Minum Susu Untuk Tulang Setiap Hari, Cara Mudah Menjaga Kesihatan Tulang Dan Otot

Susu untuk tulang membantu mencegah osteoporosis dengan membekalkan kalsium, vitamin D dan nutrien penting untuk sepanjang hayat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda bahawa tulang kita memerlukan penjagaan sepanjang hayat, bukan sekadar semasa usia tua? Pengambilan susu untuk tulang yang kaya dengan nutrien penting adalah cara mudah untuk mengekalkan kesihatan tulang.

Sebab Kenapa Penting Menjaga Kesihatan Tulang

Tulang adalah struktur penting yang menyokong badan kita. Namun, seiring bertambahnya usia, ketumpatan tulang boleh menurun, menyebabkan risiko seperti osteoporosis dan mudah patah.

Oleh itu, penjagaan awal dengan diet yang betul sangat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang sepanjang hayat.

Jenis Susu Terbaik untuk Kesihatan Tulang

1. Susu Lembu (Penuh atau Rendah Lemak)

Susu lembu kaya dengan kalsium dan protein. Ia pilihan terbaik untuk individu yang tiada alahan atau intoleransi laktosa.

2. Susu Kambing

Selain lebih mudah dihadam, susu kambing juga mengandungi kalsium dan fosforus yang baik untuk tulang.

3. Susu Soya

Bagi mereka yang tidak boleh minum susu haiwan, susu soya yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin D ialah pilihan yang bagus.

4. Susu Badam

Walaupun kandungan kalsiumnya tidak setinggi susu lembu, kebanyakan susu badam di pasaran kini diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepentingan Susu Kepada Semua Golongan Umur

Susu bukan sekadar minuman harian. Ia membekalkan beberapa nutrien utama yang penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang seperti:

  • Kalsium: Kalsium membantu membina dan mengekalkan ketumpatan tulang. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.
  • Vitamin D: Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih efektif. Tanpanya, kalsium tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh tubuh.
  • Protein: Protein menyokong struktur tulang dan tisu sekeliling. Ia juga penting dalam proses pemulihan selepas kecederaan.
  • Magnesium dan Fosforus: Kedua-dua mineral ini berperanan dalam pembentukan matriks tulang yang kuat.

Manfaat Pengambilan Susu

Tahukah anda 99% kalsium dalam tubuh manusia terdapat pada tulang? Ini menunjukkan betapa pentingnya mineral ini dalam pembentukan rangka badan.

Tapi, tubuh kita tak mampu hasilkan kalsium sendiri, jadi kita kena dapatkannya daripada makanan.

Antara sumber kalsium paling mudah didapati ialah produk tenusu seperti susu.

1. Tulang dan Sendi

Apabila usia meningkat, tulang dan sendi akan mula melemah. Sendi yang lemah boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk bergerak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan susu secara rutin boleh membantu mengatasi masalah ini secara semula jadi. Kalsium dalam susu melindungi sendi manakala protein membantu membaiki tisu di sekitarnya.

2. Saraf dan Otot

Proses penuaan bukan sahaja menjejaskan tulang dan sendi, malah turut memberi kesan kepada otot dan saraf.

Apabila otot dan saraf lemah, keseimbangan dan kelincahan badan berkurang, lantas meningkatkan risiko jatuh.

Susu yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tulang, malah membantu merehatkan otot dan memastikan saraf berfungsi dengan baik. Ini membantu pergerakan badan menjadi lebih lancar dan seimbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dalam susu juga menyokong kelincahan. Kajian menunjukkan MFGM boleh membantu meningkatkan keseimbangan dan kelenturan badan apabila diambil bersama pemakanan sihat dan senaman.

Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Setiap Hari?

Pakar kesihatan menyarankan orang dewasa mengambil sekitar 1,000 mg kalsium sehari, bersamaan dengan 2 hingga 3 gelas susu (bergantung kepada jenis susu).

Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan warga emas mungkin memerlukan pengambilan kalsium yang lebih tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan mengekalkan kekuatan tulang.

Tanda-Tanda Tulang Rapuh dan Mudah Patah

Osteoporosis atau tulang rapuh sering dikenali sebagai “penyakit senyap” kerana tidak menunjukkan simptom ketara pada peringkat awal. Berikut adalah tanda-tanda tulang rapuh:

  • Kerap mengalami patah tulang, terutamanya akibat jatuh atau impak ringan
  • Sakit belakang yang berulang
  • Perubahan postur badan, termasuk bongkok
  • Pengurangan ketinggian sebanyak 4 cm atau lebih

Langkah-Langkah Pencegahan Risiko Tulang Rapuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain pengambilan susu, berikut adalah langkah-langkah pencegahan tulang rapuh:

  • Jalani Rutin Aktiviti Fizikal: Aktiviti seperti berlari, berjalan dan latihan angkat berat membantu meningkatkan ketumpatan tulang.
  • Berjemur di Bawah Matahari: Cahaya matahari adalah sumber terbaik vitamin D secara semula jadi.
  • Amalkan Diet Seimbang: Selain susu, makan makanan seperti sayuran hijau, ikan dan kekacang untuk melengkapkan keperluan nutrien.
  • Elakkan Rokok dan Alkohol Berlebihan: Kedua-duanya boleh mempercepatkan kehilangan kepadatan tulang.
  • Buat Pemeriksaan Berkala: Pastikan anda menjalani pemeriksaan kepadatan tulang secara berkala.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Tulang Pelvis Ketika Hamil: Punca, Simptom Dan Cara Mengatasi Yang Berkesan

Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Minum Susu Soya Atau Ada Kesan Sampingan Pada Janin?

Baca juga: 6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah