AWAS, 7 Tanda Bayi Dalam Kandungan Anda Itu Sebenarnya Dalam Bahaya!

Terdapat beberapa tanda janin tidak berkembang yang boleh dilihat dari dalam kandungan lagi. Jika muncul 7 gejala ini, ibu harus segera dapatkan rawatan!

Keadaan janin dalam kandungan sukar untuk dipastikan sama ada berkembang dengan baik atau sebaliknya. Namun, ibu sebenarnya boleh mengesan tanda janin tidak berkembang secara langsung dari dalam kandungan. 

Bagaimana ingin mengesannya? Teruskan bacaan anda. Berikut merupakan 7 tanda janin tidak berkembang yang boleh dikenalpasti dengan mudah. 

7 tanda janin tidak berkembang 

1. Tanda janin tidak berkembang – Tiada degupan jantung 

tanda janin tidak berkembang, tanda janin tak sihat, janin tak sihat, janin tidak sihat, tanda tanda janin kurang sihat, tanda janin dalam bahaya, tanda janin membesar tak sihat, tanda kandungan tak sihat, tanda bayi dalam kandungan dalam bahaya, kandungan merbahaya, janin terbantut

Kredit : Hello Sehat

Biasanya, degupan jantung bayi boleh didengari dari minggu ke-10 kehamilan. Namun, jika tiada degupan jantung, ini anda harus berunding dengan doktor pakar O & G segera bagi memastikan janin dalam keadaan baik. 

2. Tanda janin tidak berkembang – Selalu kejang perut

Kejang perut adalah keadaan biasa yang selalu terjadi semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, jika ia berlangsung terlalu lama atau kerap, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan janin dalam kandungan. 

Kejang perut boleh berlaku pada trimester kedua atau ketiga yang mungkin menunjukkan tanda kontraksi awal, penyakit atau keguguran.

3. Tanda janin tidak berkembang – Pendarahan 

Pendarahan semasa mengandung merupakan salah satu petanda buruk yang mungkin menunjukkan keguguran.

Namun, kadang kala ia disebabkan ketidakseimbangan hormon atau ada masalah yang berkaitan dengan plasenta hingga menyebabkan kelahiran pramatang.

4. Tanda janin tidak berkembang – Sakit belakang yang teruk 

tanda janin tidak berkembang, tanda janin tak sihat, janin tak sihat, janin tidak sihat, tanda tanda janin kurang sihat, tanda janin dalam bahaya, tanda janin membesar tak sihat, tanda kandungan tak sihat, tanda bayi dalam kandungan dalam bahaya, kandungan merbahaya, janin terbantut

Kredit : delocal.my

Setiap ibu hamil akan selalu mengalami sakit belakang, tapi jika ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah buah pinggang atau pundi kencing!

5. Tanda janin tidak berkembang – keputihan melampau 

Jika keputihan tidak mempunyai bau dan warna, ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Tapi jika bercampur darah, ini bermakna tanda bayi mempunyai masalah tertentu. 

Sekiranya anda mengalami kesakitan teruk, mungkin ia menunjukkan pintu servik telah buka terlebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Jika ini terjadi, sebaiknya segera ke hospital!

6. Tanda janin tidak berkembang – Ukuran besar rahim 

Ini merupakan masalah di mana bayi tidak berkembang dalam rahim dan pemeriksaan akan dilakukan sama ada bayi berada dalam saiz yang sepatutnya atau tidak. 

Jika terlalu kecil, mungkin bayi anda itu akan menghadapi masalah pernafasan, suhu badan atau tekanan darah selepas dilahirkan. 

7. Tanda janin tidak berkembang – Tiada pergerakan 

tanda janin tidak berkembang, tanda janin tak sihat, janin tak sihat, janin tidak sihat, tanda tanda janin kurang sihat, tanda janin dalam bahaya, tanda janin membesar tak sihat, tanda kandungan tak sihat, tanda bayi dalam kandungan dalam bahaya, kandungan merbahaya, janin terbantut

Kredit : Baby Center

Sekitar 20 minggu kehamilan, sepatutnya anda sudah rasai tendangan dan pergerakan janin. Tapi, jika bayi tidak menendang sebanyak mungkin mengikut perkiraan yang disyorkan doktor, mungkin dia mengalami masalah. 

Justeru, jika mengalami gejala ini, terus dapatkan doktor untuk rawatan selanjutnya. Sebab itu adalah sangat penting melakukan pemeriksaan berkala di hospital atau klinik kesihatan supaya dapat mencegah sesuatu yang buruk terjadi pada ibu dan kandungan. 

Semoga artikel ini memberi maklumat bermanfaat pada anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Parenting 77

Sumber: Momjunction

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtanda-bayi-sakit/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!