Pandai Timing, Anak Datuk Jamal Abdillah Lahir Tarikh Cantik, 10.10, 11.11 & Terkini Dijangka 12.12! Ini Tipsnya...

Pandai timing! Itu mungkin boleh dikaitkan dengan Datuk Jamal Abdillah apabila tarikh lahir anak -anaknya cantik dan yang terkini dijangka pada 12.12.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh lahir anak sering menjadi antara perkara yang penting untuk ibu bapa. Malah ada yang sanggup menjalani pembedahan walaupun boleh bersalin secara normal untuk mendapatkan tarikh yang cantik!

Bagi penyanyi terkenal tanah air, Datuk Jamal Abdillah, beliau yang bakal menimang cahaya mata kelima dijangka pada 12.12 tahun ini juga mungkin tidak terkecuali merancang memberikan tarikh lahir cantik kepada anaknya.

Anak sulung kepada Datuk Jamal Abdillah dan isterinya, lahir pada 10.10.2019 manakala anak keempatnya adalah pada 11.11.2020 dan terkini dijangka 12.12. 2021. Wah! Menariknya!

Di usia 62 tahun Datuk Jamal bakal timang zuriat ke-5, tarik lahir anak cantik pula tu!

kredit: instagram zaiizatti17_

Anak keempatnya masih belum berusia setahun, namun rezeki buat pasangan ini kerana sudah dikurniakan rezeki anak kelima malah dijangka lahir pada tarikh cantik 12.12 pula tu.

Menceritakan mengenai tarikh lahir anaknya, Datuk Jamal berkata anak-anaknya lahir melalui pembedahan, jadi boleh ditetapkan tarikhnya pada tarikh cantik, namun jika tidak pandai timing mungkin tidak berjaya juga kan.

Jadi bagaimana nak dapatkan tarikh cantik untuk anak lahir? Jom kami kongsikan cara yang mungkin anda boleh buat untuk pastikan isteri bersalin pada tarikh cantik.

#1. Merancang untuk ‘bersama’

Untuk mendapatkan bayi pada bulan-bulan tertentu sudah pasti pasangan boleh merancang. Bagaimanapun, perkara ini sudah pastinya bergantung kepada rezeki juga.

Contohnya jika inginkan anak lahir pada bulan Disember, pasangan yang berkenaan bolehlah merancang 9 bulan 10 hari sebelum itu dengan bersama sekerapnya atau ketika waktu subur pada bulan yang berkenaan. 

Contohnya jika anda mahu anak lahir Disember, pada akhir Mac atau April anda sudah boleh ‘bersama’ sekerapnya selain memilih waktu subur pada bulan yang berkenaan untuk memastikan anda boleh mengandung pada bulan April dan seterusnya lahirkan anak pada bulan Disember.

#2. Bersalin cara pembedahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: firstcryparenting

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, memang doktor akan menetapkan tarikh untuk menjalani pembedahan. Ada tarikh tertentu yang akan diberikan doktor bergantung kepada persetujuan pasangan.

Tarikh ini diberikan berdasarkan keperluan bayi untuk lahir dengan selamat dan tidak membahayakan kedua-dua nyawa ibu dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ketika ini doktor akan memberikan tarikh yang sepatutnya si ibu meneruskan proses bersalin secara pembedahan.

Jika ada rezeki untuk bersalin pada tarikh cantik, memang rezeki anda lah. Jika anda melahirkan secara pembedahan di hospital swasta, peluang untuk memilih tarikh cantik adalah lebih cerah!

Rahsia di sebalik tarikh lahir menurut Dr Fadilah Kamsah

kredit: babycenter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah melakukan kajian selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang dipengaruhi oleh bulan kelahiran. Jom kita lihat apakah rahsia tarikh lahir ini:

#1. Januari

  • rajin dan sering menampakkan keuntungan, pandai mengambil hati orang lain, pendiam dan pemalu, melainkan telah kenal. suka mendidik dan menimba ilmu, daya tumpuan yang sangat tinggi dan amat berdisiplin, sayang pada kanak-kanak

#2. Februari

  • berfikiran abstrak, tidak suka dikongkong dan mudah memberontak, sangat berani dan bercita-cita tinggi, amat mudah untuk jadi boros

#3. Mac

  • amat suka memendam rasa, sangat pemalu, namun jujur dan pemurah. cepat simpati dan sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang, tidak cepat marah dan amat amanah, kelam-kabut dalam memilih pasangan dan cenderung untuk jadi pendendam

#4. April

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • sangat aktif dan cepat bertindak, namun cepat juga menyesal, memiliki daya mental yang kuat dan pandai memujuk
  • berani, tiada rasa takut dan sangat suka diberi perhatian, gerak hati yang kuat, namun emosi cepat terusik, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

#5. Mei

  • degil, namun kuat semangat dan bermotivasi tinggi, memiliki pemikaran yang tajam, namun cepat marah, pandai menarik hati orang lain, tetap pendirian dan bersikap sistematik (otak kiri)

#6. Jun

  • berfikiran jauh dan berwawasan, otak sangat aktif dan ada banyak idea, suka menangguh kerja, terlalu memilih, namun mahukan yang terbaik, suka bercakap, buat lawak, berdebat

#7. Julai

  • banyak rahsia dan susah difahami, pendiam namun sangat peramah (jika sudah kenal). tidak suka benda remeh-temeh
  • sangat peka, penyayang, emosi sangat mendalam dan mudah terluka, suka mengenang perkara lalu, suka duduk di rumah dan tidak agresif

#8. Ogos

  • tegas, bersikap pemimpin dan pandai pujuk orang lain, berdikari, teliti, namun cepat cemburu, berbakat dalam bidang seni lukis, hiburan dan silat

#9. September

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • sangat pandai bertolak-ansur, cermat, teliti, teratur, suka tegur kesilapan orang, mudah simpati, amanah, setia, banyak berfikir dan suka mencari maklumat

#10. Oktober

  • suka sembang dan ambil jalan tengah, sopan, sangat menawan, tidak pandai berbohong atau berpura-pura, mudah simpati, pentingkan kawan, cepat marah dan nampak seperti mementingkan diri sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain

#11. November

  • banyak idea, berfikiran ke hadapan, penuh dengan idea, daya firasat yang tinggi dan memiliki pemikiran yang tajam, suka berahsia, namun pandai mencungkil dan mencari rahsia, degil dan terlalu keras hati

#12. Disember

  • bersifat patriotik, kurang sabar dan terburu-buru, suka bercampur dan berkawan, suka dipuji, diberi perhatian dan dimanja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

kredit foto: verywellfamily

Baca juga: Maksud tarikh lahir seseorang menentukan sikapnya, ini #7 sikap anak lahir bulan Julai

Baca juga: Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

Baca juga: 9 perwatakan anak lahir bulan Oktober, no #3 paling tak sangka!

Penulis

Lala Annuar