Mengapa Ramai Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

Tanda wanita klimaks palsu boleh dikesan melalui beberapa cara. Ini terjadi disebabkan oleh kurangnya keinginan untuk bersama dan sesi foreplay yang pendek

Apabila menyentuh tentang topik dalam kelambu, rata-rata pasangan berasa segan  meluahkan keinginan kerana ia dianggap sesuatu yang kurang sesuai untuk dibicarakan. Meskipun ‘beraksi’ setiap malam, para suami sepatutnya tahu akan beberapa tanda wanita klimaks secara palsu.

Dalam hubungan rumah tangga pastinya tidak akan terlepas dengan salah satu pihak suka menyembunyikan sesuatu perkara. Menurut kisah seorang isteri dengan dua anak, dia mengakui seiring bertambahnya usia perkahwinan, dirinya kini sudah tidak merasakan ‘sensasi’ aktiviti seksual.

Tanda wanita klimaks palsu, ini sebabnya mereka pura-pura orgasme

foto: freepik

Antara salah satu sebab tanda wanita klimaks palsu ialah bagi membolehkan para suami berasa puas dan sesi hubungan seks segera berakhir. Bukan itu sahaja, ada yang risau anak terbangun serta curi-curi tengok apa yang ibu ayah mereka buat pada waktu malam.

Menurut pakar seksologi di Jakarta, Dr Haekal, ramai isteri sanggup melakukan fake orgasm adalah untuk menyenangkan hati suami di ranjang. Pada hakikatnya, keadaan ini boleh diketahui oleh lelaki yang sudah terbiasa melakukan hubungan seksual.

”Biasanya kalau wanita merasai klimaks yang sebenar, bahagian penis mereka akan merasai cengkaman. Namun jika hanya pura-pura orgasme, para suami tidak merasakan cengkaman tersebut,” jelasnya.

Penyebab wanita melakukan fake orgasm

Tambah Dr Haekal, ada beberapa faktor yang mendorong wanita untuk pura-pura orgasme.

”Kebanyakannya adalah kerana ereksi penis suami tidak mengeras secara optimum, posisi seks yang salah, gangguan hormon pada wanita, takut termengandung lagi dan lain-lain,” ujarnya.

Ia turut diakui oleh Aesthetic Gynaecologist, Dr Dina Derdameisya yang mengatakan penyebab wanita pura-pura orgasme adalah ingin segera menamatkan sesi bercinta, berasa tidak selesa dan sakit ketika seks.

”Sekiranya hubungan seksual menjadi sakit, ia adalah kerana sesi pemanasan atau foreplay tidak cukup, cairan pelincir pada bahagian vagina belum banyak sehingga membuatkan anda menganggap aksi di ranjang sesuatu menyakitkan,” jelasnya.

foto: freepik

Pakar dari University of Central Lancashire dan University of Leeds telah mengadakan penelitian terhadap 71 wanita berusia 18 hingga 48 tahun. Ia meliputi pertanyaan kenapa wanita mengeluarkan suara ketika mengalami klimaks atau pura-pura orgasme.

”Ternyata mereka melakukan erangan secara sedar bagi mempengaruhi pasangan akibat ghairah melakukan seks,” jelas Brewer.

Hasil penelitian terbabit memperlihatkan hampir 80 peratus berpura-pura menggunakan suara sekitar separuh waktu meskipun mereka tidak mengalami kepuasan atau klimaks.

Wanita ingin bercinta di ruang yang gelap 

Selain kerap melakukan fake orgasm, ada fakta lain yang lebih menarik mengenai wanita ketika aktiviti seksual berlangsung. Kajian mendapati ramai wanita lebih selesa dan ghairah beraksi ketika berada di ruang bilik gelap atau memiliki cahaya yang samar-samar.

”13 peratus perempuan ingin bercinta di ruang gelap dan kurang cahaya. Hal ini disebabkan oleh faktor psikologi mereka yang berasa lebih nyaman saat melakukan hubungan intim di ruang gelap.”

foto: freepik

”Selain itu, hasil penelitian mendapati golongan yang hanya ingin melakukan hubungan seks di tempat gelap adalah kerana rasa tidak yakin dengan bentuk tubuh mereka. Ini berlaku dalam kebanyakan wanita yang mula berasa lebih gemuk selepas mengandung dan miliki anak.” jelasnya.

Ramai wanita juga sering kali dilanda rasa tidak percaya dengan diri apabila anda memiliki bahagian tubuh atau organ intim berwarna gelap sehingga hanya mahu bercinta dalam bilik gelap agar pasangan tidak melihat kekurangan tersebut.

Ditegaskan oleh pakar, meskipun ada permasalahan seksual yang dialami oleh pasangan suami isteri, langkah terbaik mesti dilakukan adalah meluahkan keinginan dan sebarang isteri pada waktu yang sesuai.

Tambahnya lagi, kunci untuk mencapai kenikmatan seksual adalah sama-sama saling terbuka dalam berkomunikasi. Wanita sebaiknya tidak memikirkan diri hanyalah objek seksual yang berfungsi untuk memuaskan nafsu suami agar hubungan seksual ini dapat dinikmati kedua-dua pihak.

Sumber: Penulis asal Nia Lara. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Kredit foto: freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!