Tayangan Perdana 'Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses', Isnin, 29 November di HBO GO

Tayangan perdana Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses akan diadakan pada Isnin, 29 November 2021 di HBO GO. Saksikan bersama seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tayangan perdana Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses akan diadakan pada Isnin, 29 November 2021 di HBO GO.

Ia akan dihoskan oleh pelakon pemenang Anugerah Akademi, Helen Mirren. Tayangan perdana ini dianggap sebahagian daripada perayaan magis untuk meraikan ulang tahun ke-20 filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone.

Peminat Malaysia boleh menonton filem di Cartoon Network (Astro Ch 615) pada setiap Sabtu jam 8 malam atau penstriman di HBO GO.

Para pelakon Harry Potter, Tom Felton, Simon Fisher-Becker, Shirley Henderson, Luke Youngblood, dan ramai lagi akan membuat penampilan istimewa bersama peminat selebriti Pete Davidson, dan Jay Leno dalam acara istimewa ini.

Tayangan Perdana ‘Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses’, Isnin, 29 November 

Pertandingan ini akan menampilkan peminat yang mewakili rumah Hogwarts mereka masing-masing dalam pasukan bertiga dan bersaing dalam empat pertandingan epik menjawab ratusan soalan trivia Wizarding World dengan bantuan daripada penonton secara langsung.

Saksikan di HBO GO pasukan mana yang paling berpengetahuan tentang latar belakang Harry Potter dan yang akan membawa pulang trofi kejuaraan Hogwarts Tournament of Houses.

Pertandingan jawab soalan trivia Wizarding World

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah jadual lengkap kejohanan ini:

  • Gryffindor vs. Hufflepuff, Isnin, 29 November 
  • Ravenclaw vs. Slytherin, Isnin, 6 Disember
  • The Wildcard Round, Isnin, 13 Disember 
  • The Grand Finale, Isnin, 20 Disember

Peminat berpeluang menang koleksi Wizarding World & hadiah edisi khas Mattel-Harry Potter Scrabble

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para peminat juga dijemput untuk melawati laman web, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut yang menjadi fenomena selama bertahun lamanya.

Anda juga berpeluang merebut merebut koleksi Wizarding World eksklusif Spin Master dan permainan papan edisi khas Mattel – Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air di sana. 

Jangan lupa untuk mengikuti dan berkongsi semua keterujaan di media sosial dengan #20YearsofMovieMagic.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Strimkan Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses dan semua filem Harry Potter di HBO GO.

Langgani HBO GO di www.hbogoasia.my/ ataupun melalui App Store or Play Store dengan harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Nilai Murni Dalam Siri LEGO NINJAGO, Ini Sebabnya Mengapa Ia Bagus Untuk Anak-Anak

Baca juga: Club Mickey Mouse Musim Ke-4 Menyediakan Rancangan Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Baca juga: Filem Dumbo, 3 Sebab Kenapa Kisah Menyayat Hati Si Gajah Terbang Ini Perlu Ditonton Seisi Keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar