Ted Stokin Disaran Doktor Untuk Ibu Berpantang Caesar, Berkesan Elak Risiko Darah Beku

Ted stokin bukanlah seperti stokin biasa. Ia disaran oleh doktor untuk ibu berpantang caesar untuk mencegah darah beku pada bahagian kaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melahirkan anak, semua ibu akan melalui tempoh berpantang bagi mengembalikan semula kesihatan tubuh badan. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti memakai stokin TED, mendapatkan suntikan heparin untuk mencairkan darah dan menjaga luka pembedahan dengan baik.

Menurut perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Wan Ira ramai sebenarnya tidak tahu tujuan doktor menyarankan para ibu memakai TED stokin ketika tempoh berpantang.

TED stokin untuk ibu berpantang caesar bukan seperti stokin biasa

Ramai orang tak faham kenapa doktor sarankan ibu-ibu selepas bersalin secara Caesar supaya pakai stokin TED atau Thromboembolic disease (TED) atau compression stokin. Ini bukan stokin biasa-biasa, ia stokin kesihatan yang mampu mengelakkan masalah darah beku.

Bukan sebab takut masuk angin! Memang angin tak boleh masuk dalam kaki melalui kulit. Tiada kebocoran atau lubang-lubang kat kaki yang boleh membenarkan angin masuk. Ini bukan stokin ajaib!

Ada sebab saintifiknya kenapa ia berkesan membantu pesakit. Meh nak cerita sikit.

Bila jantung kita mengepam darah, darah akan mengalir dengan sangat laju melalui saluran darah ARTERI ke arah semua bahagian badan, sebab sel-sel badan nak pakai oksigen yang dibawa oleh sel darah merah.

Tetapi bila dah sampai kat kaki, oksigen telah dilepaskan dari sel darah merah kepada tisu badan, pengaliran darah yang kurang oksigen yang nak berpusing balik ke arah jantung menjadi lebih perlahan, melalui saluran darah VENA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanakah darah nak mengalir balik ke arah jantung dalam saluran vena, jika tidak dipam semula, sedangkan kaki kita di bawah badan, dan jantung kita di atas badan?

Jawapannya ialah:

  • Saluran vena berkedudukan di antara otot-otot kaki dan ketebalan dinding vena lebih nipis dari dinding arteri.
  • Bila kita berjalan, bersenam dan berlari, pergerakan otot-otot kaki akan pam darah dalam saluran vena ke arah jantung.
  • Di dalam vena ada injap, yang menjadikan pergerakan darah sehala ke arah jantung, macam lorong sehala dan injap-injap tak benarkan darah berpatah balik jatuh ke bawah.

Apakah yang boleh menyebabkan darah beku dalam saluran vena?

1) Tiada pergerakan kaki dan pengaliran darah yang terlalu perlahan

Maka semua pesakit yang baru menjalani pembedahan, pesakit yang terlalu uzur untuk berjalan akan digalakkan pakai TED stokin atau compression stokin sebab stokin ini bertindak seperti pam untuk membantu pengaliran darah kembali ke arah jantung.

Selain dari itu, doktor menasihatkan mereka yang berisiko tinggi mendapat suntikan cairkan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2) Obesiti

Sebab bila anda mempunyai berat badan berlebihan, ada lemak yang berkumpul di bahagian abdomen dan berat badan berlebihan ini jugamemperlahankan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.

Sebab kedua ialah bila anda obesiti, ada lebih keradangan di dalam dinding saluran darah yang memperlahankan perjalanan darah dengan lancar.

Sebab inilah ibu-ibu yang obesiti akan dinasihatkan pakai stokin atau stoking jenis ini dan mungkin perlu suntikan ubat cair darah walaupun belum bersalin lagi.

3) Injap saluran vena yang tidak berfungsi dengan baik

Inilah yang menyebabkan saluran vena timbul keluar dan dinamakan VARICOSE VEIN (orang tua kata urat timbul, tetapi ini bukan urat, inilah saluran vena).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4) Darah yang pekat

Ini berlaku jika kekurangan minum air, dehidrasi, kehilangan darah yang banyak, ibu yang hamil atau baru bersalin disebabkan oleh hormon kehamilan yang meransangkan hati membuat lebih protin yang memekatkan darah atau jika ada masalah penyakit darah yang tertentu.

Sebab inilah doktor suruh ibu-ibu selepas bersalin supaya minum dengan cukup, TAK BOLEH CATU AIR semasa berpantang sebab ini boleh memudaratkan ibu-ibu yang baru bersalin, terutama sekali bila air badan diperlukan untuk membuat susu untuk penyusuan bayi.

Semoga anda semua faham apakah stokin TED dan stokin compression dan kenapa doktor memberi saranan pakai stokin pantang ini dan suntikan mencairkan darah untuk pesakit-pesakit yang berisiko tinggi.

Masalah darah beku yang boleh membawa kematian jika ia masuk ke dalam saluran darah paru-paru.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wajib Mandi Wiladah Selepas Bersalin Czer Atau Keguguran, Ramai Ibu Tidak Tahu, Ini Caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Jangan Pakaikan Kasut Pada Bayi Yang Belum Berjalan, Stokin Je Dah Cukup : Doktor

Baca juga: Pandu Kereta Selepas Bersalin Czer/Normal, Doktor Tetapkan 9 Syarat Penting Ibu Kena Ikut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan