Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

Peringatan buat semua ibu bapa supaya tidak sewenangnya tinggalkan bayi berseorangan terutama bila si kecil bermain dengan benda-benda yang boleh menyebabkan risiko lemas dan kematian

Anda tahu tak terdapat beberapa tanda-tanda bayi lemas yang selalu berlaku tanpa kita sedar?Bayangkan dalam sekelip mata, anda boleh kehilangan bayi tersayang gara-gara terleka dalam keselamatan bayi kecil itu. 

Ibu ayah sepatutnya tahu bahaya yang boleh terjadi pada anak dan lebih berhati-hati apabila meninggalkan anak dalam katil bayi atau meja tukar lampin.

Kenapa? Sebabnya ia boleh membahayakan keselamatan anak anda!

Ikuti pengalaman seorang ibu yang membangkitkan kesedaran mengenai tanda-tanda bayi lemas tanpa pengawasan orang dewasa. 

Tanda-tanda bayi lemas: Seorang ibu alami pengalaman sedih yang tak dijangka

Kredit: Baby Center

Seorang ibu, Des Moines, 26 dituduh menyebabkan kematian bayinya yang berusia tiga bulan. 

Laporan media mengatakan ibu tersebut meninggalkan bayi perempuannya atas meja tukar lampin untuk seketika.

Selepas itu, bayi itu didapati berguling atas meja tersebut hingga saluran pernafasannya menjadi sempit lalu dia mati lemas. 

Pihak berkuasa tempatan berkata, ia merupakan satu kesalahan jenayah apabila ibu meninggalkan bayi tanpa pengawasan dalam jangka masa panjang. Apatah lagi, ibunya tahu anaknya sudah boleh berguling atau meniarap. 

Namun begitu, ayah bayi tersebut tidak menyalahkan isterinya dengan apa yang berlaku 

“Saya tidak menyalahkan isteri kerana mungkin dia pun tak sangka ini bakal terjadi kerana ketika itu. Isteri saya pergi ke kereta untuk mendapatkan botol susu yang tertinggal.  Sehingga kini, memori hitam itu masih bermain di fikiran kami. Bahkan, perasaan rindu pada anak tetap bermain di minda.”

Semoga keluarga kecil ini mendapat kekuatan dalam hari-hari yang berikutnya. 

Ibu bapa harus lebih peka terhadap tanda-tanda bayi lemas 

Apa yang berlaku terhadap bayi perempuan ini benar-benar mengejutkan dan sungguh menyayat hati. Apa yang membimbangkan adalah jika ia berulang kembali pada ibu bapa yang lain.

Benar, anda ingin lakukan yang terbaik buat si kecil seperti menidurkannya atas tilam sendiri.

Tapi sedar tak walaupun dalam kawasan lapang, jika ada benda yang boleh menutup wajah bayi. ia boleh jadi punca lemas dan kematian?

Tanda-tanda bayi lemas yang ibu bapa perlu lebih peka 

Kredit: She Knows

  • Kesukaran bernafas 
  • Wajah kebiruan atau kemerahan pada mata 
  • Sekiranya anda melihat bayi seolah-olah lemas dan sukar bernafas, pastikan bayi diletakkan di kawasan yang terbuka. 
  • Segera bawa bayi ke hospital atau telefon pusat keselamatan terdekat secepat mungkin 

Langkah-langkah untuk tangani bayi lemas 

Langkah paling terbaik adalah jangan biarkan bayi anda berseorangan tanpa dipantau oleh orang dewasa.

Banyak benda yang boleh berlaku sekiranya anda meninggalkan bayi dalam masa beberapa minit saja.

Risiko bahaya berlaku pada empat tempat iaitu bilik mandi, taska, kereta dan kawasan rumah. Disini terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan seperti…

Kredit web MD

  • Pastikan anda periksa suhu air sebelum meletakkan bayi dalam tab mandian 
  • Pasangkan kepala paip supaya air tak tersembur keluar 
  • Pastikan tandas anda ada ‘child proof locks‘ untuk elakkan kecederaan pada anak 
  • Jangan dekatkan bayi dengan permainan tajam yang jadi punca risiko kecederaan 
  • Jangan biarkan anak bermain dengan selimut, bantal atau napkin supaya dia tidak lemas apabila wajahnya tertutup dengan kain tersebut. 
  • Pesan pada penjaga taska supaya sentiasa memantau keselamatan anak 
  • Gunakan rear facing car seat jika anak sudah berumur dua tahun ke atas kerana ia sesuai dengan berat dan ketinggian mereka
  • Pastikan anda pasang tali pinggang keselamatan dan letakkan bayi ditengah tempat duduk
  • Jika di rumah ada tangga, pastikan ada pagar untuk elakkan anak memanjat tangga itu 
  • Tinggikan tempat letak tv supaya anak tidak bermain di situ. 

Ciri-ciri keselamatan harus dipertingkatkan supaya anak-anak hidup lebih selamat tanpa sebarang kecederaan serius yang berlaku. 

Semoga artikel ini memberi peringatan kepada kita semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan yang lain. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: healthline 

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga

Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya