Tidak tahulah di mana logik akal ibu ini, dia dengan berani meninggalkan anaknya yang berumur 3 tahun bermain seorang diri di taman permainan kanak kanak tanpa pengawasan gara-gara tak tahan untuk ke tandas!
Yang membaca pun rasa kecut perut tinggal anak umur tiga tahun seorang diri. Anak umur tiga tahun masih belum boleh berfikir dengan logik, bagaimana jika sesuatu menimpa anak ini.
Tinggal anak umur 3 tahun seorang diri di taman permainan kanak kanak, wanita ini dikecam hebat!
Wanita berkenaan yang berkongsi perkara itu di laman sosial bagi mendapatkan maklum balas sama ada perkara itu selamat atau sebaliknya mendapat kecaman hebat, malah ada yang melabelkannya sebagai ibu yang gagal!
Wanita berkenaan menjelaskan, dia cuba bawa anaknya bersama, tetapi tidak dihiraukan oleh kanak-kanak berkenaan yang terus berlari ke taman permainan kanak kanak berkenaan.
“Saya hanya meninggalkan dia berseorangan selama 2 minit dan kami pernah ke taman permainan berkenaan.”
Posting wanita berkenaan mendapat kecaman hebat ibu bapa di laman sosial itu. Selain melabelkan wanita berkenaan adalah ibu yang gagal ada juga yang memberi nasihat bahawa tidak sepatutnya dia meninggalkan anaknya sebegitu.
Ini kerana kanak-kanak berumur tiga tahun masih gagal berfikir dengan logik dan dia boleh diculik bila-bila masa saja! Perkara ini patut menjadi pengajaran kepada wanita berkenaan supaya tidak mengulanginya lagi.
Ada juga yang berkongsi mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan anak yang berumur tiga tahun di taman permainan seorang diri dan ia langsung tidak boleh diterima akal!
Bila umur yang sesuai anak boleh tinggal sendirian?
Sama ada di rumah atau di luar, bila waktu yang sesuai untuk anak boleh ditinggalkan bersendirian?
Meninggalkan anak bersendirian dalam rumah atau di luar ketika bersiar-siar sebenarnya mempunyai banyak risiko seperti merosakkan perabot rumah, bermain dengan alatan tajam, kemungkinan berlakunya kebocoran gas dan mungkin berlakunya kes rompakan, malah kes penculikkan!
Menurut Kids Health, meninggalkan anak di bawah usia 10 tahun bersendirian sama ada dalam rumah atau di luar bukanlah sesuatu tindakan yang tepat.
Pada usia ini, mereka belum tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri dengan baik, kerana mereka masih memerlukan pengawasan daripada orang dewasa untuk menjaganya.
Apa yang pasti, ibu bapa boleh mempercayai anak menjaga rumah atau di luar mulai umur mereka di sekolah menengah tapi sebaiknya tidak terlalu lama.
Sekitar umur 16 tahun pula, mereka sudah tahu mengerjakan pekerjaan rumah dengan sendiri atau di luar mereka sudah tahu apa yang memberi ancaman kepada mereka jadi pada masa ini kepercayaan ibu bapa terhadapnya lebih tinggi.
Cara ajar anak tinggal sendiri
Setelah anak mencapai umur yang sesuai dan anda merasakan mereka sudah boleh tinggal sendirian, ada beberapa perkara yang perlu anda pesan pada mereka.
Ia termasuklah:
Ketika meninggalkan anak bersendirian dalam rumah atau di luar, maksudnya anda telah memberikan tanggungjawab besar pada anak untuk menjaga keselamatan dirinya dan keamanan rumah.
Atau jika di luar, dia mesti peka dengan keadaan sekelilingnya bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Perkara yang perlu diberitahu pada anak sebelum tinggal bersendirian
- Ajar cara kunci dan buka pintu.
- Ajar cara menyalakan dan mematikan lampu rumah.
- Meninggalkan buku nota yang terkandung semua nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Ajar anak ingat nombor telefon.
- Ingatkan pada anak untuk tidak membenarkan orang yang tak dikenali untuk masuk ke dalam rumah. Jika orang yang dikenali pun pastikan maklumkan pada ibu bapa
- Ingatkan anak untuk menjaga kebersihan rumah semasa ketiadaan anda.
- Berikan wang saku, makanan dan tempat letak kunci yang selamat.
- Jangan sekali-kali ikut sesiapa yang ajak ke mana-mana dan tidak sewenang-wenangnya menerima barang daripada mereka yang tidak dikenali.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?
Baca juga: Bahaya tidurkan anak di tingkat atas, ibu ini beri amaran selepas bayi tercinta maut
Baca juga: Anak Maut Tertinggal Dalam Kereta Undang Bahaya, Ibu Bapa Jangan Leka!