Aksi dan layanan ketika hubungan seks seseorang ternyata dipengaruhi dari tanda zodiak yang dimilikinya. Beberapa zodiak cenderung menginginkan seks dilakukan secara perlahan, ada pasangan mendambakan pendekatan penuh sensual dan ada yang tertarik dengan aksi spontan.
Namun, bagaimana pula dengan ciri-ciri seksual anda atau pasangan saat berasmara? Ini jawapannya!
Tanda zodiak seseorang berkaitan dengan gaya semasa di ranjang
#1. Capricorn
Melakukan beberapa percubaan ketika berasmara mungkin menjadi pilihan terakhir bagi Capricorn bagi mendapatkan kepuasan seks. Hal ini kerana pemilik zodiak Capricorn lebih cenderung untuk konsisten. Menurut mereka, variasi dalam hubungan seks bukanlah hal utama kerana paling penting adalah selesa dan nikmat!
Bukan itu sahaja, pasangan anda mungkin suka merahsiakan atau kurang gemar bercerita tentang seks kepada orang lain.
#2. Aquarius
Biasanya Aquarius mudah berasa ghairah hanya dengan melakukan phone sex atau menghantar mesej berunsurkan seks. Hanya dengan membayangkan kenikmatan bercinta, ia sudah cukup untuk menaikkan nafsu mereka.
Namun hasrat seksual ini boleh berubah drastik ketika berada dalam realiti. Dia boleh menjadi lebih hebat dan dingin semasa beraksi, ia bergantung pada sikap dan persediaan diri.
#3. Pisces
Pasangan dengan zodiak ini akan sentiasa meminta untuk bersama. Dia mungkin rasa lebih ghairah ketika anda melakukan sentuhan pada titik sensitif dan bersikap lebih romantik. Hakikatnya, karakter seks zodiak Pisces inginkan rayuan halus sebelum melakukan hubungan intim.
#4. Aries
Spontan adalah rahsia bagi pemilik zodiak Aries dalam berhubungan. Biasanya dia menyukai seks secara tiba-tiba dan layanan tanpa batasan. Pasangan anda juga bersikap lebih terbuka dengan pelbagai gaya serta posisi seks. Namun, Aries mungkin kurang suka dengan foreplay memandangkan ia mengambil masa lama dan memerlukan pasangan untuk bersikap lebih agresif.
#5. Taurus
Rangsangan sebelum memulakan seks adalah elemen penting bagi zodiak ini. Ia melibatkan kesemua titik bahagian sensitif pada tubuh sebelum nafsunya melonjak. Justeru anda boleh memulakan aksi dengan sentuhan, ciuman dan mengucapkan kata-kata romantik.
Bukan itu sahaja, pasangan Taurus juga suka ‘memanjakan’ matanya terlebih dahulu sebelum bercinta. Anda boleh mengenakan lingerie cantik, solekan nipis dan menonton filem percintaan bersama.
#6. Gemini
Tanda zodiak ini mengatakan bahawa perbualan mengenai seks merupakan foreplay paling sempurna sebelum mengadakan hubungan seks. Hal ini kerana ia sekaligus dapat merangsang nafsu pasangan untuk aksi seterusnya tanpa begitu gelojoh. Justeru, pastikan diri anda berupaya melayan perbualan dan memberi kesenangan ketika di ranjang.
#7. Cancer
Zodiak ini menyukai pasangan bersikap agresif ketika di atas katil yang cenderung memberikan kesenangan untuk bersama. Justeru, karakter seks Cancer memerlukan pasangan bercinta lebih mendominasi dengan gaya berpelukan, spooning dan berpegangan tangan.
Pastikan foreplay dilakukan dengan berkesan supaya pasangan benar-benar bersedia untuk aksi seterusnya.
#8. Leo
Leo amat berasa bangga dengan diri dan akan mempamerkan kemampuannya di ranjang. Oleh itu karakter seks zodiak ini adalah berusaha sebaik mungkin supaya dapat memberikan kenikmati kepada pasangan.
Pasangan juga akan berasa amat dihargai jika anda sudah sedia maklum mengetahui akan setiap keinginannya. Dia juga menyukai rayuan serta godaan seksi dengan sentuhan bahagian punggung dan akhirnya melakukan hubungan seks.
#9. Virgo
Ciri sederhana, lembut dan romantis adalah tanda zodiak mengenai seks yang dimiliki oleh zodiak Virgo. Sebagai seorang perfectionist, Virgo terkadang merasakan tidak percaya akan diri dan bentuk tubuh yang dimiliki oleh mereka.
Disebabkan itu, aura positif sangat diperlukan oleh pasangan anda ketika melakukan persetubuhan. Justeru, anda perlu bijak untuk try and error dalam memuaskan keinginannya. Dengan karakter yang mementingkan segalanya berjalan sempurna, Virgo akan lebih fokus mengenai cara membuatkan pasangan rasa nikmat ketika bersama.
Justeru sama-samalah memberikan yang terbaik dalam memastikan kepuasan batin pasangan terjaga. Paling penting adalah mengetahui perkara disukainya dan tidak disukainya semasa bersama.
Sumber: Wolipop
Kredit foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: