Bayi Yang Minum Susu Kambing Boleh Dapat Penyakit Berbahaya!

Ramai yang kongsi mitos palsu tentang susu kambing untuk bayi ini seolah mirip susu ibu dan mengikut sunnah Nabi. Sedangkan menurut pakar, ia tidak benar!

Ramai ibu yang memilih susu kambing untuk bayi mereka. Persoalannya, boleh atau tidak beri susu kambing pada bayi? Apakah bahaya susu kambing untuk bayi yang anda tidak tahu?

Menurut Dr. Salehuddin Sulaiman, memang ramai ibu bapa yang memberikan susu kambing pada bayi bawah setahun. 

Menurutnya lagi, kajian dan kes yang dilaporkan dalam jurnal perubatan menunjukkan praktis ini membahayakan nyawa bayi.

Hal ini kerana, susu kambing segar mengandungi garam natrium (sodium) yang tiga kali ganda lebih tinggi berbanding susu ibu.

Kandungan garam yang tinggi ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, darah berasid (metabolic acidosis) dan sawan. 

Susu kambing untuk bayi, boleh atau tidak? 

Tambah Dr. Salehuddin lagi, kandungan folate iaitu bahan membuat sel darah merah juga rendah dalam susu kambing dan bayi berisiko tinggi untuk mendapat megaloblastic anaemia atau kurang sel darah merah

Apatah lagi, susu kambing yang tidak diproses mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan kuman seperti toxoplasmosis dan brucellosis

Betul ke susu kambing untuk bayi ini satu Sunnah Nabi? 

Dr. Sallehuddin pelik dengan sesetengah pihak yang mengatakan Nabi Muhammad SAW minum susu kambing ketika kecil. 

Atas sebab itu, beliau bertanyakan kepada ustaz jika ada hadis yang menceritakan Nabi Muhammad SAW minum susu kambing sewaktu bayi. 

Namun, jawapan yang diterima adalah TIDAK ADA

Jika dibaca kembali sejarah Maulud Nabi bersama keluarga Halimah dari Bani Sa’ad (Halimatussaadiah), baginda diberikan susu ibu. Bukan susu kambing! 

Apa yang menyedihkan, ramai promoter yang ‘claim’ susu ini bagus seperti:

Kajian menunjukkan bayi yang alergi dengan susu lembu mendapat reaksi yang sama bila minum susu kambing. Malah akan jadi lebih teruk!

Keduanya, tiada kajian yang menyokong susu kambing lebih mudah dihadam dan mirip susu ibu. 

Apa yang pasti, kandungan protein dalam susu kambing lebih tinggi dan risiko alergi juga sama. Ia sangat berbeza dengan susu ibu.

Susu kambing tak boleh diberikan kepada bayi bawah enam bulan!

Kredit : Iluminasi

Melalui perkongsian Dr. Suriyakhatun dalam Facebook miliknya, jika ibu memberikan bayi minum susu kambing semata-mata, ia boleh menjejaskan nutrisi dan perkembangan bayi bawah enam bulan. 

Jika ada promoter menjual susu kambing untuk bayi bawah enam bulan, ia adalah satu kesalahan! Sebaiknya, ibu beri susu badan ataupun susu formula berbanding susu kambing pada bayi.

Apa itu susu formula? 

“Susu formula adalah functional food iaitu rumusan khas untuk sesuatu tujuan bagi membekalkan nutrisi lengkap terutama bayi baru lahir hingga setahun.”

Terdapat dua jenis formula iaitu:

1) Modified cow’s milk: Susunya dibetulkan kadar nutrisi supaya tidak berbahaya pada bayi dan ditambah dengan vitamin serta zat galian penting. 

2) Humanised milk: Susu lembu atau kambing yang dirumuskan mirip susu ibu. Banyak kajian yang dijalankan untuk masukkan ke dalam susu humanised iaitu bahan yang ada pada susu ibu seperti pre dan probiotik. 

Permasalah susu formula 

Kredit : Detik Islam

  • Gula dari sumber jagung GMO 
  • Minyak sayur hydrogenasi dan mengandungi lemak rosak (transfat).
  • Terkini, banyak syarikat susu menyedari hal ini dan sedang memastikan susu mereka tiada bahan tersebut. 
  • Ada bahan lain dalam susu formula seperti anti caking agent, aluminium, pengemulsi, maltodextrin, vitamin dan zat galian sintetik. 

Namun, belum ada industri susu formula yang membetulkan keadaan ini. Adakah mereka merasakan terlalu mahal untuk menggunakan bahan yang lebih berkualiti? 

Jika anda bercadang memberi anak susu kambing, hadam dan fahami dahulu artikel ini dengan sebaiknya sebelum risiko yang buruk terjadi pada anak anda. 

Apa yang pasti susu ibu adalah terbaik! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Abbi Ummi & Detik Islam 

Sumber: Dr. SuriyakhatunSalehuddin Sulaiman

Baca juga:

Jenis Susu Apa Sesuai Untuk Anak Saya? Panduan Pilih Susu Untuk Pelbagai Umur