Tabiat Tidur Buruk Anak Berpunca Dari Ibu Bapa. Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Disebabkan inilah, sebagai ibu bapa, anda harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada mereka termasuklah tabiat tidur yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kala, menidurkan anak terutamanya di waktu malam adalah sangat mencabar buat ibu bapa.

Terutamanya bagi kanak-kanak yang suka bermain hingga lewat malam. Jika anda faham dengan situasi ini, anda tidak keseorangan dan waktu tidur sebenarnya tidak perlu memeningkan kepala.

Pertamanya, sebagai ibu bapa, anda perlu tahu yang waktu tidur adalah sangat penting untuk anak anda.

Ini kerana ia memberi kesihatan mental dan fizikal serta waktu pulih semula (recharge) yang optimal.

Walaubagaimanapun, untuk menjelaskan hal ini pada anak kecil hanya akan menambah masa anda terpaksa memujuk mereka tidur.

Kanak-kanak sentiasa mengikut tabiat yang dilihat pada ibu bapa mereka.

Disebabkan inilah, sebagai ibu bapa, anda harus sentiasa menunjukan contoh yang baik kepada mereka termasuklah tabiat tidur yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kita mengamalkan tabiat tidur yang sihat, kualiti tidur juga meningkat.

Menurut ‘National Sleep Foundationa’, berikut adalah jumlah masa tidur mengikut kumpulan umur anak anda:

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mempunyai tabiat tidur yang sihat?

1. Mempunyai rutin tidur untuk seluruh keluarga

Jika anda mempunyai rutin tidur untuk diri anda, secara automatiknya, anak anda juga akan mempunyai rutin tidur juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dapatkan waktu tidur yang tetap serta turut serta dengan rutin relaks sebelum waktu tidur.

Sama ada membaca buku cerita, mendengar muzik yang menenangkan (white noise) atau apa sahaja rutin yang bersesuaian sebagai persediaan sebelum tidur.

Contohnya, rutin menggosok gigi, membasuh muka dan kaki sebelum tidur. Baring di katil sambil relaks.

Membaca doa sebelum tidur dan mengucapkan sayang kepada mereka juga dalah rutin yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Elak aktiviti yang terlampau meransang sebelum waktu tidur

Ada sesetengah budak mudah teransang dengan pelbagai aktiviti.

Jika anak anda merupakan golongan seperti ini, elakkan aktiviti yang boleh meransang mereka berlebihan.

Contohnya senamanan atau aktiviti fizikal yang berlebihan, keluar lewat malam, paparan skrin yang terlalu terang (telefon bimbit atau televisyen) serta pengambilan minuman atau makanan yang tinggi gula.

3. Sediakan suasana tidur yang selesa untuk mereka

Ini adalah langkah yang paling mudah boleh diambil oleh ibu bapa. Jika tempat tidur selesa, mereka akan seronok untuk tidur.

Contohnya jika anak anda suka tidur di dalam keadaan gelap, pastikan bilik berada di dalam gelap pada waktu tidur mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga jika mereka lebih selesa tidur di dalam keadaan sedikit bercahaya, sediakan lampu tidur untuk mereka.

Pastikan tempat tidur tidak terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mereka. Serta pastikan bilik mereka di dalam keadaan bersih.

4. Katil hanya untuk tidur

Waktu main, waktu menonton televisyen dan waktu membuat aktiviti, pastikan bukan di katil.

Biar anak anda faham yang katil adalah hanya untuk tidur. Ia akan menjadi seperti aturan untuk mereka faham yang katil hanyalah untuk tidur.

5. Rutin tidur yang konsisten

Sama ada diwaktu cuti sekolah atau hujung minggu, pastikan rutin tidur mereka tetap sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ianya penting untuk memastikan anak anda tahu akan waktu tidur mereka dan jika ianya berubah-ubah, mereka akan menjadi keliru.

Pastikan mereka mempunyai waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari.

Jika anak anda mengikuti rutin tidur dan bangun mereka walaupun pada waktu cuti, berikan ganjaran seperti sarapan kegemaran mereka untuk mendorong mereka terus berbuat demikian.

Ini yang akan anda dapati jika anak-anak anda mendapat tidur yang cukup:

  • mood anak anda akan lebih baik dan gembiara
  • anak anda akan bertambah fokus dengan sekeliling
  • memori anak anda juga akan lebih baik kerana otak mereka mendapat rehat yang cukup
  • minda dan badan anak anda akan menjadi lebih sihat kerana mendapat tidur yang berkualiti

Bagus bukan? Mungkin anda boleh berkongsi tips bagaimana anda mengamalkan rutin tidur untuk anak anda.

Anda juga mungkin berminat dengan:

Kanak-Kanak Lebih Cepat Tua Apabila Kurang Tidur, Menurut Kajian

Penulis

Aqma