#TAPReview VITASEN® PRO-BIOS® Bifido Kids

VITASEN® PRO-BIOS® Bifido Kids, suplemen probiotik hidup untuk kanak-kanak dalam bentuk tablet mudah kunyah sesuai untuk anak-anak aktif membesar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hai parents! Sejujurnya saya seorang ibu yang paranoid dan sangat mementingkan kesihatan anak-anak saya.

Selain daripada memastikan pengambilan makanan yang sihat untuk kedua puteri saya, saya juga menjadikan pengambilan suplemen kesihatan sebagai rutin harian mereka. Ini sesuatu yang saya wajibkan pada mereka sejak masing-masing masuk usia setahun iaitu umur yang baik untuk kanak-kanak mula mengambil suplemen kesihatan.

Baru-baru ni, saya mencuba VITASEN® PRO-BIOS® Bifido Kids untuk anak-anak saya, iaitu suplemen probiotik hidup untuk kanak-kanak dalam bentuk tablet mudah kunyah. Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, jadi kedua-dua puteri kecil saya yang berusia 4 dan 2 tahun dapat menikmatinya bersama setiap pagi sebelum sarapan.

Senang hati saya melihat mereka gembira mengunyah tablet berperisa oren ini tanpa paksaan kerana rasanya yang manis! Malah, mereka selalu memujuk saya untuk memberikan sebiji tablet lagi, “Last mommy, last! Please!!” Kadang-kadang hampir termakan pujuk rayu mereka. Alahai anak, nasib baik ini vitamin, bukan gula-gula!

Yang bestnya tentang suplemen kanak-kanak ini, ia memberikan keseimbangan kesihatan usus setiap hari. Biasalah, anak kecil seringkali mengalami masalah pencernaan yang selalu kita terlepas pandang, yang akhirnya menyebabkan sakit perut, cirit-birit, sembelit, kembung perut dan hilang selera makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi-lagi ketika dalam fasa ingin tahu, ada je benda dimasukkan ke dalam mulut! Makanan yang dah terjatuh ke lantai pun akan dimakan semula tanpa kita sedar. Ini boleh mengganggu sistem pencernaan mereka dan mengakibatkan mereka jatuh sakit, demam dan sebagainya. Inilah yang menjadi kerisauan saya sebagai ibu.

Bukan itu sahaja, saya juga risau bila anak mula menolak makanan dan menjadi ‘picky eater’. Susah sangat nak pujuk mereka makan! Sah, ini mesti ada kaitan dengan masalah sistem pencernaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasib baik VITASEN® PRO-BIOS® Bifido Kids membantu menyeimbangkan kesihatan usus, melancarkan fungsi usus dan meningkatkan penyerapan nutrien.

Lama kelamaan saya nampak perubahan dalam diri anak-anak saya yang semakin kuat makan dan tubuh mereka semakin sihat!

Selalunya kesihatan anak bermula dari perut mereka. Bila sistem pencernaan mereka sihat dan seimbang, hati ibu pun tak risau lagi. Saya syorkan kepada ibu bapa di luar sana untuk mencuba suplemen kesihatan kanak-kanak ini secara harian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa lagi yang akan memastikan kesihatan mereka kalau bukan ibu bapa sendiri, bukan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 4 jenis sakit anak yang TAK BOLEH diabaikan, jangan sampai menyesal di kemudian hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan