Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokan dan ada masanya ia juga pengalaman memenatkan. Apakah tanda anda hamil? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan ada masanya ia juga pengalaman memenatkan. Bagaimana untuk anda tahu anda hamil? Apakah tanda anda hamil? 

Memang tidak dinafikan kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun akan ada perubahan pada badan yang menunjukkan tanda anda hamil!

Banyak perubahan terutama pada sistem badan anda untuk menampung bayi yang bakal membesar di dalam rahim. Ada masanya anda akan berasa teruja, ada masanya anda akan rasa keletihan. Jadi apakah tanda anda hamil?

Tanda anda hamil tidak semestinya loya atau muntah-muntah

Dalam drama, jika mahu menggambarkan yang seseorang itu sedang hamil aksi cliche yang sering dipertontonkan adalah adegan muntah, loya atau pening kepala.

Tidak semestinya jika anda hamil, anda akan mengalami loya dan muntah-muntah. Ada wanita yang langsung tidak mengalami perkara itu masalah sehingga bayi dilahirkan.

Jadi janganlah terlalu bergantung dengan tanda itu jika naluri anda mengatakan anda hamil. Terus buat pemeriksaan ujian air kencing dengan kit pemeriksaan jika merasakan perubahan pada diri. Tidak perlu tunggu muntah-muntah atau loya baru buktikan anda mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu penting untuk anda peka dengan keadaan diri dan sistem badan anda supaya boleh mengesan sebarang perubahan pelik yang berlaku dan tidak pernah dialami selama ini.

Jangan terlalu bergantung kepada tanda cliche yang sering kali orang perkatakan kerana ia tidak semestinya berlaku pada diri anda ketika anda mengandung. 

Tanda kehamilan minggu ke minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman startwell, detik sepanjang kehamilan anda akan memberi petunjuk sejauh mana perkembangan kandungan anda walaupun kadang-kala ia mungkin membuatkan anda kurang selesa terutamanya jika terasa lapar yang tiba-tiba dan ketika mengidam.

Untuk menjalani kehamilan ini, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah mencatat tanda-tanda kehamilan anda minggu ke minggu supaya anda tahu jangkaan seterusnya.

Jika anda hamil seterusnya, bolehlah dijadikan rujukan walaupun ramai ibu mengatakan setiap kandungan dalah berbeza dan ia tidak semestinya sama dengan kandungan yang sebelumnya. 

Jadi, ini antara perubahan yang dikongsikan menegnai bagaimana badan anda berubah apabila hamil 1 hingga 12 minggu. 

#1. Minggu 1 – 4

Untuk mengetahui tarikh bersalin yang tepat adalah sukar kerana perut anda bukannya membesar seperti belon secara tiba-tiba setelah hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permulaan kehamilan dikira dari hari pertama tempoh haid terakhir anda. Ia kemudian berlangsung selama kira-kira 40 minggu. Seperti yang dikatakan, persenyawaan bermula dua minggu dari tempoh terakhir haid anda.

Pada ketika itu, kandungan anak anda hanyalah sekumpulan sel-sel yang berkembang pada kadar yang sangat cepat. Lapisan luar membentuk plasenta, manakala lapisan dalaman akan menjadi embrio. Sekumpulan sel-sel akan mengimplan sendiri ke dalam lapisan rahim.

Anda disaran: Membina asas kehamilan yang sihat dengan pemakanan yang betul. Jangan makan terlalu banyak atau berlapar, sebaliknya anda harus memakan makanan yang seimbang. Elakkan alkohol dan jangan minum kopi secara berlebihan.

#2. Minggu 5 – 8

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringkat ini adalah di mana anda benar-benar merasakan atau mula mencari tanda-tanda kehamilan minggu ke minggu. Tanda tanda awal kehamilan adalah seperti mabuk hamil, mual, rasa sakit pada payudara dan membuang air kecil lebih kerap.

Bagi kandungan anda, embrio akan mula membentuk menjadi organ-organ, dan juga tulang, otot, otak, jantung dan tiub neural (tidak lama lagi akan membentuk saraf tunjang). Tali pusat akan terbentuk menghubungkan anda kepada kandungan anda. Belum masanya lagi untuk terlebih teruja; semasa beberapa minggu pertama kehamilan, kandungan anda adalah lebih kecil daripada sebiji kacang.

Anda disaran: Membuat temujanji dengan pakar kesihatan setelah mendapati anda hamil. Anda boleh merancang kehamilan anda, periksa ubat yang anda ambil sekaran dan dapatkan nasihat.

Untuk mengurangkan rasa loya, ambil sedikit kudapan ringan dan jangan berlapar atau memaksa diri anda melakukan diet yang tidak sihat. Ia bukanlah perkara biasa yang anda lakukan. Senaman secara sederhana dengan pergerakan yang berimpak rendah; anda pasti menginginkan badan yang sihat untuk menyokong kehamilan anda.

#3. Minggu 9 – 12

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjelang akhir trimester pertama, anda mungkin berasa payudara dan perut yang lebih besar sedikit. Anda tidak akan bertambah gemuk tetapi bayi anda yang semakin membesar secara perlahan-lahan.

Namun, orang lain mungkin tidak sedar bahawa anda sedang hamil. Walaupun ada masanya anda mungkin masih berasa sedikit muram, tetapi tanda-tanda akan mula hilang apabila anda hamil 12 minggu.

Kandungan anda masih lagi membesar, seterusnya membentuk gigi dan kuku kaki. Anggota badannya akan memanjang sedikit. Anak anda mungkin mempunyai pergerakan; walaupun anda tidak dapat merasakannya.

Anda disaran: Kalsium anda akan mula berkurangan semasa kehamilan anda. Oleh itu, anda memerlukan kalsium daripada susu dan sumber-sumber lain. Teruskan senaman anda; jadikan berenang sebagai alternatif yang berimpak rendah selain daripada berlari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: startwell

Baca juga:

Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

Penulis

Lala Annuar