X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nelayan Ditangkap Melakukan Seks Ganas Tanpa Rela Isteri, Wahai Isteri Ini Yang Anda Perlu Lakukan

4 min bacaan
Nelayan Ditangkap Melakukan Seks Ganas Tanpa Rela Isteri, Wahai Isteri Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Isteri sepatutnya sentiasa dipastikan dalam keadaan selamat, disebabkan itulah apabila berkahwin suami perlu menyediakan tempat tinggal yang selamat, kelengkapan yang cukup serta makan minum yang sempurna.

Tanggungjawab suami sepatutnya menjaga dan melindungi isteri, tapi jika mereka sendiri yang melakukan keganasan kepada isteri ternyata mereka tidak layak digelar suami. 

Isteri sepatutnya sentiasa dipastikan dalam keadaan selamat, disebabkan itulah apabila berkahwin suami perlu menyediakan tempat tinggal yang selamat, kelengkapan yang cukup serta makan minum yang sempurna.

Tapi di rumah sendiri pun isteri tidak berasa selamat akibat suami durjana bagaimana? Wahai wanita anda perlu tahu apa yang anda patut lakukan sekiranya suami mula mendera anda baik dari segi seksual, fizikal mahupun mental!

Nelayan dipenjara 15 tahun akibat penderaan seksual kepada isteri

tanggungjawab suami

Berita Harian baru-baru ini melaporkan seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dengan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada April lepas.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas si suami yang berusia 36 tahun, selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Bapa empat anak itu didakwa mengurung, melakukan seks luar tabii dan persetubuhan hingga menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, malah si suami juga memiliki video cakera padat (VCD) lucah, yang disimpan di kediaman mereka. .

Lantas suami durjana ini dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii termasuk menggunakan zakar palsu terhadap isterinya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas si isteri. 

Mengurung Isteri 

Tidak cukup dengan penderaan seksual, suami yang tidak berperikemanusiaan ini juga pernah mengurung isterinya.  Malah keganasan rumah tangga terhadap isterinya itu bukanlah kali pertama namun telah berlaku sejak empat tahun lalu selepas mereka berkahwin pada 2004.

Menurut kenyataan si isteri pada hari terjadinya penderaan itu, si suami telah menjemput isterinya yang ketika itu berada di rumah ibu mangsa di kampung yang sama dan meninggalkan anak mereka di rumah berkenaan.

Lantas si suami tanpa berlengah telah melakukan keganasan seksual ke atas isterinya. Ternyata tanggungjawab suami yang difikirkannya hanya dari segi nafsu seksual, itupun bukan yang mengikut syara’. 

Tanggungjawab suami: nasihat dari wanita yang terselamat dari hubungan toksik

tanggungjawab suami

Seorang wanita (yang dirahsiakan namanya) pernah terlibat dalam perhubungan toksik dengan pasangannya. Dia telah merasai segala bentuk penyeksaan dan ini adalah nasihatnya wanita yang berada dalam situasinya ini agar:

  • Jangan berdiam diri.
  • Jangan terima apa yang anda tahu salah.
  • Percayakan naluri anda.
  • Percayakan rakan anda kerana mereka boleh lihat apa yang anda tak nampak.
  • Keluar dari hubungan toksik secepat mungkin.
  • Kenali kelemahan anda dan dapatkan bantuan.
  • Akhir sekali, berdoa dan minta bantuan dari Allah. Dia maha mendengar dan akan beri anda petunjuk dan bantuan.

Apa yang isteri perlu buat?

tanggungjawab suami

#1.  Minta bantuan secapat mungkin

Nombor di bawah adalah tempat yang baik untuk anda minta nasihat dan bantuan:

Kecemasan – 999

WAO (Women’s Aid Organization) – WAO Hotline: 03 7956 3488, WhatsApp/SMS TINA: 018 988 8058

#2.  Berjumpa doktor

Terus berjumpa doktor jika anda mengalami kecederaan yang serius.

Terus terang dengan doktor dan jangan sorokkan sebab sebenar tentang kecederaan anda.

Undang-undang pastikan laporan perubatan adalah peribadi.

Stories Rakan Kongsi
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper

Laporan doktor dapat bantu anda untuk mendapat perlindungan peribadi.

Simpan resit perubatan sebagai bukti.

suami pukul isteri, keganasan domestik, keganasan rumahtangga, penderaan rumahtangga, penderaan fizikal, suami belasah isteri

#3. Buat laporan polis

Membuat laporan polis adalah bermanfaat walaupun anda tak mahu ambil tindakan undang-undang.

Buat salinan lapiran polis untuk kegunaan masa hadapan.

Perhatikan jika ada bukti yang boleh menunjukkan yang anda mengalami penderaan fizikal mahupun emosi.

#4. Cari kaunselor 

Jika anda perlukan seseorang untuk bercakap, cari kaunselor yang boleh berikan anda panduan yang lebih baik.

#5. Tinggal di rumah perlindungan

Jika anda tak ada tempat atau cara lain untuk keluar atau lari dari hubungan toksik, tinggal di rumah perlindungan untuk keselamatan anda.

Semoga penderaan domestik dapat dibendung dan semua mangsa lebih berani untuk keluar dan mencari perlindungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Berita Harian, Bernama

Baca juga: 

Ramai Suami Mahu Seks Anal Walaupun Tahu Ia HARAM, Apa Patut Anda Buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Nelayan Ditangkap Melakukan Seks Ganas Tanpa Rela Isteri, Wahai Isteri Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Kongsikan:
  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham