X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Club Mickey Mouse Musim Ke-4 Menyediakan Rancangan Eksklusif Di Disney+ Hotstar

4 min bacaan
Club Mickey Mouse Musim Ke-4 Menyediakan Rancangan Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Club Mickey Mouse Malaysia bagi musim ke-4 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2021 dengan membawa pelbagai keseronokan dan hiburan buat seisi keluarga

Buat pertama kalinya, Disney+ Hotstar mengumumkan tayangan perdana eksklusif secara live action dengan membawakan Club Mickey Mouse Malaysia Musim 4 yang dilancarkan di platform bermula 28 Julai 2021.

Sempena musim baharu ini, ia menyediakan sebanyak 13 episod yang menjanjikan keseronokan berganda berbanding sebelum ini. Ada pelbagai muzik asli, tarian, lagu, permainan dan aksi akrobatik bagi menghiburkan penonton di rumah.

Club Mickey Mouse Malaysia dengan barisan selebriti baharu

club mickey mouse

Episod baharu ini dapat ditonton sekali sahaja dalam seminggu iaitu pada hari Rabu, bermula 28 Julai 2021. Manakala episod terakhir tayangan perdana pada 20 Oktober 2021.

Club Mickey Mouse Malaysia musim ke-4 ini juga menampilkan personaliti media sosial dan empat kali Pemenang Pingat Emas KL Antarabangsa Wushu, Eric Lau Lofstedt yang berusia 22 tahun.

Dia bergabung sebagai Head Mouseketeer yang baharu bersama dengan Melynna Rose berusia 14 tahun dari Disney Wizards of Warna Walk membuat debutnya sebagai Mouseketeer yang termuda.

Bukan itu sahaja, gabungan ini juga melibatkan 5 lagi Mouseketeers iaitu Wafiy yang aneh, Erissa penuh semangat, Gabriel kurang akal, Faiz yang hebat dan Ellya yang bersemangat.

Advertisement

Selain itu, musim kali ini turut memiliki barisan kru yang berbakat, diketuai oleh Penerbit Eksekutif Lina Tan. Dia mempelopori produksi bersama pengarah pemenang anugerah, Shamyl Othman dan Pengarah Muzik, Audi Mok yang juga pemenang anugerah Anugerah Industri Muzik (AIM).

Paling mengujakan, Club Mickey Mouse Malaysia menampilkan tetamu selebriti baharu iaitu pelakon Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly dan Alyssa Dezek; Angkasawan Malaysia, Dr Faiz Khaleed; si genius Matematik, Yaashwin Sarawanan; penyanyi Sarah Suhairi dan De Fam; Penyelam Olimpik Cheong Jun Hoong; serta influencer Cupcake Aisyah.

Keistimewaan Club Mickey Mouse Malaysia Musim Ke-4

kelab mickey mouse

Apa yang membezakan Club Mickey Mouse Malaysia pada kali ini dengan sebelumnya ialah buat pertama kalinya dalam sejarah melancarkan siri web It’s Game Time. Sebanyak 9 laman web pendek akan muncul di media sosial Instagram dan Youtube Club Mickey Mouse.

Ia menampilkan beberapa pertandingan dan cabaran yang perlu diselesaikan oleh Mouseketeers. Semua cabaran ini adalah bertujuan untuk menghiburkan para penonton di rumah sepanjang musim.

Club Mickey Mouse Malaysia turut menampilkan tayangan perdana Youtube eksklusif bertajuk Club Mickey Mouse Fan Fest pada 24 Julai 2021, pada jam 4 petang supaya peminat dapat bertemu dan berbual dengan Mouseketeers.

Bagi menikmati tayangan perdana ini, para peminat boleh mengikuti laman Youtube DisneyPlus Hotstar Malaysia.

Menurut ketua Mouseketeers, Eric Lau Lofstedt berkata musim ke-4 ini menjanjikan para peminat dengan suatu perjalanan lebih liar dan menyeronokkan.

”Musim 4 ini menampilkan lagu dan muzik yang lebih asli, koreografi tarian baharu, webisode dan pelbagai backflips menarik! Saya juga melihat secara langsung bakat serta dedikasi besar dari barisan kru musim ini dan berharap agar para peminat lama dan baharu dapat belajar, menikmati, menyanyi dan menari bersama kami.” katanya.

Para pelanggan boleh mendaftar program Disney+ Hotstar

Disney+Hotstar

Sebelum ini Club Mickey Mouse telah menghiburkan seisi keluarga dengan barisan muzik, komedi, permainan dan kehadiran tetamu selebriti. Meskipun episod Musim 4 ditayangkan setiap minggu bermula 28 Julai 2021, Musim 1 hingga 3 sudah tersedia disiarkan dalam program Disney+ Hotstar.

Para pelanggan boleh mendaftar di DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS bagi memulakan streaming Disney+ Hotstar dengan harga RM54.90 *selama tiga bulan.

Manakala bagi pelanggan Astro Movies Pack boleh mengaktifkan saluran istimewa mereka di astro.com.my/Disney sekarang dan mula menayangkan rancangan kegemaran di Disney+ Hotstar. Pakej khas dengan Disney+ Hotstar tersedia untuk pelanggan Astro lain di astro.com.my/Disney.

Anda juga boleh mengikuti akaun rasmi @clubmickeyhousemy dan @disneyplushotstarmy di Instagram bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Club Mickey Mouse Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khas Buat Pengguna Astro, Disney+ Hotstar Tampilkan 800 Filem Disney BEST & Terhebat

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Club Mickey Mouse Musim Ke-4 Menyediakan Rancangan Eksklusif Di Disney+ Hotstar
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham