Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

Perubahan hormon menyebabkan semua tentang tubuh kita berubah, sama ada kulit mudah naik jerawat mahupun rambut menjadi kusam dan mudah gugur. Usah risau, kami di sini cadangkan syampu untuk ibu hamil yang bagus untuk mengembalikan rambut menawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil seringkali mengalami masalah keguguran rambut. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang dikenali sebagai telogen effluvium semasa tempoh kehamilan. Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih kerap terjadi selepas bayi dilahirkan. Ada beberapa cara untuk kembalikan mahkota anda, antaranya menggunakan syampu untuk ibu hamil yang bersesuaian atau guna cara-cara semulajadi dalam rutin harian.

Syampu Untuk Ibu Hamil: Langkah-Langkah Mudah Untuk Rambut Lebih Sihat

Bagi ibu-ibu yang inginkan rutin lebih mudah dan tidak memakan masa, ada beberapa langkah mudah yang anda boleh cuba bagi memastikan rambut tetap kekal sihat dan kuat semasa dan selepas proses kehamilan. Ia termasuk:

1# Membuat urutan minyak di rambut

Anda boleh menggunakan minyak kelapa, minyak bijan,atau minyak badam untuk mengurut kulit kepala. Urutan minyak bukan sahaja dapat meningkatkan pertumbuhan rambut tetapi juga sebagai terapi bagi membantu anda berasa lebih tenang.

2# Diet seimbang

Rahsia rambut berkilau dan sihat adalah melalui amalan diet seimbang dalam pemakanan seharian. Makanan seperti buah-buahan, sayuran dan kekacang merupakan sumber yang baik dan bagus untuk kesihatan rambut.

3# Menggunakan produk penjagaan rambut yang selamat 

Adalah penting ibu yang hamil menjaga kebersihan diri dengan mencuci dan merapikan rambut menggunakan produk-produk yang sesuai dan selamat.  Ini terutama bagi mereka yang mengalami rambut bermasalah seperti keguguran, bercabang dan pelbagai lagi. 

Formulasi di dalam syampu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu hamil

Jika dilihat di pasaran terdapat pelbagai jenama syampu rambut yang boleh merawat masalah rambut keguguran. Namun begitu tidak semua produk syampu sesuai untuk kegunaan ibu yang sedang hamil.

Antara formulasi bahan-bahan didalam syampu yang boleh membahayakan ibu yang hamil adalah seperti berikut:-

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sodium Lauryl Sulfate (SLS) iaitu bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan keradangan pada kulit. Salah satu bahan didalam syampu yang boleh menghasilkan buih.
  • Paraben, biasanya digunakan sebagai bahan pengawet. Ianya boleh menyebabkan reaksi alergi dan ruam kulit.
  • Sodium Chloride sejenis garam yang boleh menyebabkan kegatalan terutama kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
  • DEA dan TEA yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit kepala dan menyebabkan reaksi alergi. Selain itu kebaikan seperti keratin semulajadi dikurangkan menyebabkan rambut anda kering, rapuh dan tidak bermaya.
  • Formaldehyde ada digunakan didalam beberapa jenama syampu. Penggunaan formaldehid yang berlebihan boleh menyebabkan  keguguran rambut.
  • Alkohol juga terdapat didalam sesetengah jenama syampu. Penggunaan alkohol pada kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kering.
  • Pewarna dan pewangi sintetik (tiruan), samada dihasilkan daripada bahan kimia mahupun petroleum. Ianya sangat merbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser dan pelbagai lagi.

Menggunakan syampu yang sesuai untuk wanita hamil

Adalah penting bagi wanita yang hamil untuk memberi perhatian dalam memilih syampu rambut. Syampu yang mengandungi bahan seperti yang disenaraikan diatas  bukan sahaja boleh merosakkan rambut bahkan membahayakan bayi yang dikandungkan juga.

Syampu mesra kehamilan dengan bahan-bahan semulajadi sangat disyorkan bagi membantu menyuburkan kembali rambut. Ini kerana produk rambut yang menggunakan bahan semula jadi adalah yang paling selamat bukan sahaja untuk ibu yang hamil bahkan sesuai untuk kegunaan semua. 

Kebanyakan jenama syampu yang menggunakan bahan semulajadi harganya agak mahal di pasaran. Namun bagi jenama Mama’s Choice Treatment Shampoo yang diformulasi dari 3 bahan utama iaitu ekstrak buah kiwi, candlenut dan green pea ditawarkan pada harga cukup berbaloi dan berpatutan. 

Mama’s Choice Treatment Shampoo diformulasi daripada kebaikan 3 bahan utama iaitu:-

  • Buah Kiwi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sarat dengan khasiat zink dan mineral yang dapat menjaga kesihatan rambut serta menguatkan akar

  • Candlenut (kukui)

Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur

  • Green Pea

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkesan untuk mencegah masalah keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut.

Mama’s Choice Treatment Shampoo didatangkan dalam saiz 150ml. Ianya dapat membantu, mengatasi masalah keguguran rambut.

Diformulasikan dengan bahan semula jadi yang dapat membantu memelihara rambut anda untuk kekal sihat, kuat dan beralun cantik. Paling penting produk ini adalah bebas dari SLS, parabens dan alkohol. Jadi kegunaannya sangat selamat untuk ibu hamil mahupun yang sedang menyusukan bayi. 

Cara penggunaannya: Hanya tekan pam pada botol dan sapukan syampu pada seluruh rambut yang sudah dibasahkan. Urut seluruh kepala dengan syampu. Selepas itu bilas sehingga bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mama’s Choice Treatment Shampoo ini boleh didapatkan di Shopee.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih menyeluruh dalam penjagaan rambut. Adalah disyorkan penggunaan sekali perapi dari Mama’s Choice Treatment Conditioner. Perapi khas ini sesuai untuk kegunaan ibu hamil dan menyusukan bayi. Berfungsi dengan berkesan sebagai perapi, menyuburkan kulit kepala dan memulihkan minyak rambut secara semula jadi. Formulasinya dari ekstrak buah kiwi, candlenut dan juga green pea. Perapi ini juga tidak mempunyai bahan merbahaya seperti silikon dan paraben.

Cara penggunaannya: Gunakan perapi selepas rambut selesai disyampu. Tekan pam pada botol dan letakkan perapi di rambut yang sedia basah. Urut dengan lembut. Selepas itu bilas sehingga bersih.

Perapi rambut Mama’s Choice Treatment Conditioner juga boleh didapatkan dari Shopee.

Kedua produk ini bukan hanya boleh digunakan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu sahaja. Bahkan produk ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan rambut yang kuat, sihat dan cantik. Jadi jangan lupa untuk mencuba kedua-dua produk ini ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Banyak Rambut Gugur Selepas Bersalin, Adakah Ia Petanda Yang Tidak Baik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan