Telapak Tangan Gatal Petanda Apa, Benarkah Anda Bakal Terima Duit? Ini Jawapannya!

Telapak tangan gatal petanda apa sebenarnya? Ramai yang berpendapat bahawa ia adalah tanda tuah dan seseorang bakal menerima duit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin pernah mengalami rasa tidak selesa apabila bahagian telapak tangan gatal sehingga tertanya-tanya telapak tangan gatal petanda apa. Biarpun ada sesetengah orang berpendapat bahawa ia tanda bakal menerima duit, namun hakikatnya boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Kegatalan yang terjadi sevara terus menerus boleh menganggu aktiviti seharian anda. Keadaan ini umumnya tidak berbahaya, namun boleh jadi petanda masalah lebih serius.

Telapak tangan gatal petanda apa? Ini yang perlu anda tahu

credit to sources

Rasa gatal di tangan boleh belaku kepada sesiapa sahaja. Rasa yang tidak selesa membuatkan anda ingin menggaru pada bahagian ini. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai pruritus.

Kadang-kadang semakin digaru, semakin anda alami rasa gatal yang tidak reda dan bertambah kuat sehingga menyebabkan luka pada kulit.

Antara penyebab ini berlaku ialah:

#1. Telapak tangan gatal petanda apa- iritasi pada kulit

Bahan kimia atau kandungan tertentu misalnya yang terdapat dalam pencuci pakaian boleh menyebabkan iritasi pada telapak tangan. Bukan itu sahaja, menggosok atau menyikat sesuatu yang keras juga menjadi penyebab ia berlaku.

Iritasi kulit akan mengakibatkan telapak tangan anda menjadi gatal, kering dan menggelupas. Antara bahan lain yang mampu mengiritasi kulit ialah sabun, cecair antiseptik dan minyak wangi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Reaksi alergi

Jika anda mengalami alahan terhadap sesuatu, ada kemungkinan juga untuk mengalami telapak tangan gatal. Tidak kira bahagian kiri atau tangan, ia boleh berlaku secara cepat ataupun beberapa jam selepas anda menyentuh atau memakainya.

Biasanya, ia merangkumi bahan perhiasan, sarung tangan, debu atau tanah.

#3. Tindak balas ubat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Telapak tangan gatal juga boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu yang anda makan. Misalnya, pengambilan ubat-ubatan tertentu akan membawa alahan pada tubuh badan seperti gatal telapak tangan.

Hal ini kerana histamin yang menyebabkan gatal tersebut banyak terkumpul pada bahagian kaki dan tangan.

#4. Tangan gatal akibat kulit kering

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kulit boleh menjadi kering kerana masalah cuaca atau sebab lain sehingga menyebabkan kegatalan pada bahagian telapak tangan. Terlalu kerap mencuci tangan dengan air panas juga boleh membuatkan keadaan bertambah teruk.

Kulit akan kehilangan kelembapan dalam tempoh 60 saat setelah anda mencuci tangan. 

#5. Psoriasis

Psoriasis ialah penyakit kulit yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel secara tidak terkawal. Pertumbuhan abnormal ini membuatkannya tidak menggelupas secara semula jadi sehingga ia terkumpul di permukaan kulit.

Dalam pada itu, ia juga boleh terjadi dimana-mana bahagian tubuh termasuklah telapak tangan. Ketika mengalami psoriasis, anda akan berdepan rasa gatal, melepuh kemerahan, kulit pecah, sakit dan bengkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Sirosis bilier primer

credit to sources

Gangguan autoimun yang dikenali sebagai sirosis bilier primer boleh menyebabkan telapak tangan gatal. Gangguan ini mempengaruhi saluran hempedu yang menghubungkan organ hati ke perut.

Hempedu yang mengalir di antara kedua organ tersebut boleh berkumpul di hati dan menyebabkan gejala seperti tapak tangan gatal, berasa mual, sakit tulang, air kencing gelap dan penyakit kuning.

#7. Ekzema

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekzema merupakan penyakit kulit yang boleh menyerang mana-mana sahaja bahagian tubuh, tidak terkecuali telapak tangan. Keadaan ini menyebabkan anda berasa sangat gatal, timbul bercak-bercak kemerahan atau coklat.

Selain itu, ekzema juga menyebabkan timbulnya biji-biji kecil yang boleh pecah. Kulit kering akibat ekzema ini boleh berdarah dan menjadi teruk. Antara golongan berisiko mengalami ekzema pada telapak tangan ialah yang bekerja terdedah kepada wap air berlebihan atau bahan kimia.

Cara mengatasi masalah kulit tangan gatal dan kering 

  • Menggunakan lendir dari pokok lidah buaya. Ia dikatakan sangat berkesan sekiranya anda mengalami kulit tangan kering kerana merupakan bahan semula jadi, mengandungi antibiotik dan antiradang.
  • Memilih sabun cuci tangan yang tidak beralkohol. 
  • Memakai pelembap dengan kandungan minyak kelapa, minyak jojoba, cocoa butter dan gliserin.
  • Hindari penggunaan air dryer untuk mengeringkan tangan selepas mencuci.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Perubahan Hormon, Ini 7 Penyebab Payudara Sering Gatal Ketika Mengandung