Tekstur makanan bayi yang pelbagai ada sebabnya bukan saja-saja seperti tidak mahu bayi tercekik dan sebagainya. Ia sebenarnya boleh mempengaruhi banyak perkara berkaitan bayi anda.
Nampak macam tiada kaitan antara tekstur makanan bayi dengan keupayaannya bercakapkan? Tetapi itulah hakikatnya. Tekstur makanan bayi mempengaruhi dan membantunya bercakap pada masa yang sepatutnya nanti.
Tekstur makanan bayi pengaruhi dia bercakap
Menurut seorang dietitian, Fizah Sobri, makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah,otot mulut dan kuatkan otot tersebut untuk sedia bercakap.
Disebabkan itu pentingnya tekstur makanan ini pada bayi anda. Berikut adalah perkongsiannya:
Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun
Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang
Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah,otot mulut dan kuatkan otot tersebut untuk sedia bercakap
Ibarat kita kalau tak training/gym tak jadi la berketul ketul macam Dwayne ‘The Rock’ Johnson
Cuba sebut huruf huruf L, M, C dan lain lain…semua memerlukan lidah dan mulut untuk membuat bunyi.
Setiap tekstur makanan ada kesannya
Setiap tekstur makanan yang diberikan kepada bayi ada kesannya kepada perkembangan mereka terutama perkembangan otot di mulut. Ia mempunya beberapa peringkat yang boleh membantu anak anda bercakap:
#1. Stage 1 (Puri)
Dalam keadaan puri bayi hanya
– merasa makanan dan telan
– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– transition dari susu ke makanan pelengkap
– jangan risau kalau baby tak nak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
#2. Stage 2 (Lenyek)
Dalam keadaan lenyek
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– lidah dah mula sensori rasa, Itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7 hingga 8 bulan
– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2 hingga 3 sudu besar sekali makan
#3. Stage 3 (Lenyek ke kasar)
Dari lenyek ke kasar
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapat cabaran untuk mengunyah ketika makan
– kuantiti 3 hingga 5 sudu besar sekali makan
– dah campur karbohidrat + protein + serta dalam setiap hidangan
#4. Stage 4 (kasar ke potongan kecil tapi lembut)
Dari kasar ke potongan yang kecil tapi lembut
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– kuantiti 5 hingga 7 sudu besar
– memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Anak perlu enjoy makan, ubah tekstur perlahan-lahan bukan mendadak
Menurutnya, jangan risau rumah bersepah atau lantai ‘makan’ lagi banyak dari anak. Katanya itu senang saya nak kemas tetapi mahu bagi anak enjou makan itu lagi susah. Jadi berkorbanlah sedikit.
Selain itu, katanya anda perlu ubah tekstur makanan anak secara perlahan-lahan bukannya mendadak.
Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1 x makan lenyek 2x puri, keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri
Seterusnya 3x lenyek
Bagi anak yang terlepas nak tukar texture dont worry
Contoh anak dah 1 tahun tapi baru Stage 2…tetap kena ada peralihan tekstur mengikut turutan tapi boleh buat dengan lebih cepat, tak perlu nak tunggu berbulan bulan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Fizah Sobri
Kredit foto : Sumber
Baca juga:
https://my.theasianparent.commenu-simple-untuk-anak