X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

9 Tanda Bayi Anda Sudah Cukup Minum Susu, Tidaklah Ibu Asyik Risau Lagi!

4 min bacaan
9 Tanda Bayi Anda Sudah Cukup Minum Susu, Tidaklah Ibu Asyik Risau Lagi!

Bagaimana seorang ibu dapat memastikan anaknya cukup susu? Apakah tanda- tanda bayi cukup susu yang ibu boleh perhatikan semasa menyusu anak? Ini antara 9 tandanya...

Ibu-ibu yang menyusu terus dari payudara selalu rasa kurang yakin dan risau dengan kemampuan diri mereka. Mereka seboleh-bolehnya akan cuba mencari tanda bayi cukup susu. 

Tapi apakah tanda bayi cukup susu? Bagaimana ibu boleh memastikan anak cukup susu jika ibu tidak dapat melihat jumlah susu yang keluar?

Adakah si kecil benar-benar minum susu ataupun kita nampak dia rajin menghisap tetapi tiada susu yang keluar?

Cuba perhatikan 9 tanda bayi cukup susu di bawah ini agar ibu boleh menyusu dengan hati yang senang:

1. Kenaikan berat badan bayi

cara menyusu bayi, punca bayi tidak mahu minum susu formula, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan, susu formula untuk tambah berat badan bayi, tanda bayi cukup susu, tanda bayi cukup menyusu

Kenaikan berat badan adalah tanda bayi cukup susu

Biarpun berat badan bayi baru lahir mungkin turun sedikit beberapa hari selepas kelahiran, pastikan berat badan tersebut tidak turun lebih dari 10%.

Penurunan berat badan lebih dari 10% mungkin tanda si kecil tidak mendapat susu ibu yang cukup. Dapatkan bantuan doktor atau pakar laktasi ataupun ibu-ibu boleh memberi formula tambahan agar anak tidak kebuluran atau dehidrasi.

Tanda bayi cukup susu adalah kenaikan berat badan sebanyak 400 gram hingga 1 kg setiap bulan. 

2. Jumlah lampin kotor

Satu lagi tanda bayi cukup susu ialah jumlah air kencing yang dibuang setiap hari. Seorang bayi baru lahir harus menghasilkan sekurang-kurangnya 6 lampin basah sehari.

Walaubagaimanapun, guna cara ini bersama dengan cara lain untuk memastikan si kecil mendapat susu yang mencukupi kerana jumlah air kencing yang diserap ke dalam lampin tidak dapat diukur.

3. Jumlah dan warna najis bayi

cara menyusu bayi, punca bayi tidak mahu minum susu formula, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan, susu formula untuk tambah berat badan bayi, tanda bayi cukup susu, tanda bayi cukup menyusu

Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif akan mempunyai warna najis yang kuning cerah dan  cair. Warna najis bayi yang diberi formula pula akan kelihatan sedikit hijau kerana formula biasa diperkayakan dengan zat besi.

Tanda bayi cukup susu adalah sekurang-kurangnya 1 lampin kotor sehari. Jika bayi tidak membuang air besar dan kehilangan berat badan, in mungkin tanda jumlah susu yang didapati tidak mencukupi.

4. Perhati gerakan dagu bayi

Satu cara lagi untuk menunjukkan tanda bayi cukup susu ialah untuk memerhati gerakan dagu bayi apabila mereka sedang menyusu.

Cuba lihat bahagian antara leher dengan dagu. Apabila bayi sedang menghisap, dagunya akan bergerak turun naik. Setelah beberapa kali turun naik, dagu bayi akan kelihatan turun lebih jauh ke bawah untuk beberapa saat sebelum kembali ke posisi asal.

Ini menunjukkan bayi anda sedang mendapatkan susu.

Gerakan naik turunnya dagu berlaku apabila si kecil sedang merangsangkan payudara dengan menghisap. Ketika dagu bayi anda turun ke bawah dan berhenti beberapa saat, ini menunjukkan susu ibu sedang mengisi mulutnya. Maka, jika dagu bayi hanya turun naik tanpa berhenti, ada kemungkinan bayi anda tidak mendapat susu ibu.

5.  Keluar bunyi ketika mengisap payudara

Tidak semua bayi akan mengeluarkan bunyi ketika menyusu.

Namun bunyi bayi menelan susu kadang-kadang jelas kedengaran misalnya bunyi, “he, he, he…”, “glug, glug, glug…” atau “slurp, slurp…..”. Lucu dan comel, bukan?

6. Tekan payudara ketika bayi menyusu

cara menyusu bayi, punca bayi tidak mahu minum susu formula, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan, susu formula untuk tambah berat badan bayi, tanda bayi cukup susu, tanda bayi cukup menyusu

Apabila ingin memastikan anak sedang mendapatkan susu, ibu boleh cuba pula teknik ini sambil menyusu anak. Perah dan urut perlahan-lahan payudara ke arah puting.

Ini akan menyemburkan susu ibu ke dalam mulut dan mengganggu si kecil yang sedang menyusu Tindak balas dari si kecil adalah tanda bayi cukup susu.

Sebaliknya jika dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas, ini bererti semburan susu ibu tidak berlaku!

7. Sisa susu ibu di sekitar bibir bayi

Walaupun tidak semua ibu mempunyai aliran susu ibu yang deras, kadang-kadang kita boleh  melihat sisa-sisa susu ibu pada sudut bibir bayi ketika ia sedang menyusu.

8. Payudara lembut dan kempis

Sebelum menyusu anak, payudara akan rasa penuh dan kembung. Payudara anda sepatutnya rasa lembut dan sedikit kempis selepas menyusukan anak.

Ini tanda bayi cukup susu dan si kecil anda sedang aktif menyusu. Tapi jika payudara anda masih rasa penuh, mungkin si kecil tidak mendapat susu yang banyak.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Si kecil akan menghadapi cabaran untuk mengeluarkan susu ibu jika payudara terlalu keras ataupun saluran payudara tersekat.

Ibu juga boleh mendapat petua tuam dan mengurut untuk melancarkan susu ibu di Komuniti Ibu Menyusu kami.

9. Bayi kenyang akan tidur lena

cara menyusu bayi, punca bayi tidak mahu minum susu formula, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan, susu formula untuk tambah berat badan bayi, tanda bayi cukup susu, tanda bayi cukup menyusu

Ibu pernah tengok si kecil mabuk susu? Tidur sampai mulut pun ternganga selepas kenyang menyusu. Ini adalah tanda bayi cukup susu yang paling comel. Bayangkan telalu kenyang sehingga tidak dapat menahan tidur. Cute betul! Enjoylah rupa muka yang tidur nyenyak.

Ibu baik berehat juga kerana dalam 2-3 jam nanti si kecil dan menangis meminta susu lagi dan ini akan berterusan sehingga bayi itu berusia beberapa bulan.

Semoga artikel ini banyak membantu.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 9 Tanda Bayi Anda Sudah Cukup Minum Susu, Tidaklah Ibu Asyik Risau Lagi!
Kongsikan:
  • Perlu ke anak anda minum susu formula susulan? Ini apa kata pakar

    Perlu ke anak anda minum susu formula susulan? Ini apa kata pakar

  • 6 Cara Tambah Berat Bayi Yang Minum Susu Formula Dengan Mudah & Berkesan

    6 Cara Tambah Berat Bayi Yang Minum Susu Formula Dengan Mudah & Berkesan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.