TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selamatkah Guna Bedak Baby? Ini Penjelasan Pakar & Pilihan Yang Lebih Selamat Untuk Si Manja

6 min bacaan
Selamatkah Guna Bedak Baby? Ini Penjelasan Pakar & Pilihan Yang Lebih Selamat Untuk Si Manja

Bedak baby adalah produk penjagaan kulit yang direka untuk menyerap kelembapan berlebihan, mengurangkan geseran dan bauan segar pada si manja

Bayi baru lahir memiliki kulit yang lembut seperti sutera, harum dengan bau semula jadi yang menenangkan. Namun dalam menguruskan si manja, timbul persoalan yang kerap muncul iaitu adakah selamat guna bedak baby?

Tabiat penjagaan bayi sering menganggap penggunaan bedak menjadi rutin wajib selepas mandi, tetapi dengan pelbagai kajian dan penemuan baru, adakah ia masih selamat?

Isi Kandungan

  • Apa Itu Bedak Baby?
  • Apakah Kegunaan Bedak Bayi?
  • Adakah Bedak Baby Selamat?
  • Adakah Bedak Baby Boleh Menyebabkan Kanser?
  • Bilakah Selamat Pakai Bedak Pada Bayi?
  • Alternatif Lebih Selamat Selain Bedak Bayi
  • Tips Memilih Bedak Untuk Bayi

Apa Itu Bedak Baby?

Bedak baby adalah serbuk halus yang sering digunakan selepas mandi untuk menyerap kelembapan dan mengelakkan ruam bayi atau kegatalan pada kulit bayi. Ia memberikan bau segar dan wangi, serta dikatakan membantu mengelakkan lipatan kulit menjadi lembap dan berpeluh.

Namun, tidak semua bedak dicipta sama. Ada dua jenis bedak bay yang utama:

  1. Bedak berasaskan talkum (talcum powder)

  2. Bedak berasaskan kanji jagung (cornstarch powder)

Talkum adalah mineral semula jadi yang digunakan sejak dahulu dalam produk kosmetik, manakala kanji jagung lebih semula jadi dan bebas talkum.

Apakah Kegunaan Bedak Bayi?

Bedak bayi mempunyai sifat melembutkan dan anti-gumpalan, dan biasanya berfungsi dengan menyerap kelembapan serta mengurangkan geseran, sebab itulah ia sering digunakan untuk mencegah ruam lampin.

Bahan utama dalam bedak bayi tradisional ialah bedak talkum, atau talc, iaitu sejenis mineral semula jadi yang terdiri daripada gabungan magnesium, silikon, oksigen dan hidrogen. 

Namun, disebabkan isu keselamatan yang dibangkitkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengeluar telah berhenti menggunakan talc dalam bedak bayi dan kini menggantikannya dengan kanji jagung (cornstarch).

Adakah Bedak Baby Selamat?

Pakar tidak menggalakkan penggunaan bedak baby berasaskan talc kerana bayi sebenarnya tidak memerlukannya, dan ia boleh merengsakan kulit yang sensitif.

Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menekankan bahawa bedak bayi boleh menyebabkan masalah pernafasan dan kerosakan paru-paru sekiranya bayi menyedut partikel halus bedak tersebut, dan mungkin juga mendedahkan mereka kepada asbestos.

Sukar untuk mengelakkan serbuk daripada tersebar ke udara semasa digunakan. Ini lebih ketara dengan bedak berasaskan talc, yang partikel halusnya mudah terhidu. Namun, bedak lain termasuk yang berasaskan kanji jagung juga boleh disedut oleh bayi.

Walaupun sedikit bedak sahaja, ia boleh menyebabkan iritasi pada paru-paru bayi  terutamanya jika bayi berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan. Antara bayi yang berisiko tinggi termasuk:

  • Bayi pramatang

  • Bayi yang mempunyai penyakit jantung kongenital

  • Bayi yang pernah menghidap RSV atau kerap sakit saluran pernafasan

Adakah Bedak Baby Boleh Menyebabkan Kanser?

Menggunakan bedak bayi semasa menukar lampin tidak dikaitkan secara langsung dengan risiko kanser, terutama jika talc yang digunakan tidak mengandungi asbestos.

Sebelum ini, bedak bayi yang mengandungi talc pernah dikaitkan dengan kanser ovari, tetapi risiko ini hanya dikenal pasti dalam kalangan wanita dewasa yang menggunakan bedak bayi di kawasan sulit, membolehkan zarah talc masuk ke dalam sistem pembiakan. Walaupun begitu, kajian terkini tidak menemui kaitan yang kuat antara penggunaan talc dan kanser ovari.

Bilakah Selamat Pakai Bedak Pada Bayi?

Secara umumnya, bedak bayi tidaklah wajib digunakan, dan ramai pakar pediatrik menasihatkan agar elakkan penggunaan, terutama untuk bayi baru lahir dan bayi di bawah 6 bulan.

Namun, jika anda tetap ingin menggunakannya, berikut adalah situasi dan cara yang dianggap lebih selamat:

  1. Selepas fasa bayi baru lahir (6 bulan ke atas): Apabila paru-paru bayi semakin matang, risiko penyedutan bedak sedikit berkurang. Walaupun begitu, penggunaannya masih perlu berhati-hati kerana partikel bedak tetap boleh memberi kesan.

  2. Hanya di kawasan tertentu pada badan: Gunakan hanya pada bahagian yang mudah lembap dan bergesel, seperti leher, bawah lengan atau pelipat paha.

  3. Elakkan kawasan kemaluan, terutama untuk bayi perempuan, bagi mengelakkan iritasi atau risiko masuk ke dalam tubuh.

  4. Jika menggunakan bedak tanpa talkum (talc-free): Pilih bedak yang berasaskan kanji jagung (cornstarch) yang lebih selamat dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti asbestos. Namun, ia tetap perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan bayi menyedutnya.

Elakkan Penggunaan Bedak Bayi Dalam Situasi Ini:

  • Pada bayi baru lahir, terutamanya bayi pramatang

  • Pada kulit yang rosak, luka atau mengalami ruam

  • Di sekitar muka atau kemaluan

  • Jika bayi mempunyai sejarah masalah pernafasan seperti asma, RSV, atau alahan

Cara Guna Bedak Bayi Dengan Selamat (Jika Perlu Digunakan):

  1. Jangan tabur terus ke atas bayi

  2. Letakkan sedikit bedak di tapak tangan anda jauh dari bayi

    Stories Rakan Kongsi
    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
    Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
  3. Tepuk perlahan ke bahagian kulit bayi yang diperlukan, bukan pada muka atau kemaluan

  4. Simpan bekas bedak jauh dari capaian bayi

  5. Setiap kali tukar lampin, bersihkan sisa bedak untuk elakkan iritasi kulit

Alternatif Lebih Selamat Selain Bedak Bayi

Jika anda sudah biasa menggunakan bedak bayi, jangan risau,  terdapat beberapa alternatif yang lebih selamat untuk merawat atau mencegah ruam lampin. Alternatif yang boleh dipertimbangkan termasuk:

  • Bedak berasaskan kanji jagung (cornstarch) – masih ada risiko sedutan, tetapi tidak dikaitkan dengan asbestos atau kanser

  • Soda penaik (baking soda)

  • Tepung ubi kayu atau tepung arrowroot

  • Jeli petroleum (petroleum jelly)

  • Krim ruam lampin yang mengandungi zink oksida

Tips Memilih Bedak Untuk Bayi

Berikut beberapa tips memilih bedak untuk bayi yang terbaik dan selamat:

1. Pilih Bedak Bebas Talkum (Talc-Free)

Talkum boleh menyebabkan risiko pernafasan jika disedut oleh bayi. Oleh itu, pilih bedak yang bebas talkum dan nyatakan dengan jelas pada label “talc-free”. Ini penting untuk mengurangkan risiko gangguan pada paru-paru bayi.

2. Elakkan Bedak Dengan Pewangi Kuat

Bau wangi memang menggoda, tapi pewangi sintetik boleh merengsakan kulit bayi yang sensitif dan menyebabkan alahan. Pilih bedak tanpa pewangi (fragrance-free) atau diformulasi khas untuk kulit sensitif.

3. Utamakan Bahan Semula Jadi

Cari bedak yang menggunakan bahan semula jadi seperti:

  • Kanji jagung (cornstarch)

  • Tepung arrowroot

  • Soda penaik dalam jumlah selamat

Bedak berasaskan bahan ini lebih mesra kulit dan kurang menyebabkan iritasi berbanding bahan kimia sintetik.

4. Semak Label & Sijil Keselamatan

Pilih produk yang:

  • Diluluskan KKM

  • Diuji secara dermatologi (dermatologically tested)

  • Bebas dari bahan berbahaya seperti paraben, phthalates, dan asbestos

5. Lakukan Ujian Alergi Terlebih Dahulu

Sebelum guna secara menyeluruh, sapu sedikit bedak pada lengan atau paha bayi. Tunggu 24 jam. Jika tiada ruam atau kemerahan, barulah teruskan penggunaan.

6. Sesuai Untuk Usia Bayi

Pastikan produk itu sesuai digunakan untuk bayi baru lahir (newborn-friendly). Sesetengah bedak lebih sesuai untuk bayi berusia beberapa bulan ke atas. Semak label “suitable for newborns”.

Kesimpulannya, bedak baby bukanlah satu keperluan wajib untuk bayi. Malah, penggunaannya yang tidak berhati-hati boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan termasuklah risiko pernafasan dan iritasi kulit.

Sekiranya anda masih mahu menggunakan bedak, pilihlah produk yang bebas talc, tanpa pewangi dan gunakan dengan cermat iaitu  sentiasa jauhkan daripada wajah dan saluran pernafasan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Tips Memilih Syampu, Sabun, Losyen Dan Krim Bayi, Pastikan Tiada 6 Bahan Ini!

Baca juga: Kulit Anak Alami Masalah Alergik? Bedak Gatal Khas Untuk Bayi Ini Dapat Mengatasinya Dengan Berkesan

Baca juga:  Benarkah Bedak Bayi Tak Selamat Digunakan Dan Punca Kanser?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Selamatkah Guna Bedak Baby? Ini Penjelasan Pakar & Pilihan Yang Lebih Selamat Untuk Si Manja
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham