Panduan Merangsang Susu Payudara Tersumbat - Ia Bantu Tambah Bekalan Susu Anda!
Urut payudara ini berkesan bagi memulihkan semula puting payudara yang tersumbat dan membantu proses penyusuan lebih lancar sekaligus anak juga cepat kenyang!
Ibu menyusu tentunya risau apabila mengalami situasi susu tersumbat dan bekalan susu yang berkurangan. Ia sekaligus menambahkan rasa stres ketika menyusu bayi.
Tidak syak lagi, ini adalah keadaan yang cukup menyakitkan dan mencabar bagi anda yang mahu menyusukan anak dalam tempoh yang lama. Sebelum itu, adakah anda tahu gejala saluran susu tersumbat?
Simptom dan gejala saluran susu tersumbat
- Sakit di bahagian payudara
- Payudara bengkak
- Aliran susu yang lebih perlahan
- Saluran susu disekat
- Demam
- Mastitis
- Jangkitan yang menyakitkan payudara
Oleh itu, sekiranya anda mengalami demam disusuli dengan sakit di payudara, anda disarankan untuk terus berjumpa doktor.
Cara menghilangkan susu tersumbat – Proses dan langkah demi langkah
Apabila anda menghadapi susu tersumbat, payudara akan berasa seperti padat, tebal dan kental di beberapa kawasan.
Kulit sekitar puting juga boleh membengkak kemerahan beserta bintik putih.
Berikut adalah teknik urutan mudah yang boleh anda lakukan sendiri bagi mengurangkan susu tersumbat sekaligus menambahkan rasa selesa pada tubuh badan.
#Langkah 1 – Pergerakan belakang depan
Letakkan payudara di antara tangan sambil menahannya secara mendatar. Pastikan kedudukan itu tetap sama semasa menggerakkan tisu kelenjar ke belakang dan hadapan.
Selepas itu, ulangi prosedur yang sama dengan meletakkan payudara anda di antara tangan yang dipegang secara menegak pula.
#Langkah 2: Mengurut dalam gerakan bulatan
Sokong payudara anda dengan satu tangan dan letakkan empat jari tangan yang lain secara rata pada payudara. Kemudian urut sedikit tisu kalenjar dalam gerakan bulat.
Buat pergeseran di hujung jari 2-3cm dari semasa ke semasa dan ulangi langkah ini sehingga anda telah mengurut seluruh payudara.
#Langkah 3: Melayan payudara dari pangkal isola
Gunakan jari dan perlahan-lahan melayan payudara dari pangkal areola (kawasan sekitar puting susu). Melalui pergerakan ini, anda boleh mendorong susu mengalir keluar.
#Langkah 4: Beri sedikit tekanan pada payudara
Lakukan perahan susu dan tekan sedikit payudara anda. Selepas itu, perlahan-lahan perah payudara hingga susu keluar.
#Langkah 5: Lepaskan ketegangan (picit puting hingga susu keluar)
Basahkan puting dengan susu yang mengalir dan galakkan bayi untuk menghisap terus dari payudara. Cara ini dapat membantu meredakan payudara tersumbat dan tegang.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pam payudara yang berfungsi dengan baik untuk merangsang dan mengekspresikan susu ibu.
Cara memerangi saluran susu tersumbat – Perkara yang perlu diberi perhatian
1) Lakukan urutan ini sebentar sebelum sesi penyusuan terutama pada hari pertama dan seminggu selepas kelahiran bayi bagi mengelakkan susu tersumbat. Jika ingin menghalang keradangan payudara, cara ini sangat bermanfaat.
2) Urut payudara ini perlu sentiasa dilakukan dengan perlahan. Jika ia menyakitkan maka anda tidak melakukannya dengan betul.
3) Pastikan tangan anda sentiasa bersih ketika membuat urutan ini.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Jia Ling . Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga: