X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

4 min bacaan
Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

Walaupun sudah ada tanda seminggu sebelum bersalin, seorang ibu tetap nak melahirkan bayinya pada satu tarikh yang cantik sampai jadi begini.

Pelbagai tanda seminggu sebelum bersalin yang akan muncul bagi sesetengah ibu mengandung. Contohnya sakit perut, keluar air ketuban, keluar darah, sakit pinggang, perut turun ke bawah dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah ibu walaupun sudah ada tanda seminggu sebelum bersalin, namun mereka tetap mahu memilih untuk melahirkan bayi di tarikh yang cantik tanpa memikirkan tentang keselamatan bayi yang dikandungkan itu.

Ini kerana, doktor sudah mengatakan pada ibu berkenaan bahawa dia harus melahirkan bayinya dengan segera kerana bayinya mengalami pelbagai kompliksi yang berbahaya. Malah, dia harus bersalin secara pembedahan czer.

Namun, ibu berkenaan tetap degil dan menolak untuk bersalin awal hanya semata-mata nak lahirkan bayinya pada tarikh yang cantik.

Tanda seminggu sebelum bersalin dah ada, ibu tetap nak bersalin pada tarikh cantik!

Tanda seminggu sebelum bersalin

Dipetik dari Asia One, seorang ibu yang berasal dari Zhejiang membuatkan pasukan perubatan khususnya doktor keliru semasa dia menolak untuk segera melakukan pembedahan czer hanya semata-mata nak bayinya itu lahir pada tarikh yang cantik yang telah dipilih.

Terdahulu ibu berkenaan ada mengunjungi klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan secara rutin. Namun, semasa melakukan pemeriksaan doktor mendapati bahawa tali pusat janin membengkak dan memerlukan ibu tersebut agar melakukan czer dengan segera.

Doktor turut menerangkan, tali pusat yang bengkak itu telah mempengaruhi aliran darah dan oksigen dari ibu kepada bayi.

Keadaan ini boleh terjadi kepada 1 dalam 10 persalinan serta boleh menyebabkan otak bayi menjadi rosak.

Keadaan bayi kekurangan oksigen ini juga dikenali sebagai hipoksia iaitu risiko komplikasi kesihatan dan juga boleh menyebabkan kematian.

Atas sebab itulah doktor menasihati ibu yang sudah hamil 37 minggu itu agar dia segera menjalani pembedahan czer untuk mengelak sebarang kemungkinan yang buruk.

Walaubagaimanapun, ibu tersebut tetap berkeras mahu lahirkan bayinya pada tarikh 20 September yang lalu.

“Keluarga telah pilih 20 September kerana itu tarikh yang terbaik. Manakala yang lain semuanya tidak,“. katanya.

Apatah lagi, dia langsung tidak menghiraukan peringatan doktor itu sedangkan doktor dah beritahu jika tunggu lagi dua hari risiko untuk bayi meninggal dunia adalah tinggi.

Bahkan, perutnya sudah mulai sakit pada 18 September yang menunjukkan bahawa bayinya itu kekurangan oksigen.

Keluarganya baru menyedari bahawa situasi sudah semakin buruk selepas pegawai hospital secara peribadi menjelaskan risiko dan bahaya yang boleh mengancam nyawa ibu dan janinnya.

Akhirnya, doktor melakukan pembedahan czer pada 6 petang pada hari tersebut dan bayi dilahirkan dengan selamat.

Malangnya, kulit bayi itu sudah membiru dan menunjukkan tanda-tanda hipoksia iaitu kekurangan oksigen.

Apa itu hipoksia?

Tanda seminggu sebelum bersalin

Ia merupakan satu keadaan apabila terdapatnya kekurangan oksigen yang ada di sel dan jaringan tubuh.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menganggu fungsi otak, hati dan organ vital yang lain dengan sangat cepat.

Bukan hanya pada orang dewasa, keadaan ini juga boleh dialami oleh janin di dalam kandungan.

Tanda-tanda hipoksia pada janin yang perlu ibu ayah waspada:

#1. Janin tidak bergerak aktif

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Semasa mendekati waktu melahirkan, gerakan janin biasanya berubah sedikit kerana ruang yang semakin sempit. Tapi jumlah harus sama setiap hari.

Untuk itu, ibu harus menghitung dan merasai 10 tendangan setiap 2 jam.

Jika bayi tidak bergerak aktif seperti selalu itu mungkin petanda bayi kekurangan oksigen dari dalam kandungan ibu.

#2. Degupan jantung menurun

Selain itu, denyutan jantung bayi yang normal adalah antara 110 hingga 160 per minit.

Jika kurang atau menurun, maka itu petanda bayi kekurangan oksigen. Sekiranya dibiarka, boleh menyebabkan kematian. Jadi ibu harus menjalani operasi czer segera.

#3. Terdapat mekonium dalam air ketuban

tanda tanda bersalin

Biasanya air ketuban ini berwarna merah muda, kuning atau merah. Tapi, jika bercampur mekonium atau najis janin, ia akan berubah jadi coklat atau hijau.

Jika mekonium ini menebal masuk ke dalam saluran udara, maka ia boleh menyebabkan gangguan pernafasan.

Bila adanya mekonium ini dalam air ketuban, itu petanda bahawa janin mengalami hipoksia.

Ini kerana janin yang kekurangan oksigen boleh mengalami stres hingga mengeluarkan najis.

Justeru, ibu perlu sentiasa melakukan konsultasi dengan doktor jika menemui mana-mana gejala di atas.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!
Kongsikan:
  • "Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

    "Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

  • Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat, Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini?

    Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat, Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini?

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • "Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

    "Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

  • Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat, Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini?

    Takutnya Due Date Bersalin Sudah Dekat, Apa Patut Ibu Hamil Buat Masa Ini?

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.