Tonik Asia Group Merawat Lebih Separuh Juta Rakyat Malaysia Menerusi Kiropraktik Dan Fisiologi

Mencari pusat rawatan kiropraktik? TAGS kini melancarkan program kesetiaan pelanggan, membolehkan penebusan mata ganjaran untuk rawatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tonik Asia Group (TAGS) merupakan yang pertama di dalam arena kiropraktik, kini menyambut ulang tahun yang ke-25 dalam memberikan impak kesihatan terbaik kepada pesakitnya menerusi sesi pemulihan yang positif dan pengalaman untuk pulih yang cukup lancar dan berkesan.

Selama bertahun-tahun, amalan kiropraktik ini telah menaikkan kualiti hidup ramai orang dianggarkan lebih separuh juta rakyat Malaysia menerusi pendekatan pelbagai displin mereka termasuklah Kiropraktor, Ahli Fisioterapi, dan Occupational Therapist

Terkini, TAGS mengumumkan tentang kerjasama mereka dengan International Medical University yang mensasarkan untuk melatih generasi kiropraktor akan datang dan myTAGS, program kesetiaan pelanggan dalam membolehkan rawatan holistik buat warga Malaysia.

Pada asalnya, TAGS ditubuhkan pada tahun 1997, yang mana perjalanannya di Malaysia bermula dengan sebuah klinik kiropraktik dan sejak itu telah melebarkan sayapnya di negara ini sebagai sebuah pusat rawatan pemulihan muskuloskeletal. 

Merangkumi 11 fasiliti TAGS, di lapan buah negeri, yang memanfaatkan protokol industri pemulihan dan menggunakan mesin berteknologi tinggi di mana servis dan modaliti digabungkan untuk mencipta penjagaan yang disesuaikan dan diperibadikan mengikut keperluan setiap pesakit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

TAGS bergerak dengan sebuah visi untuk membawa transformasi baharu kepada industri ini dan hidup dengan memaksimakan pergerakan untuk pengalaman gerakan manusia. Organisasi ini juga telah mengumumkan akan komitmen mereka untuk fokus kepada menembusi ekosistem akademik pada dua dekad akan datang ini untuk memain peranan dalam mempersiapkan kiropraktor generasi masa hadapan dengan skil perniagaan dan amalan yang betul.

Menurut Dr. Savitha Dharan, Ketua Pegawai Pengurusan TAGS, “Baru-baru ini kami mengumumkan sebuah kolaborasi dengan International Medical University, yang pertama di Malaysia, yang mana akan memperlihatkan pelajar-pelajar menerusi sebuah perjalanan pembelajaran di fasiliti TAGS sebagai sebahagian daripada semester terakhir mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi program ini, kami akan menyediakan kiropraktor generasi akan datang dengan kedua-dua skil praktikal untuk menilai, mendiagnos, dan merawat pesakit dengan betul sekaligus menyediakan sistem bisnes yang diperlukan untuk menjalankannya. Ini juga adalah pertama kali IMU berkolaborasi dengan sebuah pusat penyedia servis kiropraktik dan kami merasa bangga kerana diberikan kepercayaan tersebut.

Dengan pengalaman TAGS dalam penjagaan kiropraktik yang mentakrifkan semula selama lebih dua dekad, kami merasa dihormati untuk memainkan satu peranan besar buat kiropraktor masa hadapan menerusi perjalanan pembelajaran.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, sempena ulang tahun organisasi kiropraktik ini, TAGS juga mengumumkan akan sebuah program kesetiaan pelanggan myTAGS, yang mana ia unik dengan membolehkan pelanggan untuk menerima mata apabila mereka menghadiri sesi rawatan, yang mana boleh digunakan untuk ditebus sebagai diskaun untuk rawatan mereka yang selanjutnya. Program ini direka untuk memperbaiki pematuhan rawatan yang mana satu elemen penting dalam proses pemulihan.

Penulis

Farhana Fuad