5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

Ketahui tanda pengasuh yang tidak baik berikut dan lihat jika ciri-ciri ini ada pada pengasuh yang sedang menjaga anak anda sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meletakkan kepercayaan pada orang asing untuk mengasuh anak kita bukan perkara mudah. Dengan 5 tanda pengasuh yang tidak baik berikut, diharapkan ia dapat membantu anda memastikan si kecil anda sentiasa selamat.

Bukan apa… ada banyak kes pengasuh atau penjaga taska di luar sana yang membuatkan kita risau tentang anak kita. Contohnya seperti kes pengasuh bakar rumah dan pengasuh mencekik anak kecil ini.

Walaupun kita sudah bertanya dengan kenalan dan merasakan kita membuat pemilihan pengasuh yang terbaik, kadangkala, perkara buruk masih boleh terjadi.

Jadi, bagaimana caranya memastikan kita membuat pemilihan pengasuh yang tepat? Dengan menyemak 5 tanda pengasuh yang tidak baik berikut!

Tanda pengasuh yang tidak baik yang perlu anda perhatikan:

1. Pengasuh tidak hargai maklum balas anda

Kredit: theAsianparent Singapore

Katakanlah si kecil anda balik mengadu pada anda tentang pengasuh mereka dan anda kembali kepadanya lalu memberikan sedikit maklum balas.

Lihat cara mereka menerima maklum balas anda itu. Jika dia berdegil dan mengherdik anda kembali, itu boleh jadi tanda pengasuh yang tidak baik untuk anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengasuh anak kecil, seseorang pengasuh itu perlu terbuka kepada pendapat ibu ayah dan tidak kisah untuk menukar cara asuhannya. 

2. Pengasuh tidak jawab persoalan dengan baik

Jika pengasuh anda memberi jawapan yang samar pada setiap persoalan yang anda ajukan, dia mungkin sedang menyorokkan sesuatu daripada anda.

Apabila anda meminta maklumat lanjut tentang keadaan anak, dia juga mungkin bersifat defensive. Dia mungkin berasa yang cara dia mengasuh sedang dipersoalkan.

Pengasuh yang baik perlu sudi untuk bekerjasama dengan ibu ayah demi kesejahteraan dan keselesaan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pengasuh sering mengkritik gaya keibubapaan anda

Kredit: Theguardian.com

Walaupun mungkin dia berniat baik mahu memperbetulkan cara anda menjaga anak, tapi antara tanda pengasuh yang tidak baik adalah dia mengambil ringan hak anda sebagai ibu bapa.

Jika dia senantiasa memaksa anda untuk menerima caranya, maka ia boleh menyebabkan masalah kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jared M., ahli kepada komuniti parentTown, berpendapat yang anda perlu memastikan pengasuh anda tahu cara anda mengasuh dan mendidik anak.

“Jika mereka menafikan kebolehan anda, anda perlu perbetulkan pendapat mereka.”

4. Pengasuh tak fokus dan tak ambil serius tugas mereka

Anda perlu mempunyai pengasuh yang berkebolehan dan mampu menggalas tugas mereka dengan baik.

Jika anda lihat pengasuh tidak fokus dalam tugas menjaga anak anda, ia boleh menjadi petanda yang tidak baik.

Penjagaan anak kecil tidak patut dipandang mudah. Kecuaian yang kecil boleh membawa padah kepada kanak-kanak!

Seorang ibu ada berkongsi pengalaman buruknya tentang pengasuh yang tidak baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Anak saya pernah jatuh ke lantai kerana pengasuh saya menari sambil mendukungnya.”

5. Anak anda sering meragam

Kredit: theAsianparent Indonesia

Salah satu tanda pengasuh yang tidak baik boleh dilihat pada anak anda sendiri.

Antara tugas utama seorang pengasuh adalah memastikan anak kecil kita sentiasa terjaga makan minum, pakaian dan kesihatan fizikal serta emosinya.

Tapi, jika anda perasan yang anak kecil anda sering meragam ketika di bawah penjagaan pengasuh anda, ia boleh menjadi isyarat tidak baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin tanpa anda di sisi, pengasuh anda culas dalam tugasannya.

Pengasuh yang baik akan mempengarahi sikap anak, dan juga sebaliknya

Dengan melihat kepada tanda pengasuh yang tidak baik di atas ini, anda boleh memastikan anda telah memilih yang terbaik untuk menjaga si kecil anda.

Pastikan setiap pembayaran gaji yang dibuat berbaloi dengan perkhidmatan asuhan yang diberi.

Jika dia gagal dalam tugasan, terpulanglah kepada anda sama ada untuk memberikannya peluang kedua atau melepaskannya dan mencari yang lebih baik.

Semoga anak anda mendapat pengasuh yang terbaik untuk dirinya! Ibu ayah, jika anda ada pengalaman dengan pengasuh, mari kongsikannya di ruangan komen ya.

 

 

 

Terjemahan dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

Penulis

Noor