Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Ibubapa dan perokok masing-masing bertanggungjawab untuk mencegah bahaya rokok dengan mengamalkan sikap 'give and take'. Mari ketahui tanggungjawab anda!

Mohd Zailee – seorang perokok telah berkongsikan luahan di laman Facebook tentang ketidakselesaan sesetengah ibubapa yang membawa anak mereka ke tempat makan yang dipenuhi dengan perokok. Sebenarnya, situasi seperti ini tanggungjawab siapa?

Luahan yang disiarkan dalam Ohbulan! itu mencetus perdebatan dan kontroversi hebat. Ada yang mengecam beliau sebagai mementingkan diri sendiri dan ‘ingin mengheret individu lain untuk mati’. Namun, ada juga yang menyokong penyataan ini dan menganggap adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menjauhkan anak-anak mereka dari asap rokok.  Mari baca luahan Mohd Zailee tersebut.

Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Mohd Zailee mengecam ibubapa yang “tidak berkemampuan” untuk ke restoran yang menyediakan penghawa dingin, lalu menyalahkan perokok yang merokok di hadapan anak-anak mereka. Walaupun sebenarnya, ‘perokok’ ini yang sampai dulu di kedai tersebut dan berhak untuk hisap rokok di situ.

Hakikatnya, semua individu tahu tentang padah dan bahaya rokok. Perkongsian saya sebelum ini menjelaskan bagaimana rokok membunuh dalam senyap. Kerajaan juga telah menggubal sebuah akta khas tembakau untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat.

Pada pandangan saya, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa malah juga perokok untuk mencegah bahaya ini buat insan yang tersayang. Masing-masing harus mengamalkan sikap ‘give and take‘ dalam isu bahaya asap rokok untuk menjadi masyarakat yang prihatin. Mari ketahui bagaimana anda boleh amal sikap ‘give and take‘ dengan tanggungjawab anda terhadap bahaya rokok ini:

Tanggungjawab ibubapa

Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Ibubapa harus bertanggungjawab untuk mencegah asap rokok daripada meracuni insan tersayang. Takkan anda ingin semua perokok di seluruh dunia berhenti merokok kerana anak anda? Itu mustahil! Asap rokok (tak kira secondhand smoke atau thirdhand smoke) ada di mana-mana. Anda yang menentukan asap itu sampai ke anak anda atau tidak! Jadi, mari lakukan langkah ini untuk memastikan si manja anda tidak terdedah pada bahaya:

  • Jadi contoh – jika anda atau pasangan yang merokok, berhenti sekarang! Si manja lebih terbuka kepada rokok jika anda yang mendedahkannya.
  • Jauhkan anak dari kawasan yang membenarkan rokok – walaupun kadangkala tiada perokok di situ. Ini sebab kimia dari rokok masih ada di permukaan bilik/kedai tersebut.
  • Rumah dan kereta kawasan bebas rokok – Jangan benarkan sesiapa merokok di dalam rumah atau dalam kereta anda. Ini hak anda! Jangan letak asytray di rumah, risau ia menggalakkan tetamu untuk hisap rokok.
  • Guna penapis udara – penapis udara mampu menapis kimia yang didedahkan oleh rokok. Buka tingkap untuk membenarkan pengedaran udara saja tidak cukup!
  • Pilih pengasuh yang tidak merokok – Anda yang menentukan siapa yang akan terdedah dengan anak anda. Maka, jauhi perokok! Mereka mungkin tidak akan menjauhi anda, tapi anda ada peluang yang sama.
Tanggungjawab perokok
Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Kredit: Pexels

Malaysia bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat daripada pendedahan asap rokok, apabila menjadi Negara Parti untuk World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC). Oleh itu, kerajaan telah menaikkan harga rokok bagi mengurangkan pembelian. Malah, cukai terhadap rokok juga ingin dinaikkan bagi membendung aktiviti tidak sihat ini.

Sebagai seorang perokok pula, anda harus tahu had-had sempadan merokok sebelum mencucuh api rokok anda tersebut. Anda pasti anda ada hak untuk merokok di situ? Mari semak antara 21 jenis tempat yang menjadi tempat larangan merokok:

  • dalam pusat hiburan atau teater (kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino)
  • di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  • dalam lif atau tandas awam
  • dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  • dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  • dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri mengikut peraturan 22
  • di lapangan terbang
  • dalam premis kerajaan
  • dalam kawasan perhimpunan
  • dalam institusi pendidikan
  • dalam kawasan taman asuhan kanak-kanak
  • dalam bas sekolah
  • di kaunter perkhidmatan dalam bangunan
  • dalam kompleks membeli-belah
  • di stesen minyak
  • dalam kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  • dalam mana-mana tempat awam yang digunakan atas tujuan keagamaan
  • dalam perpustakaan
  • dalam kafe internet
  • dalam tempat latihan khidmat negara
  • di mana-mana tempat kerja berhawa dingin

Jadi, pastikan anda tidak merokok di dalam mana-mana kawasan ini!

Sebagai masyarakat yang prihatin, marilah sama-sama kita berganding bahu untuk menjauhkan bahaya asap rokok daripada kanak-kanak yang semakin membesar. Rokok itu pilihan anda, namun bukan pilihan si manja!

Sumber: theAsianparent Malaysia, Healthy Children Organisation, MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Utusan Malaysia Online

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner