(Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

Tasik atau taman menjadi pilihan kebanyakan keluarga untuk bersantai. Namun siapa sangka boleh membahayakan anak kecil dalam sekelip mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membawa isteri dan anak-anak keluar bersantai menjadi suatu kemestian bagi memulihkan emosi mereka. Ada yang memilih pergi ke taman, tasik dan juga pantai.

Memandangkan anak kecil teruja meneroka perkara di sekeliling, setiap pergerakan mereka hendaklah sentiasa dipantau bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sewaktu berada di luar rumah.

Anak kecil terjatuh tasik, bapa bertindak pantas terjun selamatkannya

Sekelip mata sahaja ia berlaku. Itulah yang boleh digambarkan apabila tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan seorang kanak-kanak telah terjatuh ke dalam tasik di sebuah taman rekreasi baru-baru ini.

Namun mujurlah si ayah bertindak pantas dengan terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Kejadian itu dengan tidak sengajanya dirakam oleh seorang pengunjung lain yang berdiri bersebelahan dengan keluarga terbabit. Difahamkan ia terjadi disebabkan oleh adanya ruang terbuka pada penghadang.

Anak kecil berkenaan berdiri bersama ibu dan ayahnya sambil melihat ke arah tasik. Walau bagaimanapun kakinya mungkin terpijak bahagian terbuka itu lalu terjatuh.

Rata-rata pengunjung tasik itu terkejut dan suasana menjadi panik. Namun seorang bapa kekal tenang dan segera terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan anaknya.

Dalam video itu juga kelihatan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan dan bapa cuba menenangkannya. Mujurlah tiada kecederaan yang serius berlaku pada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki itu dipuji ramai kerana telah berjaya membawa anaknya keluar dari tasik dengan selamat.

Sekelip mata boleh terjadi kemalangan

Perkongsian video ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mempersoalkan aspek keselamatan di taman rekreasi itu yang membahayakan nyawa kanak-kanak.

Inilah akibat ‘design’ yang mementingkan sedap mata memandang dari keselamatan. Atas memang dah tentu buka, bawah pun kau kasi buka pehal? Hmmm… Arkitek manalah yang ‘design’ ni. Orang Malaysia tak sama perangai & budaya dengan luar negara…

“Nasib baik ayah dia laju dan tenang. Nak buat macam mana benda terjadi sekelip mata…”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ayah yang terbaik untuk melindungi keluarga tersayang.”

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak berisiko lemas di kawasan air

Tidak dinafikan bahawa anak yang masih kecil akan berasa seronok apabila mereka dibawa berjalan ke tasik, pantai mahupun sungai. Namun tahukah anda lemas menjadi antara penyebab utama kematian dalam kalangan kanak-kanak?

Menurut Malaysia Journal of Paediatrics and Child Health (MJPCH), sekitar 600 hingga 700 orang maut akibat lemas setiap tahun di negera ini. Ia boleh berlaku dengan sekelip mata dengan kedalaman air cetek enam sentimeter.

Bayi sejak lahir hingga umur setahun biasanya tidak mudah lemas memandangkan rutin harian mereka banyak bergantung kepada ibu ayah. Namun terdapat kes lemas disebabkan oleh mereka ditinggalkan buat seketika di dalam bilik air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda merancang untuk membawa keluarga bersantai ke kawasan air seperti sungai, tasik mahupun pantai, kami menasihatkan anda mengikut beberapa langkah keselamatan ini.

  1. Sentiasa bersama temani anak dan jangan biarkan mereka bermain sendiri berdekatan dengan air
  2. Jika ingin melalui jambatan atau laluan atas air, pastikan anda melihat terlebih dahulu adakah ada ruang yang terbuka. Jika ada dan tidak sesuai untuk anak kecil, segera meninggalkan tempat berkenaan.
  3. Jangan membiarkan anak berdiri di tepi penghadang berhampiran tasik atau sungai kerana mereka mungkin teruja untuk memanjat dan berusaha untuk lebih dekat dengan air
  4. Jika ke pantai, ibu ayah kena lebih waspada kerana kawasannya agak luas. Duduk bersama anak-anak ketika mereka bermain air. Sifat ombak pantai yang menarik pasir boleh membahayakan nyawa
  5. Daftarkan anak ke program penyelamat nyawa di mana mereka boleh belajar dan membiasakan diri dengan keselamatan air melalui latihan amali yang disediakan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tinggal Tak Sampai Seminit, Ibu Terkejut Tengok Anak Lemas Dalam Baldi Bilik Air

Baca juga: Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

Baca juga:  Sekelip Mata Budak 3 Tahun Mati Lemas, Selepas Terjun Sungai Belakang Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan