Tabah Melawan Penyakit Kemurungan, 9 Artis Popular Ini Cekal Hadapi Tekanan Perasaan

Inilah antara selebriti popular yang gah dalam televisyen dengan lakonan yang sangat hebat namun di sebaliknya mereka juga turut pernah mengalami tekanan, anxiety dan kemurungan. Siapakah di antara mereka itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kita menonton watak hebat mereka di kaca televisyen dan nyanyian yang cukup melunakkan namun tiada siapa sangka sembilan selebriti popular ini juga turut mengalami beberapa tanda kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau.

Mungkin anda ketawa melihat perubahan drastik mereka dengan kisah-kisah yang mengejutkan. Namun, di sebaliknya mereka mengalami stres dan tekanan perasaan yang mana sukar untuk dikongsi dengan orang lain.

Apatah lagi, tekanan perasaan, stres, perubahan emosi dan rasa gelisah antara masalah kesihatan utama yang paling menakutkan di dunia.

Oleh itu, jangan sesekali memandang ringan dengan penyakit ini kerana ia juga boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya daripada pakar psikiatri.

Lebih menakutkan ramai selebriti di luar negara yang menamatkan riwayat mereka dengan membunuh diri kerana kemurungan dan stres.

Ini 9 Selebriti popular yang mengalami tanda kemurungan

#1. Ardell Aryana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat tak lagi video perkahwinan Ardell Aryana yang tular, apabila jelas kelihatan tangannya menggelar semasa suaminya Nadzmi Adhwa menyarungkan cincin.

Dari situ media mendapat tahu bahawa Ardell mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety) dan kemurungan yang teruk serta masih dalam tempoh rawatan.

#2. Datin Diana Danielle

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri kepada Datuk Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan semasa diserang anxiety attack yang dikenali dengan kebimbangan dan keresahan yang melampau.

Buat pengetahuan, anxiety attack merupakan penyakit yang sangat menyakitkan.

#3. Remy Ishak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak siapa sangka hero dan pelakon hebat, Remy Ishak pernah mempunyai masalah tekanan perasaan sehingga dia enggan keluar dari rumah.

Menurut Remy, semasa kejadian ia sangat merumitkan malah dia sendiri tidak tahu dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Dalam masa yang sama, Remy mengakui mengalami perubahan emosi, perasaan sedih yang ketara, sering berfikiran negatif, cepat marah dan enggan keluar dari rumah kerana takut dengan emosinya yang tidak menentu itu.

#4. Elizabeth Tan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat tak lagi penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan pernah mendedahkan bahawa dia hampir membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata, semasa itu dia tidak dapat berfikir panjang hingga menyebabkan hilang kewarasan akal.

Walaubagaimanapun, Lizzy bersyukur kerana tersedar lebih awal dan tidak meneruskan niat tersebut.

#5. Iqram Dinzly

Boleh dikatakan pelakon Iqram Dinzly sering memuat naik sikap peliknya di laman sosial Instagram hingga mengundang tanda tanya kepada netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah sikapnya itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad yang memberi saranan agar pelakon itu menjalani pemeriksaan mental.

#6. Haqiem Rusli

Masalah kemurungan penyanyi baru, Haqiem Rusli turut mendapat perhatian orang ramai hingga menjadi bualan warga net sehingga menyangkakan kemurungan itu hanyalah gimik semata-mata daripada penyanyi tersebut.

Pun begitu, Haqiem telah menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar psikiatri bagi mengesahkan kemurungan yang dialami.

#7. Fathia Latiff

Nama Fathia Latiff memang tidak asing lagi kepada peminat drama melayu. Namun kini Fathia tidak lagi seperti yang dahulu kerana dia terlibat dengan banyak kisah-kisah kontroversi.

Malah, dia pernah mendedahkan mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci oleh warga netizen.

Meskipun itu, Fathia berharap dirinya diberi peluang untuk bangkit secara perlahan-lahan dari tekanan yang dialami itu.

#8. Aina Abdul

Nama penyanyi Aina Abdul makin mendapat tempat di hati peminat seni tanah air kerana muncul buat pertama kali di pentas akhir, Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dengan lagunya yang berjudul ‘sumpah’.

Namun begitu, Aina pernah mengalami kemurungan kerana karier seninya tidak begitu menyerlah seperti artis baru yang lain selepas habis pertandingan Mentor Legend lima tahun yang lalu.

Akui Aina, dia hilang keyakinan diri, rasa tertekan dan terlalu banyak berfikir sehingga membuatkan dirinya bercelaru.

#9. Tasha Shilla

Pelakon cantik yang baru sahaja berkahwin ini pernah mendedahkan yang dirinya mengalami kemurungan ringan (mild depression) dan sedang menjalani rawatan.

Tasha turut mengakui pernah berasa tidak bersemangat dan “down” sehingga ada yang menuduhnya gila.

Inilah antara selebriti yang mengalami tanda kemurungan yang teruk hingga memberi kesan pada kehidupan mereka seharian. 

Justeru, kami berharap semua daripada artis popular ini dapat mengawal masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini dengan lebih baik serta menjalani kehidupan dengan aman seperti mana orang lain.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Gempak 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!