5 Waktu Sesuai Untuk Bersama Pasangan Ketika Bulan Puasa, Siapa Kata Tak Boleh Bersama Langsung!

Tak ramai yang tahu apa tata cara berhubungan suami isteri di bulan Ramadhan. Jika anda mula "beraksi" pada 5 waktu ini, pasti anda masih boleh bersama!

Umum tahu, sepanjang bulan Ramadhan, semua umat Muslim di seluruh dunia harus mengawal nafsu makan dan minum. Malah, kita juga perlu menjaga nafsu untuk bersama pasangan. Jadi, apa tata cara berhubungan suami istri di bulan Ramadhan? 

Adakah ketika bulan puasa ini, kita tidak boleh langsung bersama dengan pasangan? Salah! Sebenarnya, anda boleh saja bersama pasangan ketika bulan puasa ini. 

Ada waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk memulakan tata cara berhubungan suami istri di bulan Ramadhan. Antaranya 5 waktu ini. Jom kita semak!

Tata Cara Berhubungan Suami Istri Di Bulan Ramadhan: 5 Waktu Paling Sesuai Untuk Bersama Pasangan

#1 Setelah berbuka puasa

Selepas berbuka puasa, umat Muslim dibenarkan untuk makan dan minum, khususnya setelah matahari terbenam. 

Anda boleh gunakan waktu ini untuk melakukan seks juga! Lepas berbuka, apa kata kalian berehat sebentar di sofa (untuk menurunkan makanan), dan mula “beraksi” di sofa sambil menonton Netflix.

Pasti menarik!

Tata cara berhubungan suami isteri di bulan Ramadhan #2 Setelah solat terawih

Selain itu, salah satu tata cara berhubungan suami istri di bulan Ramadhan adalah dengan melakukan seks selepas solat terawih. 

Solat terawih dilakukan selepas solat Isyak. Jika suami atau anda ke masjid, tunggulah sehingga kalian balik. Ini saat yang terbaik untuk bermesra!

#3 Ketika ingin tidur

Ketika ingin tidur adalah pilihan kebanyakan suami isteri untuk bersama. Takut penat? Anda takkan penat jika anda cuba beberapa posisi yang mudah ini!

Tak banyak bergerak pun 😉

#4 Sebelum Qiyaamul-Layl

Qiyaamul-layl juga dikenali sebagai ibadah Tahajud. Ibadah ini dilakukan di sepertiga malam, atau sekitar pukul 12 hingga 4 pagi.

Hubungan intim yang dilakukan sebelum saat ini pasti lebih memuncak dan memudahkan anda untuk berjaga bagi melakukan ibadah Tahajud!

Jom ambil kesempatan ini.

#5 Selepas Qiyaamul-Layl

Seperti yang disebut di atas, anda juga boleh melakukan hubungan intim dengan pasangan selepas ibadah Qiyaamul-layl. Tapi jangan melambat-lambatkan aksi ya. 

Apabila subuh masuk, anda tidak lagi boleh makan, minum atau berhubungan intim.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Viva

Baca juga:

Siapa Cakap Seks Ketika Bulan Puasa Tidak Dibenarkan? Ada Caranya Tau!

Penulis

Ayu Idris