Tanda Putih Di Kuku, Jangan Pandang Remeh! Ini Petanda Badan Anda Kurang Nutrisi

Tanda putih di kuku bukan tandanya orang rindukan kita seperti kata orang dulu-dulu tapi boleh menyebabkan anda menghidap penyakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang beranggapan kuku tidak mendatangkan sebarang fungsi kepada kesihatan tubuh badan namun tahukah anda bahawa keadaan kuku seperti tanda putih di kuku boleh menjadi petanda badan anda kekurangan nutrisi.

Kuku yang sihat kelihatan licin, tanpa lubang dan sedikit kemerahan, sebarang perubahan warna atau pucat boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius.

Seperti yang dikongsikan Dr. Azri Aizat Ruhaizan di laman Tiktok, terdapat enam jenis kuku yang tidak normal yang menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi tertentu seterusnya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

@azriaizatruhaizan
Nails abnormality ♬ original sound – DR JON

1. Tanda putih di kuku (white spot)

Tompok putih yang muncul pada satu atau dua kuku bukan tandanya orang rindukan kita seperti kata orang dulu-dulu tapi boleh menjadi tanda kekurangan zink!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ini tidaklah bahaya sangat, tetapi anda perlu meningkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk mengelakkan masalah kesihatan yang teruk pada masa hadapan.

2. Kuku beralun (horizontal groove)

Pernahkah anda perasan sebarang bentuk alunan yang mendatar pada kuku? Ini bermaksud badan anda kekurangan protein, asid folik dan zat besi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah kes, garisan mendatar ini memberi petunjuk bahawa anda mempunyai penyakit seperti buah pinggang. Walau bagaimanapun, keadaan pada kuku kadang-kadang diwarisi dan menjadi menonjol mengikut usia.

3. Spooned nail

Kuku berbentuk seperti ini menunjukkan badan anda kekurangan zat besi. Zat besi adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk melakukan pelbagai fungsi. Misalnya ia adalah sebahagian daripada hemoglobin iaitu protein yang membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara makanan yang tinggi zat besi adalah :

  • Bijirin, beras, gandum dan oat yang diperkaya
  • Sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam dan kangkung
  • Buah kering seperti kismis dan aprikot
  • Kekacang seperti lentil dan kacang soya

4. Half moon nail

Masalah kuku seperti ini biasanya terletak di pangkal kuku yang berwarna keputihan yang membentuk seperti bulan separuh yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B6.

5. Bitten nail

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuku kelihatan seperti digigit tetapi anda tak pernah menggigit kuku, pelik kan? Ini adalah disebabkan oleh badan anda kekurangan zink! apakah kebaikan zink dalam tubuh?

  • Zink main peranan untuk optimumkan fungsi lebih 300 enzim dalam badan manusia. Yang akan bantu dalam banyak sangat proses penting untuk tubuh badan.
  • Zink jalankan kerja untuk metabolisma nutrisi dari makanan
  • Zink kuatkan sistem imun
  • Zink tolong repair tisu-tisu dalam tubuh
  • Zink tolong mantapkan proses penghadaman
  • Zink penting untuk kesihatan saraf

Jadi bayangkan kalau badan anda tidak dalam melakukan fungsi ini?

6. Kuku rapuh (brittle nail)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuku yang kering atau rapuh dengan kerap dan mudah patah ini menunjukkan anda kekurangan zat besi dan minyak ikan yang boleh menyebabkan penyakit tiroid.

Kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.

Dalam sesetengah kes, kuku mula pecah kerana terlalu banyak terdedah kepada lembapan atau bahan kimia seperti detergen, pengilat kuku dan penggunaan penanggal pengilat kuku.

Membaca dan memahami tanda-tanda ini boleh membantu anda mengesan gangguan yang serius dan mengambil tindakan sesuai tepat pada masanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Sunat Tidak Potong Kuku & Rambut Hingga Selesai Ibadah Korban, Bermula 1 Zulhijjah

Baca juga : Ibu Ayah Mencari Pemotong Kuku Bayi Yang Selamat? Ini 10 Pemotong Kuku Terbaik Pilihan Kami

Baca juga : Bapa Pelik Anak Tiba-Tiba Suka Gigit Kuku, Rupanya Itu Tanda Dia Stres Dapat Adik!

Penulis

Nursyamimi