Ibu Ayah Jangan Larang Jika Bayi Ada Tabiat Menghisap Jari, Banyak Manfaat Untuk Mereka!

undefined

Kalau anda nak tahu, tabiat menghisap jari pada anak ini merupakan satu perkara normal dalam membentuk perkembangan anak yang positif.

Setiap anak kecil memiliki fasa dan perkembangan yang berbeza-beza, bermula dari tabiat bayi menghisap jari atau memasukkan sesuatu benda yang berada di sekitarnya. 

Tabiat menghisap jari di kalangan bayi ini kadang-kadang menimbulkan rasa bimbang di hati ibu ayah hingga cenderung melarang anak supaya melepaskan tangan mereka dari mulut. 

Namun, tahukah anda bayi menghisap jari ini mempunyai nilai positif untuk perkembangan si kecil terutama dalam membantunya belajar menelan makanan pejal?

Mengapa bayi hisap jari?

tabiat menghisap jari

Tabiat menghisap jari ini boleh terjadi seawal usia 0 hingga 18 bulan atau ada juga yang bermula pada umur empat bulan.

Pada masa itu, bayi puas melakukan kegiatan tersebut dengan mulutnya, di mana dia boleh mengulum, menggigit atau menghisap benda tertentu. Ia adalah fasa yang biasa terjadi pada setiap anak kecil. 

Menurut penjelasan daripada Ratih Puspa Rahmani, Master Psikologi Terapan Anak dari Universiti Indonesia menjelaskan, anak masih dalam fasa oral kerana pada sebelum itu, dan si kecil itu hanya dapat merasai payudara ibu.

Kemudian dia berkembang dengan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya sendiri. Keadaan ini adalah normal untuk perkembangan anak tersebut. 

Jadi mengapa bayi hisap jari?

Menghisap jari adalah perkara biasa pada bayi. Bayi dilahirkan dengan keperluan untuk menghisap. Malah ada yang sudah melakukannya sebelum mereka dilahirkan iaitu ketika mereka dalam perut ibu.

Menghisap sebenarnya memberi kesan menenangkan dan menenangkan pada bayi. Sama ada mereka mencari tangan mereka sendiri atau puting yang anda sediakan, ia akan masuk ke dalam mulut mereka. 

Bayi juga mempunyai refleks menghisap semula jadi yang boleh menyebabkan mereka ini memasykkan ibu jari atau jari ke dalam mulut. 

Disebabkan menghisap ibu jari membuatkan bayi berasa selamat, sesetengah bayi mungkin akan mula menjadi tabiat menghisap ibu jari apabila mereka memerlukan ketenangan atau akan tidur.

Ada beberapa sebab lain yang mengaitkan bayi dengan hisap jari. Ia termasuklah:

#1. Lapar

Pada awal kelahirannya, bayi yang menghisap jarinya mungkin cuba memberitahu anda bahawa mereka lapar. Ia sama juga berkait dengan menghisap botol atau puting bayi, mereka akan mendapat makanan!

Ia adalah naluri menghisap semula jadi bertujuan untuk memberi petunjuk kepada anda bahawa sudah tiba masanya untuk memberi makan lagi.

#2. Gusi gatal

Apabila tiba masa untuk giginya tumbuh, bayi memang akan mengalam gusi gatal yang sering membuatkan mereka mahu teething. Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi antara 4 hingga 7 bulan, jadi pada ketika ini anda memang boleh agak yang mereka akan mencari sesuatu untuk melegakan gatal gusi mereka.

Ketika proses tumbuh gigi, gusi anak akan bengkak dan sakit, jadi biasanya bayi akan cuba menggeselkan gusi mereka dengan sesuatu bagi mengurangkan rasa tidak selesa itu. Jika bayi anda lebih banyak meleleh air liurnya dan banyak meragam berbanding biasa, ada kemungkinan mereka ini sedang alami fasa tumbuh gigi yang sangat menyebabkan rasa tidak selesa.

#3. Meneroka

Bayi anda ketika ini akan mula ‘perasan’ bahawa di ada jari dan boleh dihisap! Ini adalah sebahagian daripada fasa penerokaan mereka dengan belajar mengenai diri sendiri.

Bayi pada usia ini baru mula mengetahui bahawa mereka mempunyai ‘alat’ yang sangat berguna yang terdapat pada tubuh badan mereka. Konsep ini juga akan mengajar mereka mengenai konsep deria.

Mereka akan tahu deria mereka dan belajar bahawa perkara yang berbeza mempunyai rasa, tekstur dan suhu yang berbeza. 

#4. Kebosanan

Jika tidak dilayan atau anda sedang sibuk melakukan sesuatu bayi anda mungkin boleh kebosanan. Jadi, hisap jari adalah salah satu cara mengurangkan kebosanan mereka. 

Kebaikan bayi hisap jari

Ibu Ayah Jangan Larang Jika Bayi Ada Tabiat Menghisap Jari, Banyak Manfaat Untuk Mereka!

 

Menurutnya lagi, sejumlah ahli kesihatan menjelaskan ketika anak memasukkan tangan ke dalam mulut, ia dapat membantu kemampuan si kecil mengunyah dan mendorong sensor lidah yang biasanya hanya aktif di bahagian depan tetapi turut aktif di bahagian pangkal lidah. 

  • Ini juga adalah salah satu persiapan untuk anak mula makan dan mudah mengunyah makanan. Jadi jangan dilarang. 
  • Selain itu, ibu ayah juga harus memastikan tangan anak bersih dan kukunya pendek. 
  • Jika anak masukkan tangan terlalu dalam, tarik ia sedikit keluar tapi jangan dilepas supaya dia tidak menangis. 
  • Jika anda gunakan puting tiruan, ada potensi untuk selalu hilang dan diletakkan merata-rata. Jadi jika anak anda hisap jari, tiada risiko perkara itu berlaku.

Beliau turut menambah, penggunaan teether juga boleh diberikan supaya bantu menstimulasikan fasa oral ini kerana jika anak belum selesai dengan fasa oral maka ia akan memberikan masalah ketika usianya semakin besar. 

Keburukan jika dihalang

tabiat menghisap jari

Sebaiknya, anda tidak melarang tabiat si kecil ini kerana ahli kesihatan mengatakan jika fasa oral anak tidak dipenuhi sepenuhnya, maka ia boleh membantutkan kematangan psikologi anak dari segi kelakuan yang kurang baik. 

Namun, sampai bilakah fasa oral anak menghisap jari ini berlaku? Bagaimana jika anak berterusan dengan kelakuan ini? 

Fasa oral yang tidak dipenuhi atau secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif. Kedua-duanya dapat membuatkan anak mencari kepuasan oral hingga umurnya dewasa dalam bentuk seperti makan berlebihan, suka menggigit benda seperti pensil hingga kecenderungan untuk merokok. 

Menurut Dr Nadia Nurotul Fuadah menjelaskan fase oral ini akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia anak. Ia akan menghilang biasanya sekitar umur dua tahun. 

Justeru, ibu ayah tidak perlu berlebih bimbang dan hanya memastikan perbuatan itu tidak membahayakan kesihatan mereka. 

Tips untuk anak belajar di fasa oral 

  • Sentiasa memastikan keadaan sekitar bayi dalam keadaan bersih tanpa kotoran
  • Ketika bayi sudah mula menghisap jari, anda harus rajin mencuci dan memotong kukunya.
  • Berikan si kecil mainan gigit  teether tapi pastikan ia dalam keadaan bersih dan sentiasa dicuci. 
  • Elakkan meletak benda kecil yang berbahaya di sekeliling bayi sama ada di tempat mereka bermain, dalam katil tidur, buaian dan sebagainya. 
  • Steril mainan bayi agar tetap bersih secara berkala. 
  • Berikan makanan bayi secara teratur supaya dapat mengelak si kecil lapar hingga cenderung memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. 

Sekiranya bayi mengalami gangguan pencernaan, masalah pernafasan dan lain-lain, jangan tunda untuk melakukan pemeriksaan segera ke hospital atau klinik berdekatan kerana mungkin mereka tertelan sesuatu dan sebagainya. 

Kesan lain bayi suka menghisap jari

Ibu Ayah Jangan Larang Jika Bayi Ada Tabiat Menghisap Jari, Banyak Manfaat Untuk Mereka!

Sudah pasti menghisap jari akan memberi kesan kepada bayi anda. Ini termasuklah:

#1. Jari mengelupas

Ada kemungkinan jari anak anda boleh mengelupas kerana jika meletakkan jari terlalu lama dalam mulut jari akan mengecut dan seterusnya akan menyebabkan ia mengelupas kerana kulit bayi sangat halus dan sensitif.

#2. Mungkin boleh kena jangkitan

Bagi bayi yang sudah merangkak, mereka akan lebih cenderung memegang lantai atau cuba memegang sesuatu yang mungkin tidak bersih. Jadi jika mereka menghisap jari selepas memegang permukaan atau benda tidak bersih mungkin boleh menyebabkan jangkitan

#3. Keadaan bentuk gigi yang ke depan, tidak sekata

Ada yang mengatakan jika terlalu lama meletakkan jari dalam mulut, struktu gigi dan gusi bayi boleh berubah dan jadi tidak sekata atau jongang.

Jadi disebabkan itu, jika anak anda jenis menghisap puting, perlu cari puting ortodontik.

Walaupun hisap jari banyak kebaikannya, namun pakar menggalakkan sebaiknya sebelum anak mencapai usia empat tahun tabiat ini harus anda ubah dan mula hentikan mereka. 

Rujukan:

  1. Mayo Clinic (Februari 23, 2022). Thumb sucking: Help your child break the habit. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/thumb-sucking/art-20047038#:~:text=Babies%20have%20natural%20rooting%20and,soothing%20or%20going%20to%20sleep.
  2. webmd.com ( June 6, 2020). Pacifiers or Thumbsucking: Which is Worse? www.webmd.com/parenting/baby/pacifiers-or-thumbsucking-which-is-worse

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Hisap Jari Tak Bermakna Dia Lapar @ Perlu Puting, Dia Sedang Tenangkan Diri Saja!

Baca juga:  5 Cara Bayi Sedang Berkomunikasi Dengan Anda, Ibu Ayah Perlu Tahu!

Baca juga:  Bagaimana ibu nak mengenal pasti bayi yang sedang tumbuh gigi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!