Tukar Tekstur Makanan Bayi Seawal 7 Bulan, Ibu Tidak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh Dahulu

Tekstur makanan bayi anda perlu ditukar mengikut pertambahan umur mereka kerana ia akan memberi kesan terhadap kebolehan bercakap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya, kenapa tekstur makanan bayi perlu ditukar mengikut pertambahan umurnya?

Menurut perkongsian babyfoodmarket.my, ada sebab penting mengapa tekstur makanan si perlu ditukar mengikut perkembangan umur. Ia adalah untuk membantu kemahiran bertutur.

Kebolehan bertutur sangat berkait rapat dengan kebolehan oral anak termasuklah pergerakan lidah dan rahang yang banyak berkait dengan pemakanan. 

Tekstur makanan bayi perlu ditukar, penting untuk pertuturan yang lancar

Jadi, mengapakah perlu ditukar tekstur dan mengapa tidak boleh daripada puri hancur terus diberikan makanan keras seperti orang dewasa dan apa kaitannya kebolehan anak bercakap dengan tekstur makanan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan perkongsian itu, perkembangan kemahiran bayi adalah paling cepat antara umur 0 hingga dua tahun. Jadi sebagai ibu ayah, kita perlu membantu dengan sebaiknya untyk kemahiran berkenaan terus berkembang. 

Salah satunya adalah daripada pemakanan kerana pemakanan ini akan melatih anak anda menggunakan lidah dan menggerakkan rahangnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekstur makanan yang sesuai mengikut umur anak

Tekstur makanan anak perlu diubah mengikut pertambahan umurnya iaitu daripada enam bulan hinggalah seterusnya. Berikut adalah beberapa tekstur makanan yang sesuatu mengikut umur anak.

#1. 6 bulan – tekstur puri

  • Perlu kisar dan tapis. Tektur perlu halus seperti yogurt
  • Tekstur paling sesuai adalah puri
  • Ketika ini anak akan merasa makanan dan telan
  • Sesuai ketika memperkenalkan makanan atau sesuatu yang baru kepada bayi enam bulan
  • Peralihan daripada susu ke makanan pelengkap
  • Pada umur ini jika bayi tidak mahu makan banyak, satu atau dua sudu besar sudah memadai
  • Pada peringkat ini tujuannya hanya untuk memberi bayi merasa makanan bukan untuk mengenyangkan

#2. 7-8 bulan

  • Tekstur semi halus, hanya perlu dikisar dan lebih padat.
  • Pada usia ini, bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
  • Lidah sudah mula ada sensori rasa, disebabkan itulah pada fasa ini bayi suka mengutip benda dan meletakkannya di dalam mulut kerana itulah cara mereka ‘merasa’.
  • Sensori di lidah jauh lebih banyak daripada tangan
  • Kuantiti makanan diperlukan semakin banyak untuk memenuhi keperluan bayi iaitu 2-3 sudu besar sekali makan

#3. 9-10 bulan

  • Tekstur separuh kasar, tidak perlu dikisar dan tapis, hanya lenyekkan. Semua sayuran dan protein perlu dicincang
  • Ketika ini perlu kuatkan lidah bayi untuk menggolek makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
  • Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
  • Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
  • Ketika ini perlu campur karbohidrat, protein dan serat dalam setiap hidangan

#4. 11 bulan

  • Tekstur kasar seperti nasi biasa, tetapi lembik
  • Perlu dibuat potongan kecil untuk makanan
  • Buan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga kemahiran motor halus iaitu anak boleh mengutip dan meletakannya dalam mulut. Sesuai untuk mula menyediakan finger food untuk bayi
  • Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi bayi) tak lama lagi
  • Kuantiti makanan 5 – 7 sudu besar
  • Mencipta keseronokan waktu makan kepada bayi, sambil makan sambil bereksperimen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Baca juga:  Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja

Baca juga:  Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Penulis

Lala Annuar