Sedapnya Tauhu! Bagaimana Nak Memperkenalkan Tauhu Kepada Si Manja

Tauhu kaya dengan nutrisi dan vitamin, malah ia amat mengenyangkan. Sekiranya anda sudah bosan hidangkan makanan yang sama kepada anak, apa kata cuba hidangan ini pula?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanpa kita ketahui, tauhu mengandungi banyak zat dan nutrien yang bagus untuk bayi. Ini yang ibu perlu tahu sebelum kenalkan tauhu kepada si manja serta beberapa resepi yang para ibu boleh lakukan untuk memperkenalkan tauhu untuk bayi.

Teringat pula waktu kecil-kecil semasa ibu memperkenalkan makanan-makanan baru kepada kita. Sebab itu topik pada hari ini pengenalan makanan kepada bayi iaitu tauhu.

Saya juga teringat bahawa ibu saya juga pernah hendak memperkenalkan tauhu kepada saya, tetapi disebabkan ia adalah makanan yang tawar, saya pun menolak suapan tauhu tersebut. Kasihan ibu saya! Atau mungkin, beliau telah memperkenalkan makanan itu terlalu awal atau lewat untuk penerimaan yang baik dari saya? Apa pun, sorry ya ibu! Kini saya berharap sangat dapat makan air tangan ibu tapi apa boleh buat, tak boleh rentas negeri.

Oleh sebab itu, saya akan berkongsi dengan para ibu bila waktu yang sesuai untuk anda memperkenalkan tauhu kepada si manja!

Adakah Anak Saya Sudah Boleh Memakan Tauhu?

Kredit: Freepik

Sekiranya anak anda sudah berusia 6 bulan, maka mereka sudah boleh mula memakan makanan pepejal termasuklah tauhu. Disebabkan tauhu boleh dimasak dan berubah-ubah teksturnya, maka makanan yang kaya dengan kadar nutrisi ini sesuai untuk dimakan oleh si manja seawal usia tersebut.

Dengan tauhu, ibu-ibu boleh memanfaatkan skil masakan dan kreativiti yang mereka ada bagi memudahkan penerimaan si manja kepada tauhu.

Tetapi, kalau anda tiada idea bagaimana untuk memasak tauhu, kami juga akan kongsikan resepi-resepi tauhu yang anda boleh gunakan untuk membuka selera bayi anda!

Resepi Menggunakan Tauhu Untuk Bayi Berselera

Resepi yang bakal kami kongsikan akan mengandungi tauhu dalam pelbagai tekstur: puri, lembut serta pepejal dengan harapan ibu-ibu yang mencuba resepi ini akan berjaya membuka selera si manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1# Bubur Tauhu dan Labu


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tauhu lembut separuh bekas
  • Seulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • Isi ayam
  • Labu manis

Cara memasak:

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan ayam dengan mentega (tidak masin) sehingga naik bau.
  • Masukkan setengah air cawan dan labu, biarkan sehingga labu lembut.
  • Masukkan tauhu sehingga air mendidih sekejap sahaja.
  • Tumis kesemua bahan masakan tadi sehingga ia menjadi seakan-akan sup atau puri.

Sumber resepi: SarahCheDan

2# Kiub Kacang Tauhu

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tauhu
  • Minyak kacang atau minyak avokado
  • Satu sudu besar mentega kacang

Cara memasak:

  • Potong tauhu kepada kiub bersaiz gigitan dan biarkan di atas tisu kertas
  • Panaskan minyak di atas kuali dan masukkan tauhu secara perlahan-lahan apabila minyak sudah panas. Pastikan tauhu tidak hancur!
  • Gaulkan tauhu sehingga ia berwarna perang muda
  • Campurkan satu sudu besar mentega kacang bersama minyak avokado/kacang dan gaulkan sehingga ia menjadi pekat seakan-akan sos
  • Campurkan tauhu yang telah digoreng ke dalam campuran sos

*Jika si manja anda mempunyai alahan terhadap kacang, anda boleh menggunakan bahan-bahan lain seperti telur, halia atau minyak bijan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber resepi: Solid Starts

3# Tau Foo Fah


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tauhu lembut
  • 7 biji kurma
  • Air panas

Cara masakan:

  • Rendamkan kurma yang telah dibuang biji di dalam air panas sehingga lembut
  • Selepas kurma lembut, masukkan kurma bersama air rendaman ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi puri yang agak cair
  • Potongkan tauhu lembut dengan perlahan-lahan
  • Tuangkan puri kurma tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tauhu yang telah dipotong

Sumber resepi: Harlinda Halim.com

Bukan sahaja resepi-resepi tauhu untuk bayi ini membuatkan si manja dan anda juga kecur air liur, tetapi ia juga mempunyai banyak kebaikan-kebaikan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kaya kandungan nutrisi

Walaupun tauhu rasanya agak tawar jika tidak dicampuri apa-apa bahan lain, tetapi ia makanan yang kaya dengan nutrisi seperti kalsium, zat besi dan zink; ketiga-tiga nutrien ini diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan baik.

  • Tekstur yang lembut

Tanpa perlukan huraian yang panjang, kita semua sudah sedia maklum bahawa tekstur tauhu yang lembut amat bersesuaian untuk si manja yang masih baru hendak tumbuh gigi dan ia juga mudah ditelan disebabkan kelembutan teksturnya.

Seronok kan apabila si manja sudah boleh mula makan? Kita pun boleh menjadi kreatif dalam menyediakan makanan mereka sambil mengetahui apa yang si manja gemar dan tidak gemar.

Selamat mencuba, ibu-ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan – Berkhasiat & Super Yummy!