20 Tanda Awal Mengandung, Antaranya Perut Kembung, Kerap Buang Air Kecil Dan Banyak Lagi

Ramai yang masih tidak tahu tanda awal mengandung hingga ada yang masih lagi buat aktiviti lasak ketika di awal kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai pasti tertanya-tanya apakah tanda awal mengandung? Terutama bagi yang baru berkahwin. Dalam drama biasanya jika mengandung mesti akan loya atau muntah.

Ia tidak semestinya begitu ya, ada tanda awal mengandung yang lain yang mungkin akan dialami dan ia mungkin berbeza bagi setiap individu. 

Ada yang langsung tidak alami loya atau muntah-muntah tetapi tanda lain pula yang dialami. Apa pun, tidak semestinya tanda awal mengandung ini sama untuk semua orang.

Tanda awal mengandung yang perlu diambil perhatian

Ada yang langsung tidak pernah tahu mengenai tanda awal mengandung. Jadi mereka menganggapnya biasa saja dan meneruskan rutin harian seperti biasa yang kadang kala akhirnya membawa kemudaratan kepada ibu dan bayi.

Pada awal trimester iaitu pada trimester pertama adalah waktu yang paling fragile bagi seseorang wanita mengandung. Jadi perlu peka pada peringkat ini bagi mengelak keguguran dan sebagainya. 

Menurut Dr Sri Viknarajan dalam artikel yang dikongsikan doctoroncall, kehamilan berlaku apabila sel sperma daripada suami dan telur yang dikeluarkan daripada ovari isteri semasa ovulasi bersenyawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telur yang disenyawakan kemudian bergerak ke dalam rahim, di mana implantasi berlaku. Implantasi yang berjaya akan menyebabkan kehamilan.

Secara purata, tempoh kehamilan berlangsung selama 40 minggu. Wanita yang dikenal pasti mengandung pada peringkat awal kehamilan dan menjalani penjagaan pranatal dengan lengkap lebih cenderung untuk menjalani tempoh kehamilan yang terancang dan melahirkan bayi yang sihat.

Kehamilan boleh membawa pelbagai kesan kepada ibu mengandung bukan sahaja dari aspek fizikal malah emosi. Oleh itu, penting untuk wanita mengetahui tentang tanda awal mengandung supaya proses mengandung lebih sempurna.

20 tanda awal mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tidak datang haid
  2. Keletihan
  3. Mual
  4. Muntah-muntah (morning sickness)
  5. Payudara yang sakit dan semakin membesar
  6. Sembelit
  7. Kekejangan
  8. Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
  9. Perubahan emosi atau mood
  10. Mengidam pelbagai jenis makanan
  11. Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
  12. Peningkatan berat badan
  13. Sakit kepala
  14. Sakit belakang
  15. Pening
  16. Kerap membuang air kencing
  17. Bengkak pada kaki (edema)
  18. Kesukaran untuk tidur
  19. Pedih ulu hati
  20. Kontraksi yang sederhana

Menurut Dr Viknarajan, tanda awal mengandung ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami morning sickness semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua.

Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).

Persediaan awal kehamilan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pengambilan makanan sihat

Menurut, nutrition.moh.my, semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat.

Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan.

Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan.

Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak.

Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan perlu dipantau agar memenuhi saranan ditetapkan. Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan pemakanan yang lebih spesifik juga perlu diikuti bagi mengatasi anemia semasa hamil seperti mengelakkan pengambilan makanan dan minuman berkafein contohnya teh dan kopi.

#2. Gaya hidup aktif

Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental.

#3. Jalani pemeriksaan kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai masalah anemia yang mempunyai risiko tersendiri apabila hamil.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 10 tanda-tanda kehamilan – Anda ada tak tanda hamil ini?

Baca juga: Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

Penulis

Lala Annuar