Tali pusat adalah satu-satunya talian hayat bayi yang mana ia menghubungkan bayi kepada uri dalam rahim. Bagaimana jika tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi?
Salur darah dalam tali pusat ini mengandungi darah yang kaya dengan oksigen dan nutrisi kepada bayi dalam masa sama membawa bahan perkumuhan metabolism bayi ke uri dan kembali semula kepada darah ibu.
Selepas bayi dilahirkan, tali pusat ini akan di clamp dan dipotong, sebelum uri dikeluarkan.
Tetapi apa akan jadi jika tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi dilahirkan? Adakah ia berbahaya dan boleh mengancam nyawa?
Baca juga: Cara Penjagaan Tali Pusat Bayi, Elakkan Memakai Lampin Menutupi Tali Pusat Kalau Nak Cepat Gugur
Tali pusat terkeluar dulu tanda bayi perlu dikeluarkan cepat
Menurut Dr Muhammad Izzat, apa akan jadi bila air ketuban sudah pecah, tetapi tali pusat yang terjulur keluar mendahului bayi?
Bila air ketuban pecah, tali pusat ini ada potensi dengan lajunya terkeluar dari pintu rahim setelah melepasi kepada bayi. Selalunya ia boleh berlaku apabila sudah hampir bersalin atau bila air ketuban pecah
Kejadian ini sangat jarang berlaku iaitu 1 dalam 200 dan 1 dalam 1000 kelahiran. Jika berlaku ia berlaku pada penghujung kehamilan yang lazimnya pada minggu ke-37 dan ke atas.
Bukan main-main, bayi perlu dilahirkan segera
Perkara ini bukan main-main kerana ia berkaitan hal hidup dan mati bayi anda. Ia adalah perkara kecemasan dan bayi perlu dilahirkan segera!
Katany Dr Muhammad Izzat, ia berkait rapat dengan soal hidup dan mati bayi kerana apabila tali pusat terkeluar, tali pusat itu akan terhimpit oleh kepala bayi atau ditekan bersama-sama kontraksi rahim.
Salur darah yang membawa oksigen untuk bayi boleh tersekat dan berlakunya kurang oksigen untuk sampai kepada bayi. maka bayi perlu dikeluarkan dari rahim dengan serta merta untuk mengelakkan komplikasi akibat kurangnya oksigen.
Kejadian ini boleh disamakan dengan analogi jika seseorang itu dicekik. Apabila seseorang itu dicekik perjalanan oksigen untuk sampai ke otak akan terganggu dan boleh mati akibat tercekik.
Selain itu, menurut Dr Muhammad Izzat, situasi seperti ini tidak boleh dijangka malah melalui imbasan pun tidak boleh kerana kedudukan bayi dan tali pusat sentiasa berubah-rumah pada pada pelbagai peringkat kehamilan.
Keadaan berisiko tinggi tali pusat terkeluar
Ada beberapa keadaan yang mana dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk terjadinya kes tali pusat terkeluar terlebih dulu sebelum bayi:
- Bayi dalam keadaan songsang atau bayi dalam keadaan melintang.
- Air ketuban pecah awal atau hampir bersalin tetapi tidak cukup bulan pecah awal atau dah nak bersalin tak cukup bulan
- Kehamilan kembar
- Air ketuban lebih banyak dari biasa
- Bayi kecil dari biasa
- Bila air ketuban dipecahkan untuk memulakan sakit bersalin (ARM) oleh doktor atau jururawat perbidanan. Ia boleh berlaku lebih-lebih lagi apabila kepala bayi masih tinggi terapung di atas tulang pinggul. Doktor atau jururawat selalunya akan memecahkan air ketuban ini bila baby benar-benar sudah masuk dalam ruang pelvis.
Tanda tali pusat sudah terkeluar
#1. Tali pusat keluar dari faraj
Menurut Dr Muhammad Izzat, lazimnya doktor atau jururawat berasa ‘sesuatu’ yang pelik dalam faraj ataupun nampak sendiri tali pusat tu menjulur keluar dari faraj.
Suasana yang sunyi sepi akan bertukar menjadi gegak gempita.
#2. Degupan jantung bayi jadi sangat perlahan
Degupan jantung bayi tetiba menjadi sangat perlahan selepas air ketuban pecah.
Namun, katanya ada juga kes yang mana tali pusat dah terkeluar tapi tiada apa-apa tanda langsung.
Apa yang doktor akan lakukan jika tali pusat terkeluar?
Nama pun kecemasan, doktor akan berusaha supaya bayi dapat dilahirkan dengan segera. Dalam hiruk pikuk suasana pesakit akan diterangkan dengan pantas apa yang berlaku. Lazimnya pesakit sendiri pun keliru dengan apa yang berlaku dan tergamam. tapi percaya lah mereka-mereka ni sedang melakukan sehabis baik untuk menyelamatkan nyawa bayi.
Jari dimasukkan ke dalam faraj, untuk menolak kepala bayi supaya tidak menghimpit dan menekan tali pusat itu. Tiub kencing di masukkan dan air dimasukkan ke pundi kencing ibu melalui tiub ini supaya pundi kencing yang penuh dengan air dapat menolak kepala bayi ke sisi, jauh dari tali pusat terkeluar itu.
Oksigen diberikan kepada ibu melalui topeng muka oksigen agar cukup oksigen sampai kepada bayi dalam saat genting ini.
Selalunya doktor dan jururawat akan tidak menang tangan ketika ini kerana bayi selalunya akan keluar kurang dari dua minit sejurus ibu diberikan bius penuh.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Muhammad Izzat