga

Sebagai ibu ayah, anda tidak sepatutnya berkompromi atas kesihatan bayi anda. Jangan korbankan kualiti yang baik berikutan harganya. Berikutan susu hypoallergenic adalah unik, ia biasanya datang dengan harga yang agak tinggi. Juga, susu berasaskan asid amino mempunyai harga yang tinggi.

10 Susu Formula Hypoallergenic Malaysia Terbaik Untuk Bayi

Bagi kes alahan susu lembu, bayi yang diberikan susu formula disyorkan untuk menukar kepada susu yang berasaskan soya, separa hadam (chydrolysate based) atau susu protein lembu khas (extensively hydrolyxed formula atau amino acid based formula) adalah pilihan yang terbaik.

Oleh itu, bagi parents yang tidak mempunyai pengalaman terhadap bayi yang alahan, anda pasti keliru memilih susu formula yang sesuai. Justeru, kami senaraikan 10 jenama susu hypoallergenic yang mudah didapati di pasaran.

Susu Hypoallergenic Malaysia Terbaik
Enfalac A+ Langkah 1
Susu Formula Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Enfamil Nutramigen
Terbaik dengan kesan yang cepat
Beli di Shopee
Nestle Nankid Optipro HA
Terbaik untuk diet yang seimbang
Beli di Shopee
Dumex Dupro Soy
Terbaik bebas protein susu lembu
Beli di Shopee
Nutricia Neocate LCP
Terbaik untuk bayi alergi susu lembu
Beli di Shopee
Similac Isomil
Terbaik lengkap dengan nutrisi
Beli di Shopee
S-26 Alula Gold
Terbaik dengan kandungan premium
Beli di Shopee
Enfagrow A+ MindPro Gentlease
Terbaik untuk atasi ketidakhadaman perut
Beli di Shopee
Novalac NovaRice
Susu Hypoallergenic Terbaik Daripada Protein Nasi
Beli di Shopee
Dale & Cecil Miwako Milk Powder
Susu Hypoallergenic Terbaik Daripada Tumbuhan
Beli di Shopee

Enfalac A+ Langkah 1

Susu Hypoallergenic Terbaik Keseluruhan

Enfalac A+ langkah 1 adalah susu formula hypoallergenic Malaysia yang berasaskan protein soya. Susu ini mengandungi DHA + ARA dan tambahan rumusan baharu seperti MFGM & 2'-FL yang dirumus khas bagi bayi untuk kegunaan jangka masa panjang sejak lahir hingga berusia 12 bulan.

Rasanya bukan sahaja lazat, malah kandungannya turut membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan bayi untuk perkembangan supaya lebih sihat!

Apa yang kami suka?

  • Menggunakan formula Hypoallergenik
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan
  • Rasanya yang lazat menjadikan bayi lebih selera
  • Dirumus khas dengan rumusan prebiotic GOS & PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia , Singapura dan Hong Kong

Enfamil Nutramigen

Susu Hypoallergenic Terbaik Dengan Kesan Yang Cepat

 

Nutramigen adalah susu formula hypoallergenic untuk bayi berusia 0- 12 bulan. Ia merupakan jenama susu formula yang disyorkan oleh doktor.

Jika bayi anda alahan kepada protein susu lembu, pilihlah susu Nutramigen kerana diperbuat dengan susu daripada lembu yang tidak dirawat dengan pertumbuhan hormon.

Sangat sesuai untuk bayi yang alah kepada protein susu lembu.

Apa yang kami suka?

  • Khas untuk bayi kolik dan alergi terhadap protein susu lembu
  • Boleh didapati dalam bentuk serbuk
  • Mengandungi DHA*, Enflora LGG, untuk menyokong perkembangan fizikal normal otak dan mata
  • Menggunakan teknologi hidrolisis untuk menjadikan protein kasein lebih kecil dan mudah dicerna

Nestle Nankid Optipro HA

Susu Hypoallergenic Terbaik Untuk Diet Yang Seimbang

NAN kid pH Pro 3 ialah susu formula hypoallergenic Malaysia sesuai untuk pertumbuhan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang dirumus oleh Pusat Penyelidikan Nestle, Switzerland.

Susu hypoallergenic ini didatangkan dengan protein whey terhidrolisis separa yang merupakan komponen penting berkualiti tinggi. Selain itu, NAN kid pHPro 3 juga mengandungi kalsium, yang berperanan dalam pembentukan dan penyelenggaraan kepadatan tulang dan gigi.

Jangan lupa asid lemak penting LA dan ALA, 12 vitamin dan 9 mineral serta probiotik Bifidobacterium lactis yang boleh membantu melengkapkan nutrisi si kecil untuk mendapatkan diet yang seimbang.

Sangat disyorkan untuk kanak-kanak yang mempunyai sejarah alahan, alahan sederhana atau berisiko alah kepada susu formula biasa.

Apa yang kami suka?

  • Diformulasikan dengan Protein OPTIPRO HA hypoallergenic, Bifidobacterium Lactis, dan DHA yang berguna untuk tempoh perkembangan otak si manja terutamanya fungsi kognitif yang berterusan sehingga mencapai umur 12 tahun.
  • Mengandungi protein whey terhidrolisis separa berkualiti tinggi supaya mudah dihadam dan membantu membina otot pada si kecil anda.
  • Susu hypoallergenic yang lazat ini juga kaya dengan DHA, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan otak, retina mata, dan sistem saraf pusat.
  • Tidak sesuai untuk bayi, khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.

Dumex Dupro Soy

Susu Hypoallergenic Terbaik Bebas Protein Susu Lembu

Dugro Soy adalah susu formula berasaskan soya dengan 5 Nutri, DHA, ALA, 14 vitamin dan mineral serta nutrien lain yang menyokong tumbesaran si kecil.

Ia dirumus khas untuk kanak-kanak dengan alahan protein susu lembu, tidak toleransi laktosa dan sebagai penyusuan semasa dan selepas cirit-birit.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Susu formula berasaskan soya
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 0-12 bulan

Nutricia Neocate LCP

Susu Hypoallergenic Terbaik Untuk Bayi Alergi Susu Lembu

Satu lagi susu formula hypoallergenic Malaysia yang terbaik ialah Nutricia Neocate. Susu ini berasaskan formula amino asid sesuai digunakan untuk jangka masa panjang berumur 0-12 bulan.

Asid amino adalah blok bangunan protein manakala protein ialah rantaian asid amino individu yang disatukan dipanggil peptida. Rantaian peptida boleh dipecahkan atau dihidrolisiskan, untuk menjadikan protein lebih kecil dan kurang dikenali oleh badan.

Apabila dipecahkan dengan banyak (formula terhidrolisis secara meluas = EHF) ia boleh diberikan kepada kanak-kanak dengan CMA.

Apa yang kami suka?

  • Susu formula berasaskan amino asid
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan
  • Membantu bayi membesar dengan baik walaupun mengambil formula hipoalergenik

Similac Isomil

Susu Hypoallergenic Terbaik Lengkap Dengan Nutrisi

Similac Isomil adalah susu formula berasaskan soya untuk bayi dan kanak-kanak mencapai keperluan US RDA bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Ia melengkapi nutrisi yang diperlukan bayi dan merupakan alternatif lain bagi susu formula berasaskan lembu, jika dibandingkan dengan nutrisi dan kelebihannya.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk bayi berumur 0-12 bulan
  • Susu formula berasaskan soya sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan kepada susu lembu
  • Menawarkan frukti-oligosakarida (FOS) yang membantu tumbesaran bakteria baik untuk system pencernaan
  • Mengandungi asid folik, DHA + AA +Lutein untuk memperbaiki kesihatan mata
  • 100% Pengasingan Protein Soya kerana mempunyai asid amino yang baik untuk pembinaan tisu badan

S-26 Alula Gold

Susu Hypoallergenic Terbaik Dengan Kandungan Premium

Pilihan terakhir untuk susu formula hypoallergenic Malaysia adalah S-26 Gold Alula Soy. Ia adalah susu formula khas bayi yang premium dan penuh nutrisi sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap protein susu lembu.

Ia sekaligus menyokong gaya hidup bukan tenusu yang menjadi pilihan sesetengah parents!

Apa yang kami suka?

  • Susu formula khas bayi yang lengkap sesuai untuk bayi alah kepada protein susu lembu
  • Menyokong pengambilan susu berasaskan soya untuk keperluan diet harian bayi
  • Mmebekalkan zat yang optimum kepada bayi supaya membesar dengan baik
  • Sebelum mengambilnya, disyorkan berunding terlebih dahulu dengan pakar
  • Sesuai untuk bayi berumur 0-12 bulan

Enfagrow A+ MindPro Gentlease

Susu Hypoallergenic Terbaik Untuk Atasi Ketidakhadaman Perut

Enfagrow A+ MindPro Gentlease direka untuk kanak-kanak yang mengalami ketidakselesaan pada sistem pencernaan mereka seperti masalah gas perut dan perut meragam, daripada susu formula yang biasa.

Kanak-kanak yang mengalami isu pencernaan ini mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk mencerna protein biasa dan laktosa. Ia boleh jadi akibat pengurangan aktiviti enzim enterokinase dan laktase yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, memberi impak pada pencernaan protein dan laktosa.

Apa yang kami suka?

  • Direka saintifik untuk perut sensitif
  • Satu-satunya jenama diformulasikan saintifik dengan separuh protein yang dihidrolisis untuk melancarkan pencernaan serta MFGM Pro dan kadar DHA pakar untuk perkembangan otak.
  • Dihasilkan dengan gabungan unik nutrisi untuk menyokong perkembangan mental dan fizikal menyeluruh.
  • Sedikit amaun separuh protein yang dihidrolisi (PHP) membantu dengan melancarkan pencernaan dan penyerapan oleh perut yang sensitif
  • Formula rendah laktosa membantu menyokong pencernaan dengan baik tanpa mengkompromi kadar tenaga yang diperlukan dan tumbesaran menyeluruh.

Novalac NovaRice

Susu Hypoallergenic Terbaik Daripada Protein Nasi

Novarice adalah formula khas berasaskan protein beras yang lengkap nutrisi dan sesuai untuk bayi yang mengalami alahan makanan terhadap protein susu lembu atau soya.

Novarice juga sesuai untuk bayi dengan intoleransi laktosa atau sebarang malabsorpsi protein.

Susu ini merangkumi semua keperluan pemakanan bayi sejak lahir dan seterusnya. Selepas 6 bulan Novarice akan menjadi sebahagian daripada diet pelbagai bayi anda mengikut nasihat doktor anda.

Dapatkan nasihat perubatan sebelum memperkenalkan makanan yang mengandungi protein susu atau soya (bijirin susu, produk tenusu, makanan dengan minyak soya atau lesitin soya dan lain-lain) kepada bayi anda.

Apa yang kami suka?

  • 100% protein berasaskan sayuran
  • Protein beras terhidrolisis secara meluas
  • Tanpa laktosa
  • Rasa sayur yang sedap
  • Dilengkapi dengan Nukleotida

Dale & Cecil Miwako Milk Powder

Susu Hypoallergenic Terbaik Daripada Tumbuhan

Susu MIWA kini lebih dikenali sebagai Susu MIWAKO adalah formula bebas laktosa yang dirumus khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar yang memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia menggalakkan perkembangan otak yang sihat dan fungsi saraf yang betul.

MIWAKO ialah makanan yang sangat berkhasiat dan mudah dihadam untuk kanak-kanak berumur lebih 12 bulan.

Susu MIWAKO mengandungi bahan-bahan yang secara semulajadi bebas gluten dan berkhasiat yang kaya dengan vitamin, mineral dan protein tolak kasein menjadikannya pengganti ideal untuk kanak-kanak yang tidak bertoleransi laktosa.

Ia terdiri daripada Quinoa Organik, Millet Organik, Beras Perang, GABA (asid gamma-amino butyric) yang kaya dengan Beras Perang Bercambah, DHA daripada alga laut, Fructo-Oligosaccharide (FOS) dan Pea Protein, sumber protein sayuran, tanpa perlu risau tentang tindak balas alergi terhadap soya.

Apa yang kami suka?

  • Bebas laktosa
  • Hipo-Alergenik
  • Susu alternatif bagi mereka yang mempunyai intoleransi laktosa
  • Pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan
  • Mengandungi mineral, vitamin, antioksidan, protein tumbuhan dan omega 3 secara semulajadi

Perbandingan Harga Susu Hypoallergenic Terbaik

Jenama  Harga
Enfalac A+ Langkah 1 RM79.90
Enfamil Nutramigen RM329.45
Nestle Nankid Optipro HA RM73.90
Dumex Dupro Soy RM31.20
Nutricia Neocate LCP RM115.00
Similac Isomil RM98.00
S-26 Alula Gold RM150.80
Enfagrow A+ MindPro Gentlease RM90.50
Novalac NovaRice RM146.61
Dale & Cecil Miwako Milk Powder RM89.90

Jenis Susu Hypoallergenic

Susu hypoallergenic adalah disyorkan oleh pakar kanak-kanak untuk bayi yang mempunyai masalah dalam mencerna susu formula berasaskan lembu.

Protein yang terkandung di dalam susu hypoallergenic juga dikenali sebagai formula elemental, telah dicerna lebih awal jadi protein besar susu telah dihancurkan kepada bahagian kecil. Proses ini membuatkan formula ini kurang menyebabkan kesan reaksi alergi.

Susu hypoallergenic boleh jadi:

  • Separuh dihidrolisis, yang mana separuh protein di dalamnya dihancurkan (formula ini biasanya tidak bersifat hypoallergenic sepenuhnya)
  • Dihidrolisis sepernuhnya, mempunyai protein susu yang sangat kecil
  • Berasaskan bebas asid amino, di mana protein di dalamnya split kepada bloknya sendiri, asid amino. Jika bayi tidak dapat bertoleransi biarpun dengan formula susu yang dihidrolisis sepenuhnya, susu berasaskan bebas asid amino adalah langkah seterusnya yang ibu ayah boleh ambil (dan malah lebih mahal berbanding formula yang dihidrolisis)

Simptom Bayi Yang Memerlukan Susu Formula Hypoallergenic Malaysia

Berdasarkan laman web rasmi American Academy of Pediatrics, susu formula hipoalergenik disyorkan hanya untuk bayi yang mengalami gejala perubatan yang memerlukan susu khas.

Berikut adalah beberapa simptom bayi yang memerlukan formula khas untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka:

  • Bibir atau mulut gatal
  • Bibir atau lidah bengkak
  • Hidung gatal dan berair
  • Sukar untuk bernafas
  • Kejang perut
  • Mata berair
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kolik
  • Ruam muncul pada kulit

Apa Yang Anda Patut Jangkakan Pada Susu Hypoallergenic

Ibu ayah boleh jangkakan beberapa perubahan pada bayi anda pabila mereka mula dengan susu hypoallergenic. Antara beberapa perubahan tersebut adalah termasuk:

1. Bau yang berbeza

Proses yang membasmi protein yang boleh mencetus reaksi alergik juga bermaksud yang rasa dan bau formula tersebut akan jadi sedikit berbeza. Kebanyakan bayi tidak perasan perbezaannya berikutan deria rasanya adalah masih lagi dalam proses berkembang.

2. Warna yang lebih clear

Tanpa protein susu yang berat, susu hypoallergenic juga akan kelihatan lebih cerah pada segi warnanya berbanding susu biasa, tetapi ia masih mempunyai nutrisi yang bayi anda perlukan.

3. Perubahan pada najis

Ia adalah agak biasa untuk kita lihat perubahan pada segi warnanya, kadar konsisten atau frekuensi bayi membuang air besar apabila anda menukar susu formulanya. Terutama sekali jika anak anda pernah mengalami najis cair sebelumnya, formula baru ini mungkin akan membantu pergerakan usus untuk jadi lebih solid dan kurang kekerapan. Walaubagaimanapun, hubungi doktor anak anda secepatnya jika anda melihat sebarang warna putih, cair, merah atau najis hitam.

Jadi, antara pilihan jenama susu formula hypoallergenic Malaysia yang kami berikan, yang mana satu menjadi pilihan anda? Anda boleh membeli dengan mudah dengan klik sahaja pada carian!

Nota Editor: Setiap item dan harga adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 18 Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

Baca juga:  Bayi Muntah Susu Selalu? Ini 5 sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Baca juga: Bayi Alah Susu Lembu? Alternatif Terbaik Pastinya Minum Susu Soya, Banyak Juga Khasiatnya!

Penulis

Noorhidayah