Tanda lahir bayi adalah perkara yang biasa berlaku. Tetapi pasangan suami isteri dari Turki ini terkejut besar apabila anak mereka dilahirkan dengan tanda lahir yang berbentuk love. Comel sungguh!
Tanda lahir bayi berbentuk hati yang comel pada dahi anak
Ibu bapa baru ini Ceyda dan Murat Engin sangat gembira apabila bayi lelaki yang mereka namakan Cinar telah dilahirkan. Tapi mereka tidak tahu terdapat kejutan lain yang bakal menanti mereka.
Ini kerana bayi mereka dilahirkan dengan tanda lahir bayi berbentuk hati yang comel sangat pada dahinya.
Bapanya, Murat, berkata, “Selepas jururawat bersihkan darah yang ada pada kepalanya, saya orang pertama yang nampak tanda lahir itu pada dahinya. Saya betul-betul terkejut!
Apabila saya pergi dekat untuk melihat, barulah saya sedar ia berbentuk love. Saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir.”
Di mana sahaja mereka pergi, ramai orang akan berhenti untuk mengambil gambar dengan Cinar. Cinar kini sudah berusia 14 bulan.
“Ia seolah-olah kami diberi hadiah dari Tuhan. Tiada seorang pun yang ada perasaan negatif terhadap tanda lahir bayi kami, “kata ayahnya.
Tanda lahir bayi sebegini normal ke?
Ramai ibu bapa sudah tahu tentang kewujudan tanda lahir bayi. Orang lain juga mungkin pernah lihat tanda lahir pada anak orang lain. Tapi mengapa bayi ada tanda lahir dan perlukah ibu bapa bimbang?
Terdapat 2 jenis tanda lahir: tanda lahir vaskular dan yang berpigmen.
Tanda lahir berpigmen atau tanda lahir yang disebabkan oleh pigmen berlebihan dalam kulit biasanya akan berwarna coklat akibat gabungan sel pigmen yang yang menyebabkan perubahan warna pada kulit.
Tanda lahir vaskular sebaliknya, tidak sama dengan tanda lahir berpigmen kerana tanda lahir vaskular disebabkan oleh saluran darah yang tidak normal di bawah kulit. Mereka biasanya berwarna merah, merah jambu, atau ungu.
Faktor-faktor lain mengapa tanda lahir bayi terjadi
- Sains perubatan masih belum dapat menentukan mengapa tanda lahir bayi berlaku.
- Pelbagai corak tanda lahir boleh terjadi, dan mereka boleh muncul di mana sahaja pada badan.
- Tanda lahir, pada kebiasaannya, tidak memudaratkan, dan kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak semakin tua.
- Sebaliknya, ada juga tanda lahir yang kekal sepanjang hayat.
- Ada juga kewujudan tanda lahir yang berkanser, tetapi ini adalah kes yang jarang berlaku.
Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang jika anak mereka dilahirkan dengan tanda lahir. Sekiranya ibu bapa masih rasa bimbang dengan tanda lahir bayi mereka, rujuklah kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: indiatimes.com, medicalnewstoday.com
Sumber gambar dipetik dari: Caters News Agency
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Ini Fakta Tentang Tanda Lahir Di Muka Bayi Yang Ibu Ayah Perlu Tahu. Comel Pula!