Johnson & Johnson Diarah Bayar $417 Juta Kerana Undang Risiko Kanser Ovari!

Syarikat Johnson & Johnson telah diminta membayar saman apabila mereka gagal memberi amaran tentang risiko kanser ovari dalam produk mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarikat Johnson & Johnson diarah bayar saman kerana risiko kanser dalam produk

Baru-baru ini di Los Angeles, seorang juri California telah mengarahkan syarikat pengilangan Johnson & Johnson untuk membayar tuntutan sebanyak USD $ 417 juta kepada seorang wanita yang menghidap kanser ovari terminal. 

Ini selepas wanita itu menggunakan produk berasaskan talkum dari syarikat tersebut.

Kes ini merupakan salah satu daripada ribuan tuntutan saman terhadap syarikat terbabit berikutan mereka gagal memberi amaran tentang risiko kanser dalam penggunaan produk talkum mereka.

Produk Johnson & Johnson dikatakan mengundang risiko kanser ovari!

Eva Echeverria telah memfailkan saman kepada syarikat ini pada Julai tahun lalu. Dan kini mahkamah telah meluluskan tuntutan atas alasan kerosakan punitif.

Produk Johnson & Johnson punca kanser ovari?

Eva, 63 telah menghidap kanser setelah berabad menggunakan produk berasaskan talkum Johnson & Johnson untuk tujuan kebersihan femininnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, bagi pihak Johnson & Johnson, mereka menyatakan yang mereka akan membuat rayuan.

Ini kerana mereka percaya yang hasil kajian sains menunjukkan produk mereka, Johnson's Baby Powder adalah selamat untuk digunakan.

Adakah produk talkum boleh menyebabkan kanser ovari? Anda boleh rujuk maklumat tentang talkum seperti gambar di bawah:

Foto ehsan: Her War On Cancer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarikat Johnson & Johnson juga memetik kata-kata dari National Cancer Institute's Physician Data Query yang berbunyi "tiada bukti kukuh" yang mengaitkan kanser ovari dengan pendedahan bahagian genital kepada talkum

Namun, sebuah mahkamah di Missouri, juga pernah mengarahkan Johnson & Johnson untuk membayar saman berjumlah USD $ 307 untuk kes-kes talkum seumpama ini.

Ibu bapa sekalian, pernahkah anda membaca perkongsian kami tentang 4 Sebab Mengapa Bedak Membahayakan Kesihatan Bayi? Di sini kami ada mengongsikan tentang bahaya penggunaan talkum atau bedak.

Ambillah masa untuk membaca artikel tersebut. Ia amat mengejutkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Talkum itu apa?

Talkum ialah sejenis mineral yang mengandungi silica magnesium yang telah dihidrasi. 

Di dalam bentuk serbuk, ia mampu menyerap kelembapan dan menyebabkan kulit lebih kering.

Di sebabkan itulah talkum banyak digunakan untuk menghindari ruam terutamanya di kawasan pelvik.

Namun, talkum juga dikenali sebagai bahan yang mengandungi asbestos

Ia adalah bahan yang boleh menyebabkan kanser. Sekiranya ingin menggunakan bahan berasaskan talkum, bedak tersebut hendaklah bebas dari elemen asbestos.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk-produk lain yang mengandungi talkum

Sebenarnya, bukan hanya bedak saja yang mengandungi talkum.

Terdapat banyak produk lain yang mungkin anda tidak tahu sebenarnya mempunyai talkum! Antaranya ialah:

  • alat solek
  • pewangi ketiak (deodorant)
  • sabun
  • ubatan yang tertentu
  • minyak zaitun (sila periksa bahagian label)
  • gula-gula
  • kertas
  • cat
  • plastik

Hingga kini, banyak kajian mengenai kaitan talkum dan kanser masih dijalankan.

Namun begitu, mengapa mesti memilih untuk menggunakan bahan yang diragui keselamatannya? Anda mempunyai pelbagai pilihan lain yang lebih selamat.

Sumber: Channel News Asia dan Safe Cosmetics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma