Menjadi ibu bapa terutama bagi ibu bapa baru memang bakal menguji kesabaran. Antara yang akan membuatkan kesabaran anda teruji adalah tangisan bayi anda.
Malah jangan pelik jika ada ibu atau ayah yang boleh bertindak di luar kawalan dan kewarasan akal hanya kerana mendengar tangisan bayi mereka yang seakan tidak boleh berhenti. Tidak dinafikan memang akan menggangu fikiran mereka lebih-lebih lagi bagi ibu bapa baharu yang langsung tiada persediaan mengenai perkara ini.
Tangisan bayi boleh dihenti dengan cara genius ini
Memahami kerunsingan yang dihadapi ibu ayah terutama yang baru bergelar ibu dan bapa, parents.com ada kongsikan cara bagaimana mahu menghentikan tangisan anak kecil ini daripada terus melarat.
Menangis terlalu banyak juga tidak baik untuk bayi, malah ada kes yang mana bayi baru lahir menangis terlalu kuat hingga membuatkan paru-parunya pecah.
Jadi, jika boleh bantulah anak anda untuk hentikan tangisan mereka. Cubalah cara yang termampu supaya ia tidak melarat dan menjadi habit anak kecil untuk sentiasa menangis. Jangan jadikan menangis itu habit untuk anak-anak kerana ia tidak baik untuk perkembangan mental dan fizikal mereka.
Menangis memang perlu, tapi jika dalam jangka masa yang terlalu lama pun akan menyebabkan perkara tidak baik berlaku pada anak. Sebagai contoh menangis terlalu lama untuk bayi baru lahir boleh membuatkan mereka mendapat kembung perut juga malah jika mereka jenis kembung perut keadaan itu akan menjadi lebih buruk.
#1. Kuatkan bunyi suara/ televisyen/ radio, buat bunyi bising
Ini bukan menjerit ya. Seperti pergerakan, bunyi akan boleh mendatangkan ketenangan kepada sistem saraf bayi yang akan menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan bayi.
Kuatkan itu hanya dalam tempoh sekejap saja untuk mengalih perhatian bayi anda. Jangan pandang rendah kepada keupayaan suara anda ya walaupun anda bukanlah Siti Nurhaliza atau Jacklyn Victor.
Bayi mungkin sangat tenang apabila mendengar suara ibu mereka menyanyi kerana itu biasanya adalah irama yang menenangkan menurut doktor.
Jadi ibu-ibu gunakanlah suara anda untuk menenangkan bayi anda mungkin kerana mereka sudah terlalu terbiasa mendengar suara anda ketika dalam kandungan.
#2. Mainkan semula bunyi tangisan
Apabila anak saya menangis, saya akan rakam apa yang mereka buat dan beri mereka dengar, Mereka biasanya akan tersentak dan terdiam apabila mendengar suara bayi menangis.
Ini antara yang dikongsikan oleh seorang ibu.
Jadi kenapa ia berkesan? Menurut doktor bayi kadang-kadang merasa sangat tertekan, mereka mengalami kesukaran untuk ditenangkan malah kadang kala sebab perkara remeh saja seperti lampin basah. Bayi memang tidak boleh dipisahkan dari tangisan. Tetapi yang mengejutkan, mereka akan terganggu apabila mendengar tangisan bayi terutama suara sendiri.
Ia akan membuat mereka tersentak dan terdiam daripada apa yang membuatkan mereka menangis sebelum itu.
#3. Kurangkan cahaya
Cahaya kadang kala menganggu bayi. Cuba gelapkan sedikir bilik yang ada mereka dan anda lihat perubahannya. Suasana yang sedikit suram akan menenangkan bayi. Malah bagi bayi baru lahir pun, mereka memang sebelum ini berada dalam kegelapan dalam perut ibu.
Jadi perlahan-lahanlah dalam memperkenalkan cahaya kepada mereka.
#4. Tukar pemandangan
Berikan mereka ruang untuk merasai mood baharu yang mungkin boleh membuatkan mereka rasa lebih relaks dan tenang. Cuba bawa mereka keluar rumah dan lihat pemandangan baharu.
#5. Tenangkan diri anda dulu
Ini paling penting, jika anda tak tenang, bagaimana untuk anda berfikir secara waras untuk menenangkan bayi anda dan menghentikan tangisannya. Tenangkanlah diri anda dulu. Ambil masa dan baru pergi kepada anak anda.
Jangan selesaikan mereka dalam keadaan anda sendiri berkecamuk fikiran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: parents.com
Baca juga: