Mayat pasangan suami isteri, Shahril Apipie Mokhtar dan isterinya Wan Hasheliza Wan Ibrahim yang meninggal dunia selepas ditimpa tangga rumah runtuh selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lembah pada Isnin lepas. Kejadian ini berlaku di Sungai Buloh, Selangor.
Wanita hamil 8 bulan maut ditimpa tangga rumah
Hampir 100 orang ahli keluarga dan saudara mara menghadiri hari pengebumian pasangan suami isteri itu.
Bapa kepada Wan Hasheliza berkata apa yang berlaku ini dianggap sebagai satu ujian dari Tuhan dan kita sebagai manusia kena menerima sebagai Qada dan Qadar yang telah ditentukan.
Walauabagaimanapun beliau menambah, masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa anak, cucu dan menantunya itu. Namun menerimanya sebagai takdir tuhan yang telah ditetapkan.
Terdahulu, Wan Hasheliza sedang hamil lapan bulan dan suami terbunuh selepas ditimpa oleh tangga rumah yang runtuh hingga menyebabkan kecederaan parah.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 12.50 malam yang berlaku di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat di Kampung Matang Pagar berdekatan Sungai Buloh.
Turut terbunuh dua jiran mereka Mohd Radezi Abdul Aziz dan warga Indonesia Bambang Sulistio.
5 Kegiatan yang patut dihindari ibu hamil
Beberapa aktiviti ini patut dihindari ibu hamil demi menjaga keselamatan diri dan juga bayi yang dikandungkan.
#1. Naik roller coaster
Elakkan bermain roller coaster dan kegiatan ekstem lain yang boleh mengaktifkan hormon adrenalin.
#2. Menunggang kuda
Aktiviti menunggang kuda boleh menyebabkan tekanan pada perut malah cara duduk yang digunakan penunggang kuda juga tidak direkomenkan pada ibu hamil kerana sewaktu ini postur tubuh anda sudah berbeza.
Malah gerakan kuda yang lincah boleh mengganggu keamanan bayi dalam kandungan.
#3. Olahraga air
Olahraga dalam air seperti berenang, bermain air kolam dan sebagainya tidak digalakkan bagi ibu hamil.
#4. Snowboarding
Seperti olahraga air, snowboarding juga boleh menyebabkan trauma pada janin malah ia memberi risiko yang berbahaya pada kandungan anda.
#5. Elakkan bahan berbahaya
Jika anda seorang perokok dan peminum arak sebaiknya berhenti amalan buruk ini semasa hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan menggangu pertumbuhan janin.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: NST, Tribunnews
Baca juga
https://my.theasianparent.comwanita-hamil-kematian-suami-secara-tiba-tiba