Tanda Lahir Hitam Pada Bayi, Ketahui Penyebab & Jenis Berbahaya Terhadap Kesihatan

Tanda lahir hitam yang sedikit memberikan kesan unik terhadap anak kecil. Namun jika ia terlalu besar, sering menjadi perhatian orang di sekelilingnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda lahir hitam yang wujud pada bahagian tertentu kulit bayi baru lahir sering membuatkan ibu ayah berasa kurang senang. Mana tidaknya, ia hadir dengan pelbagai bentuk dan warna seperti coklat, merah, bersisik atau di dalam kulit.

Kewujudan tanda lahir ini boleh menimbulkan pelbagai persoalan, adakah ia memberi keunikan terhadap seseorang atau merupakan petanda penyakit?

Baca juga: Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Fakta tentang tanda lahir hitam pada tubuh anak

credit to sources

Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Dr Asmah Johar berkata, tanda lahir hitam didefiniskan sebagai lesi (yang menyerupai ruam) kongenital iaitu leis kulit yang sudah ada ketika dilahirkan atau timbul pada beberapa bulan selepas kelahiran.

”Kebiasannya, ia bukanlah barah dan tidak mendatangkan kesan bahaya terhadap kesihatan. Kebanyakan tanda lahir bersifat kekal dan sebahagiannya menjadi pudar serta kurang jelas apabila si manja semakin membesar,” jelasnya.

Di samping itu, kebanyakan tanda lahir tidak dianggap sebagai kecacatan kerana ia tidak menganggu fungsi tubuh.

Namun sekiranya ia timbul dengan begitu jelas dengan saiz besar, keadaan ini boleh membuatkan anak tidak yakin apabila menjadi perhatian orang sekelilingnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan anda, ada 11 jenis tanda lahir yang biasa dikenal pasti iaitu tompokan Mongolian, ‘naevus of OTA’, ‘naevus of ITO’, ‘cafe au lait’, ‘incontinenti pigmenti’, ‘congenital melanocytic naevus’, ‘piebaldism’, ‘infantile haemangioma’, ‘congenital haemangioma’, ‘salmon patch’ dan ‘portwine stain’.

Penyebab timbulnya tanda lahir

Tidak dapat dipastikan mengapa tanda lahir boleh terjadi, tetapi biasanya ia tidak berkaitan dengan masalah genetik.

Tanda lahir bayi dikatakan memiliki dua jenis iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tanda lahir vaskular iaitu tanda lahir yang disebabkan oleh pembuluh darah tidak normal di bawah kulit
  2. Tanda lahir berpigmentasi iaitu tanda lahir disebabkan oleh kelompok sel pigmen warna kulit berbeza dengan kulit di sekelilingnya.

Ciri dan jenis tanda lahir vaskular

Tanda lahir vaskular sering kali memiliki merah, merah muda atau ungu. Ia sering timbul di bahagian wajah, dada sehingga ke punggung.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman IDAI, tanda ini awalnya dianggap sebagai trauma lahir bayi bagi kumpulan kesihatan kelahiran. Beberapa jenis tanda lahir vaskular adalah:

  • Salmon patch

Berupa tompok merah atau merah jambu rata yang muncul di kelopak mata, leher atau dahi bayi semasa lahir. Sebahagian besarnya akan hilang dalam masa beberapa bulan, tetapi tompok di dahi memakan masa hingga 4 tahun untuk hilang.

  • Infantile haemangioma

Ia timbul di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Saiz bertambah besar selama 6 bulan pertama dan akan berkurang sekitar usia si manja 7 tahun.

  • Port wine stain

Tanda ini biasanya terjadi pada 3 daripada 1,00o orang bayi yang baru lahir. Ukurannya pelbagai dari milimeter hingga beberapa sentimeter. Sebahagian besarnya bersifat kekal dan warna berubah menjadi lebih gelap seiring pertambahan waktu.

Ciri dan jenis anda lahir berpigmen

  • Cafe au lait spots

Tanda lahir ini berwarna hitam seperti kopi. Sesetengah bayi memiliki satu atau dua tanda lahir ini, jika ia bertambah sebanyak 6 ketika memasuki usia lima tahun, ibu ayah hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mongolian spots

 

credit to sources

Tanda lahir berwarna biru-kelabu atau seperti lebam ketika lahir. Ia seering terjadi pada bayi berkulit gelap dan biasanya muncul di bahagian bawah punggung atau anggota lain.

  • Congenital melanocytic naevi (CMN)

Tanda lahir yang berbentuk tahi lalat coklat atau hitam yang besar. tanda ini secara umumnya terjadi kerana pertumbuhan berlebihan dari sel-sel pigmen di kulit.

Warnanya boleh berubah menjadi lebih gelap, bergelombang atau berbulu. Ia juga cenderung menyebabkan berlakunya kanser kulit apabila saiz tanda lahir bertambah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara ciri tanda lahir yang berbahaya ialah:

  1. Menghalang atau mempengaruhi fungsi organ badan. Misalnya CMN berada dekat dengan mata, kemudian membataskan penglihatan.
  2. Berbuah bentuk, menjadi gatal atau sakit ketika dipegang.
  3. Tanda lahir jenis vaskular, terutamanya strawberry mark berisiko untuk pecah dan menyebabkan pendarahan.

Sumber: Pop Mama, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Persediaan Penting Sebelum Bawa Bayi Baru Lahir Pulang Ke Rumah Buat Kali Pertama