7 Tanda Suami Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga Ya Isteri! Jangan Simpan Seorang Diri

Ini 8 tanda suami bosan dengan anda. Hati-hati kalau ada salah satu ini kerana ia boleh menyebabkan rumah tangga goyah dan tak semesra dahulu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkahwinan, ada ketikanya isteri boleh mengesan tanda suami bosan berdasarkan tingkah laku, percakapan atau layanan yang mungkin sedikit berbeza dengan sebelumnya. 

Walaupun rasa bosan itu adalah lumrah dalam rumah tangga, namun jika dibiarkan ia boleh merosakkan perkahwinan sekaligus menjadi punca perceraian. 

Menurut Psychology Today, suami isteri mula bosan dengan pasangan kerana tiada fokus dalam kehidupan dan perkahwinan itu sendiri. Ada beberapa tanda suami bosan yang boleh diperhatikan sehingga membuatkan isteri rasa was-was dan curiga.

Berikut tanda-tanda tersebut yang boleh dikesan dari awal. 

Hati-hati dengan 7 tanda suami bosan ini!

#1. Tanda suami bosan – Jarang berkomunikasi 

Biasanya sebelum ini, suami selalu menceritakan apa yang dilakukan semasa di pejabat atau aktiviti yang dibuat sepanjang hari. Namun, secara tiba-tiba dia tidak lagi berbuat demikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini patut anda risau kerana mungkin ada sesuatu yang disorok atau tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dengan anda.

#2. Tanda suami bosan –  Tidak lagi memberi pujian 

Siapa yang tidak suka bila pasangan mengucapkan terima kasih, memberi pujian atau mengatakan penghargaan kepada anda. 

Namun, jika suami anda tidak memberi pujian lagi atau sudah mula menjauhkan diri sebaiknya anda ambil tahu mengapa sikapnya mula berubah.

#3. Elak melakukan hubungan intim 

Bila tiba waktu malam, suami selalu tidur dulu atau elak bersemuka dengan isteri semata-mata tidak mahu melakukan hubungan kelamin.

Bahkan, bila bersama sekalipun tidak lagi seghairah seperti dahulu. Hmmm…macam ada sesuatu kan? 

#4. Tak suka duduk rumah 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Ipospedia

Rumah semestinya menjadi tempat yang paling senang untuk berehat dan bermain dengan anak-anak. Namun jika keadaan ini tidak lagi semesra dahulu sebagai isteri anda memang patut risau dan berhati-hati. 

Apatah lagi suami sering keluar rumah, susah melekat dalam rumah atau balik saja kerja terus keluar ke mana-mana tanpa beritahu isteri. Ini juga salah satu tanda suami bosan dan anda harus cari jalan penyelesaiannya.

Manakala anda pula jangan duduk diam dan tidak bertanya tapi tanyalah dengan nada suara yang perlahan dan berlemah lembut supaya suami senang untuk menjawabnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Cepat marah 

Jika tersilap sedikit, suami mudah melenting.  Itu juga menunjukkan yang dirinya sudah mulai bosan dengan anda. Namun, elakkan berlawan marah dengannya kerana itu boleh mengundang kata-kata yang boleh mengguris hati.

Cuba bertenang dahulu dan ajak suami berbincang untuk mendapatkan perdamaian yang sewajarnya.  

#6. Perasaan dan naluri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena 

Secara lahiriah, wanita merupakan insan yang paling sensitif, mudah tersinggung dan percaya dengan kata-kata naluri kewanitaan. 

Meskipun suami tidak berterus terang tentang perasaannya namun isteri dapat rasai yang suami sedang dalam keadaan bosan.

Namun, adalah lebih baik jika anda bertindak bijak dengan bertanyakan dahulu kepada suami kerana mungkin ada sesuatu yang menyelubungi jiwa dan perasaannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Sering membuat perbandingan dan menyalahkan anda

Selain itu, anda juga dapat perhatikan suami seolah selalu menyalahkan dan membandingkan anda dengan orang lain.

Hmm…Ini tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena terutama sebelum ini suami seorang yang sabar dan tidak pernah menyalahkan anda semata-mata. 

Meskipun tanda suami bosan ini ada pada pasangan anda namun langkah terbaik adalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain supaya hubungan yang renggang itu kembali manis seperti dahulu. 

Semoga bermanfaat. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-tanda-suami-fikir-tentang-isteri