Bukaan Di Bawah Tu Dah Berapa CM? Ini Tiga Fasa Bersalin Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!

Ada beberapa fasa bersalin yang akan dialami ibu hamil, dan ia terbahagi kepada tiga. Tanda nak bersalin adalah sekiranya anda berasa kerap sakit yakni sakit kontraksi yang semakin kerap, anda adalah di fasa bersalin yang aktif.

Cervix Dilation atau bukaan pintu rahim ini terjadi pada bahagian rahim paling bawah sekali. Sebab itu ia dipanggil pintu rahim. Antara tanda nak bersalin adalah mengikut pada pembukaan pintu rahim ini, sekiranya bukaan sudah mencapai hingga 10 cm, ia bermakna anda sudah sedia untuk bersalin!

Ada beberapa fasa bersalin yang akan dialami ibu hamil, dan ia terbahagi kepada tiga. Tanda nak bersalin adalah sekiranya anda berasa kerap sakit yakni sakit kontraksi yang semakin kerap, anda adalah di fasa bersalin yang aktif dan semakin hampir untuk melahirkan bayi. 

Fasa pertama

Fasa pertama proses kelahiran pula terbahagi kepada dua iaitu fasa latent (latent phase) dan fasa aktif (active phase).

Fasa latent 

Di fasa pertama ini selalunya doktor tidak akan menahan anda di wad lagi. Kebiasaannya jika anda datang waktu ini anda akan disarankan pulang dahulu dan monitor di rumah. Ia lebih kepada waktu menunggu dalam proses kelahiran. Untuk ibu-ibu yang pertama kali alami proses kelahiran, fasa ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama. 

Dalam fasa ini, kontraksi yang dirasai ibu mungkin tidak begitu kuat atau kerap. Serviks pada waktu ini masih sedang ‘warming up’, ia mengembang dan mengecut untuk bersedia ke proses bersalin. 

Fasa aktif 

Ibu hamil akan mulai berada di fasa aktif apabila bukaan pintu rahim sudah mencapai lima hingga enam cm. Dan pada waktu ini kontraksi sudah mulai terasa kuat, lebih lama dan kerap. 

Fasa aktif ini lebih bercirikan kepada pembukaan servik setiap jam. Doktor anda akan mulai periksa bukaan pintu rahim lebih kerap. 

Berapa lama fasa pertama kelahiran ini?

Tiada masa yang spesifik untuk setiap ibu hamil mengalami proses ini. Pada fasa aktif ini ibu hamil mungkin akan mengalami bukaan pintu rahim dari 0.5 cm hingga 0.7 cm setiap jam.

Berapa cepat untuk ibu alami bukaan pintu rahim juga terpulang kepada kelahiran bayi yang keberapa. Ibu yang pernah melahirkan bayi sebelum ini akan melalui proses fasa pertama ini dengan lebih cepat. 

Sesetengan ibu hamil akan menjalani proses ini dengan lebih cepat kerana bukaan pintu rahim yang pantas, sesetengah ibu pula mungkin berjam-jam lamanya.

Namun selepas ibu hamil memasuki fasa aktif ini iaitu mencapai bukaan 6cm , setiap satu jam pasti ada progres dalam bukaan pintu rahim. Fasa pertama kelahiran ini berakhir apabila si ibu sudah mencapai bukaan rahim 10 cm. 

Fasa kedua

Tahniah buat ibu hamil, jika anda sudah memasuki fasa ini, ini adalah tanda nak bersalin paling ketara, iaitu bukaan pintu rahim sudah pun mencapai 10 cm. Tapi perlu diingatkan walaupun sudah mencapai bukaan yang sempurna, ia tidak bermaksud bayi akan keluar dengan serta merta. 

Ibu hamil sudah mencapai bukaan sehingga 10cm namun perlu menunggu bayi turun kebahagian pintu rahim untuk sedia dilahirkan. Apabila bayi sudah berada di posisi yang betul barulah ibu disuruh meneran.

Dan tanda nak bersalin ini, patut dirasai si ibu sendiri, iaitu perasaan seperti ingin meneran atau membuang air besar. Fasa kedua ini berakhir apabila si ibu selamat melahirkan bayi comel. 

Berapa lama proses fasa kedua ini?

Pada fasa ini juga ia terpulang kepada setiap ibu. Ia boleh memakan masa beberapa minita tau jam. Sesetengah ibu cuma sekali teran dan bayi sudah keluar, sesetengah ibu pula perlu meneran sehingga satu jam atau lebih sehingga boleh kehilangan tenaga. 

Meneran hanya perlu apabila kontraksi terjadi, dan ibu disarankan untuk berehat sebaik kontraksi hilang. Pada fasa ini kotraksi ideal adalah dalam jarak dua hingga tiga minit dan berlangsung selama 60 hingga 90 saat. 

Selalunya, proses meneran akan mengambil masa yang lama untuk ibu yang pertama kali melahirkan serta ibu yang mengambil epodural. Epidural dapat menghilangkan rasa ingin meneran lantas sukar untuk ibu mendapat tanda ingin bersalin. Berapa lama ibu meneran juga adalah berdasarkan empat faktor berikut:

  •  
  • Polisi hospital
  • Kebenaran doktor
  • Kesihatan ibu
  • Kesihatan bayi

Fasa ketiga

Fasa terakhir ini selalu dipandang enteng. Walaupun bayi sudah selamat dilahirkan, badan si ibu masih mempunyai kerja yang penting untuk dilakukan. Pada fasa ini uri perlu dikeluarkan. 

Proses untuk mengeluarkan uri ini sama saja seperti kelahiran bayi, anda perlu meneran sedikit atau doktor akan menolak perut anda hingga keluar uri tersebut. 

Uri sudah lagi tidak diperlukan apabila bayi lahir, jadi ia perlulah dikeluarkan secepat yang mungkin. 

Proses ini mengambil masa dalam 5 hingga 30 minit, kesihatan ibu juga akan diperiksa pada fasa ini. Sekiranya anda kehilangan banyak darah ketika proses bersalin anda mungkin akan ditahan lama sedikit di fasa ini.

Namun sekiranya semua baik-baik belaka anda akan dibenarkan menyusukan bayi seketika dan nikmati kehidupan baru sebagai seorang ibu. 

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Elak Risiko Overdue, Ibu Perlu Cuba Beberapa Tips Cepat Bersalin Secara Semula Jadi Ini!