Masalah anak kurang berat badan memang masalah biasa yang kita selalu dengar dalam kalangan ibu bapa. Malah, bukan saja yang masih bayi, berat badan anak umur 5 tahun pun masih lagi di bawah paras yang sepatutnya.
Ada juga yang masih perlu jumpa dietitian sedangkan umur anak sudah lebih dua tahun. Ini kerana mereka mengalami masalah kurang berat badan.
Jadi apa yang ibu ayah boleh buat untuk naikkan berat badan anak supaya berada pada paras berat badan ideal?
Berat badan anak 5 tahun susah naik? Cuba tips ini
Sudah pasti setiap anak ada kadar tumbesaran masing-masing. Tetapi menurut doktor pakar kanak-kanak. Dr Husna Musa, jika tumbesaran anak didapati terkesan, doktor akan membuat pemeriksaan kesihatan kenapa anak kurang berat badan.
Ia sama ada disebabkan masalah kurang nutrisi atau ada masalah-masalah lain.
Tips mudah untuk naikkan berat anak
Antara tips mudah yang boleh diamalkan ibu ayah untuk naikkan berat badan anak termasuklah:
#1. Pastikan anak ada rutin makan yang tetap
Pastikan anak ada rutin makan yang konsisten iaitu tiga kali sehari. Pastikan menu yang berkhasiat dan pelbagai. Makan juga bersama keluarga dan pastikan anak dijauhkan daripada perkara yang menjejaskan tumpuan.
Pastikan anak lapar sebelum waktu makan dan jangan beri anak ambil snek atau susu sebelum waktu makannya kerana ia akan membuatkan anak kenyang dan dia tak mahu makan makanan lain yang ternyata berkhasiat untuknya.
#2. Tambah kalori dalam makanan
Tambah ‘lemak’ yang sihat dan protein dalam makanan anak. Tambah kalori dalam makanan. Jika anak anda kurang berat badan, pakar diet biasanya akan sarankan untuk menambahkan kualiti makanan contohnya lemak (mintak sayuran dan mentega dalam masakan).
Selain itu, pastikan anak makan cukup protein, karbohidrat dan sayur.
#3. Snek sihat
Antara waktu makan pagi dan tengah hari, boleh juga berikan anak snek yang sihat seperti epal dan yogurt, cheese slices.
#4. Sediakan makanan kegemaran anak
Sebagai ibu ayah yang prihatin, anda kena tahu apa yang anak suka makan dan kuantiti makanan yang anak boleh habiskan. Gunakan idea kreatif anada untuk menjadikan waktu makan itu lebih bermakna dan menyeronokkan.
#5. Pastikan nutrien dari makanan benar-benar baik
Pastikan anda tahu apa anak suka makan dan kuantiti makanan anak boleh habis. Boleh cuba buat pelbagai hiasan makanan untuk menarik minat anak untuk makan.
#6. Pastikan anda utamakan makanan semulajadi
Sebelum beralih kepada supplement, pastikan anda beri anak makan makanan yang berkhasiat terlebih dulu.
Keperluan dalam pola makanan tambah berat anak
Ramai yang buntu bila dah bagi anak makan tetapi masih juga gagal naikkan berat mereka. Ini antara keperluan dalam piramid makanan yang anda boleh cuba beri pada anak:
#1. Karbohidrat
Seperti yang kita tahu, karbohidrat merupakan sumber makanan yang mampu menaikkan berat badan seseorang tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Antara yang disarankan ialah bijian yang tinggi serat. Ia mudah dicerna dan membuatkan anak kenyang lebih lama.
#2. Pisang dan avocado
Sebaiknya, didik anak makan buah sedari awal lagi kerana buah-buahan ini kaya dengan kalori, lemak sihat dan serat yang bagus untuk pencernaan si kecil. Contohnya pisang dan avocado yang baik untuk penambahan berat badan anak.
#3. Yogurt
Yogurt ini memang kegemaran kanak-kanak walaupun rasanya sedikit masam. Ia memberi manfaat pada kesihatan kerana yogurt rendah lemak dan gula.
Malah ia bukan untuk tambah berat badan saja tapi bagus untuk kesihatan pencernaan si kecil anda.
Instagram Dr Husna Musa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Resepi Masakan Berpantang Yang Baik Untuk Rangsang Imuniti Ibu Lepas Bersalin
Baca juga: Tanda Anak Alah Pada Kekacang, Hati-Hati Salah Makan Boleh Bawa Maut! – Pakar
Baca juga: 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!