Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

Tanda anak stress dapat dikesan melalui perubahan tingkah laku dan emosi. Beberapa langkah ini mungkin dapat membantu ibu bapa mengatasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi kanak-kanak mungkin nampak mudah, tapi siapa sangka tekanan juga boleh menimpa si kecil? Anak-anak tidak pandai meluahkan perasaan mereka seperti orang dewasa. Kadang-kadang, tanda anak stres itu terselindung di sebalik perubahan tingkah laku dan emosi yang kita anggap biasa. 

10 Ciri Ciri Anak Tertekan Dalam Keluarga

1. Markah Peperiksaan Kian Merosot

Kanak-kanak yang mengalami tekanan ini akan membuatkan mereka tidak dapat fokus dengan baik semasa cikgu mengajar dalam kelas.

Malah, hampir setiap hari kerja sekolah yang diberikan guru tidak dapat disiapkan dan menunjukkan penurunan prestasi yang drastik.

Jika melihat tanda ini, luangkan masa bersama mereka dan selami jiwa anak- anak itu.

2. Tidur Cukup Tapi Masih Letih

Anak yang mengalami depresi ini sering bangun tidur dengan keadaan diri yang tidak bermaya. Malah mereka kurang bermain, tidak mahu bercakap ataupun mengelak dari melakukan sesuatu aktiviti.

3. Selalu Cakap Diri Tak Berguna

Anak yang masih kecil mungkin kurang jelas dengan perasaan tidak dihargai tapi jika secara tiba-tiba meluahkan yang dirinya seolah tak berguna anda memang patut bimbang dan luangkanlah masa bersamanya.

4. Tak Suka Bergaul Dan Duduk Jauh-Jauh

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa bila mengalami depresi kita lebih suka duduk terpecil seorang diri dan menghindarkan diri dari bergaul dengan orang sekeliling.

Jika anak yang dahulunya peramah tiba-tiba berubah senyap memang anda patut bimbang.

5. Berkomunikasi Secara Tegang Macam Nak Bergaduh

Kanak-kanak ini bila mengalami perasaan stress dan tertekan mereka cenderung meluahkannya melalui kata-kata seperti menyampah, marah, menjelingkan mata, rasa nak menjerit dan sebagainya.

Namun, waktu bad mood ini berbeza seperti menunjukkan wajah tidak mahu ke sekolah tapi mood mereka kembali positif semasa makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Lebih Kerap Menangis

Menangis merupakan salah satu cara untuk si kecil menunjukkan perasaan sebenar mereka.

Tapi kalau dia menangis dengan lebih kerap, ibu bapa memang perlu risau dan membawanya berjumpa pakar kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaannya.

7. Tidak Mahu Ditenangkan

Buat perangai jika tidak mendapat sesuatu yang diingini adalah perkara normal bagi kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, bila seseorang itu bersedih mereka lebih suka didampingi sekaligus mendapat sokongan orang sekeliling.

Tapi kalau dia jauhkan diri secara tiba-tiba dan enggan menerima sebarang sokongan atau nasihat mungkin dia dalam keadaan depresi.

8. Sukar Memberi Tumpuan

Anak asyik mengelamun masa buat kerja sekolah atau lupa arahan mudah? Stres boleh membuatkan fikiran mereka berserabut, sehingga sukar untuk fokus. Kalau nampak ini berlaku, cuba tanya mereka dengan lembut, “Ada apa-apa yang mengganggu fikiran?”

9. Mudah Panik Atau Cemas

Anak tiba-tiba takut nak pergi sekolah atau gelisah bila ada situasi baru? Ini juga menunjukkan tanda anak stres. Kadang-kadang benda kecil seperti takut terlambat ke kelas pun boleh buat mereka cemas berlebihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Menggigit Kuku Atau Menghisap Jari

Tingkah laku seperti menggigit kuku atau menghisap jari mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya ia tanda mereka rasa tak selamat. Ini adalah cara mereka menenangkan diri bila tertekan, terutama bila mereka tak tahu cara nak cakap tentang perasaan mereka.

Punca Anak Tertekan

  • Faktor genetik : Memiliki ibu bapa atau adik beradik penghidap depresi dapat meningkatkan risiko individu juga mengalami depresi.
  • Faktor biologi : Depresi boleh terjadi akibat kadar serotonin dalam otak yang tidak mencukupi. Kondisi ini dikenal sebagai depresi klinis.
  • Jenis kelamin wanita : Wanita dua kali ganda lebih mudah mengalami depresi karena perubahan hormon yang terjadi selama hidupnya. Seperti saat menstruasi, kehamilan, melahirkan (depresi pascamelahirkan), dan perimenopause. Biasanya, risiko depresi pada wanita akan menurun setelah lewat usia menopause.
  • Pola makan buruk : Kekurangan vitamin dan mineral tertentu dapat memicu gejala depresi.
  • Mengidap penyakit kronik : Fikiran dan tubuh kita saling terikat. Pada kebanyakan pesakit, stres dan rasa sakit berkelanjutan dari penyakit kronik dapat menyebabkan depresi. Selain itu, penyakit tertentu, seperti gangguan tiroid, penyakit Addison dan penyakit hati, juga dapat memunculkan gejala depresi ini.
  • Masalah keluarga : Gangguan seksual, kehilangan orangtua, atau perceraian ibu bapa.
  • Penyalahgunaan ubat : Ubat-ubatan dan alkohol dapat memicu depresi. Bukan Beberapa ubat dapat memicu gejala depresi seperti antikonvulsan, statin, stimulan, benzodiazepine, kortikosteroid, dan beta-blocker.
  • Emosi : Selalu memendam emosi setelah kehilangan orang yang dicintai atau dikhianati boleh membuatkan seseorang menjadi depresi.
  • Faktor sekeliling : Stres di tempat kerja dan sebagainya

Peranan Ibu Bapa Menangani Stress Anak Anak

Jika anda perasan anak menunjukkan tanda-tanda stress, luangkan masa untuk berbual dengan mereka. Kadang-kadang, hanya dengan mendengar cerita mereka, anda sudah dapat membantu mengurangkan beban di bahu kecil mereka.

Jangan lupa beri sokongan dan yakinkan mereka bahawa anda sentiasa ada di sisi.

Cara Mengatasi Anak Stres

  • Bercakap dengan Anak
    Ajukan soalan lembut seperti “Kenapa adik rasa sedih hari ini?” atau “Apa yang buatkan adik rasa tak gembira?” untuk mengenal pasti punca tekanan.
  • Ajar Teknik Relaksasi
    Ajar anak teknik pernafasan dalam atau cara menenangkan diri seperti berdoa, mendengar muzik lembut, atau melukis.
  • Berikan Perhatian Lebih
    Kadangkala, perhatian yang lebih seperti pelukan, pujian, atau bermain bersama mereka boleh menghilangkan rasa tekanan.
  • Jadualkan Masa Rehat
    Pastikan anak tidak terlalu sibuk dengan jadual harian. Luangkan masa untuk rehat dan bermain.
  • Kurangkan Penggunaan Gajet
    Penggunaan gajet yang berlebihan boleh meningkatkan stres. Tetapkan had penggunaan gajet dan galakkan anak bermain di luar atau melakukan aktiviti fizikal.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Walaupun ibu bapa berusaha membantu, ada keadaan di mana tanda anak stres yang memerlukan perhatian profesional:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Tingkah Laku Mencurigakan Berterusan

Jika anak terus menunjukkan tanda-tanda stres seperti kemurungan, hilang minat pada aktiviti, atau sukar tidur walaupun anda sudah cuba membantu.

2. Masalah Akademik Yang Berpanjangan

Apabila prestasi anak di sekolah terus merosot dan guru juga mengadu tentang perubahan sikap mereka.

3. Kerap Sakit Tanpa Sebab Fizikal

Anak sering mengadu sakit kepala, perut atau badan tanpa sebab yang jelas dan ia tidak berkurang selepas rawatan asas.

4. Kelakuan Bahaya Pada Diri Sendiri Atau Orang Lain

Jika anak mula menunjukkan tingkah laku seperti menyakiti diri sendiri, bercakap tentang tidak mahu hidup atau menjadi terlalu agresif, segera dapatkan bantuan pakar.

5. Perubahan Drastik Dalam Personaliti

Anak yang dahulunya ceria tiba-tiba menjadi terlalu pendiam atau cepat marah tanpa sebab yang jelas.

Semoga artikel ini bermanfaat. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Gantung Diri Apabila Ibunya Berkata ‘Dia Tak Patut Dilahirkan & Satu Bala’

Baca juga: Bayi Sentiasa Menarik Telinga Sendiri, Awas! Anak Mungkin Terkena Jangkitan Telinga!

Baca juga: Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!