Usah Malu Bila Anak Tantrum Depan Orang Ramai, Sudah Lumrah Dia Sedang Membesar!

Masalah tantrum pada bayi merupakan perkara normal dihadapi oleh kebanyakan ibu ayah. Apa yang pasti, cara pengurusan yang betul dapat mengawal mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak hanya kanak-kanak, masalah tantrum pada bayi juga boleh terjadi. Bagi anda yang baru pertama kali menjadi ibu ayah, situasi ini mungkin sukar dikawal. Lebih-lebih lagi orang sekeliling mula memerhatikan gelagat si manja yang menangis, menjerit sepenuh hati atau menggulingkan tubuh di atas lantai.

Maksud tantrum ialah tempoh singkat di mana anak secara tiba-tiba sahaja marah atau menonjolkan perlakuan tidak wajar seperti mengamuk, menjerit dan menunjukkan rasa tidak puas hati melalui tindakan menendang atau memukul.

Tantrum pada bayi dan anak yang masih kecil

Menurut perkongsian gambar oleh salah seorang pengguna Facebook, Zaim Zin, dia mengatakan gambar 3 beranak ini pernah tular.

Seorang bapa hanya melihat dan membiarkan sahaja anaknya meniarap di salah sebuah pasaraya. Bapa ini bernama Justin Louis Baldoni, iaitu seorang usahawan serta pelakon terkenal.

Dijadikan cerita, anak perempuannya sedang tantrum. Baldoni hanya berdiri dekat dengan anknya bagi memastikan dia selamat. Manakala lelaki berusia di hadapan beliau ialah ayahnya sendiri. Gambar ini telah dirakam oleh isteri beliau, Emily.

”Saya ada terfikir, ketika berada sama usia dengannya dahulu. Entah berapa kali saya buat perkara yang sama pada ayah,” itulah antara respon Baldoni tentang gambar ini.

”Bukan itu sahaja, seingat saya tidak pernah pula mendengar ayah luah rasa malu dengan anak yang menjerit atau suruh berhenti menangis ketika dia membesarkan saya dahulu.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Dia hanya biarkan sahaja saya rasa apa yang patut rasa. Saya tidak sangka didikan tersebut amat berguna pada hari ini,” katanya.

Anak terdedah dengan pelbagai pengetahuan baharu

”Anak kita akan belajar dan proses terlalu banyak maklumat. Dia tidak tahu macam mana nak kawal perasaan yang baharu dalam hidupnya,”

”Masih ingat lagi ayah banyak mengajar tentang hidup sebagai seorang lelaki. Ini salah satunya. Tenang, meskipun berada di tempat yang tidak tenang.” kongsinya.

Baldoni hanya membiarkan sahaja anak menangis, menendang dan menjerit di tempat awam. Adakah dia tidak berasa malu dengan orang lain? Apa pula kata orang nanti?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

”Dalam dunia ini sememangnya tiada ibu bapa yang sempurna. Tapi satu perkara yang ayah selalu pesan, jangan jadi ibu ayah berdasarkan kata-kata orang lain. Lagipun saya ayah dia, bukan kalian.” ujarnya.

Bagi Baldoni, ketika anak perempuannya mengamuk di kedai atau menjerit di dalam pesawat, itu bukanlah perkara yang memalukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak tantrum, ibu ayah adalah insan yang paling kena sabar. Memang waktu itu kita akan teruji untuk jerit semula dan marah anak supaya dia segera berhenti buat perangai, namun ia bukanlah penyelesaian terbaik.

Bolehkah anda biarkan sahaja anak tantrum?

Persoalannya, adakah cara membiarkan anak mengamuk di tempat awam merupakan pilihan yang bagus?

Menurut pakar keibubapaan, Alyson Schafer mengatakan, ”Ibu ayah hendaklah memberikan respon mengikut konteks dan situasi anak tantrum.”

Sekiranya ia berlaku ketika di tempat yang boleh mengganggu ketenangan orang lain dan keselamatan dia, seperti restoran, maka adalah lebih baik anda mengasingkannya segera. Sambil itu juga, berikan dia pilihan dengan mengatakan, ”Kamu nak bertenang atau kita semua akan balik sekarang.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Namun jika ia berlaku di kawasan yang ramai orang, maka ibu ayah hendaklah duduk di sampingnya dan bantu tenangkan anak. Sebagai contoh, gosok bahagian belakang untuk menenangkannya.

Elakkan beri perhatian kepada kesengsaraan mereka, tetapi beri rasa bahawa kita bukanlah membenci mereka

Tips mengawal anak tantrum

  • Cara terbaik untuk mengelakkan anak tantrum ialah dengan mengenal pasti suis atau punca mereka tantrum. Kebiasaannya ia terjadi apabila anak tidak dapat apa yang diinginkan, lapar, penat, mengantuk atau kurang rehat.
  • Konsisten dan istiqamah dalam menetapkan peraturan di rumah. Contoh, ibu tidak bagi makan aiskrip. Tapi ayah bagi. Nanti anak boleh jadi keliru dan mengamuk.
  • Kekal tenang ketika anak tantrum. Jika anda marah, benci dan malu dengan perangai mereka, ia tidak akan membantu.
  • Tunjukkan empati dengan kata-kata dan bahasa badan bahawa anda ada bersamanya sebagai peneman, bukan musuh dia. Tenang dan tunjuk bahawa diri kita tidak terpengaruh dengan gangguan dia.

Sumber: Zaim Zin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comterapi-autisme