Telefon Untuk Anak, Perlu Atau Tidak? Ini Keburukan Jika Anak Terbiasa Menggunakan 'Smartphone'

Telefon untuk anak perlu menjadi antara topik yang dibincangkan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga kerana kesannya terhadap perkembangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah telefon untuk anak perlu? Itu antara persoalan daripada ibu bapa yang runsing sama ada mahu membelikan telefon buat anak mereka ataupun tidak. Sebelum anda mengambil keputusan untuk menghadiahkan anak anda telefon, fikirkan dahulu apa kesan-kesannya.

Telefon Pintar Mengubah Cara Kanak-Kanak Berinteraksi

Jika diimbas kembali, anda yang pernah menjadi kanak-kanak pada zaman sebelum wujudnya telefon pintar hanya mempunyai akses kepada teknologi seperti komputer ketika berada di sekolah. Itupun kemungkinan anda hanya dapat menggunakannya sekali dalam seminggu.

Jika anda antara kanak-kanak yang bernasib baik, mungkin rumah anda ada television legend’ yang berbentuk kotak dan besar serta berat. Bolehlah anda berhibur ketika berada di rumah, tapi dulu kan tak semua keluarga ada hiburan ini.

Hari ini, kanak-kanak seawal usia lapan tahun bukan sahaja memiliki telefon pintar malahan turut memiliki akaun media sosial. Selalunya mereka akan menghabiskan masa berjam-jam setiap hari menonton apa sahaja rancangan dalam skrin kecil itu.

Telefon Untuk Anak

Ibu bapa mempunyai alasan mereka sendiri untuk memberikan telefon pintar kepada anak mereka, dan alasan yang utama adalah untuk berhubung. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk memberikan telefon pintar kepada anak mereka untuk mendapatkan lebih banyak masa lapang buat mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda hanya mahukan sedikit masa lapang untuk merehatkan minda anda selepas melakukan pekerjaan anda atau melayan karenah anak anda, sebab itu anda memilih untuk memberikan mereka telefon pintar. 

Anda mungkin pernah melihat amaran tentang keburukan penggunaan telefon buat diri anda dan kanak-kanak. Tetapi disebabkan penggunaannya yang meluas, ia menjadi sukar untuk kita mengelak daripada menggunakan telefon. Disebabkan itu, ramai yang rasa bersalah untuk seketika kemudian melupakan amaran itu.

Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya memikirkan dan membincangkan penggunaan telefon pintar bagi anak anda. Menerusi satu kajian Pew Research Center 2023, mereka mendapati 95% remaja menggunakan telefon pintar dan 58% daripada remaja menggunakan aplikasi popular TikTok setiap hari.

Bahaya Penggunaan Telefon Pintar

Semakin banyak masa anak anda luangkan bersama telefon pintar, semakin mereka terdedah dengan bahaya yang mereka sendiri mungkin belum bersedia untuk hadapi seperti kecurian identiti, pornografi, pedofilia dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak cukup dengan itu, ada juga kajian mengenai bagaiman media sosial mempengaruhi cara anak anda melihat diri mereka sendiri. Dalam satu buku bertajuk “The Conquest of Happiness”, penulisnya Bertrand Russell berkata “kebiasaan berfikir yang suka membandingkan adalah satu pemikiran yang mematikan.”

Jika kita lihat, itulah yang media sosial promosikan. Ia membuatkan anak anda membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain. “Siapa yang ada bentuk badan yang lebih menarik”, “Siapa yang ada lebih banyak duit”, “Kehidupan siapa yang lebih menari”, “Siapa yang ada lebih ramai kawan”, “Siapa yang ada lebih banyak tanda suka”.

Mungkin anda berfikir, anda hanya membenarkan anak kecil anda menonton rancangan kartun kanak-kanak di telefon mereka, namun algoritma media sosial seringkali bertukar-tukar. Ada masanya anak anda mungkin akan menonton rancangan realiti kanak-kanak seperti ‘Roma and Diana’.

Rancangan seperti ini yang memaparkan kekayaan keluarga itu kerana  mereka mampu membeli pelbagai permainan akan menganggu pemikiran anak anda. Mereka akan mempersoalkan mengapa anda tidak membelikan mereka permainan seperti itu sekaligus menimbulkan rasa tidak adil dalam diri mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi untuk anak yang sedang menginjak ke fasa remaja dan praremaja. Fasa ini merupakan antara fasa yang paling sukar bagi pembesaran anak anda, ditambah lagi dengan tekanan untuk menjadi seperti individu yang mereka tonton menerusi media sosial.

Menurut WHO, kadar peningkatan bunuh diri dalam kalangan remaja juga semakin meningkat. Walaupun penggunaan media sosial bukan faktor utama, namun dalam beberapa kes ia merupakan antara penyumbangnya.

Adakah Anak Anda Perlu Diberikan Telefon?

Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini, termasuk daripada penyelidik sendiri. Oleh kerana itu, penggunaan telefon dalam kalangan kanak-kanak harus dibincangkan secara berterusan di rumah.

Anda perlu fikirkan tentang bahaya ketagihan menggunakan telefon pintar terutama media sosial. Sebagai ibu bapa, pastikan anda mengajar anak anda untuk tidak obses dengan kehidupan orang lain.

Ajar juga anak anda untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain yang mungkin mereka kenal atau tidak kenal kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental anak anda disamping tidak mendatangkan sebarang manfaat buat diri mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tunjukkan kepada anak anda kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mengekalkan perbualan serta tahu bila masa yang sesuai untuk mengundurkan diri daripada sesuatu perbualan adalah kebolehan yang memerlukan latihan. Mereka perlu tahu dan faham bahawa merasa bosan itu adalah normal.

Kami tidak mengatakan anak anda tidak boleh menggunakan telefon pintar atau peranti lain. Tetapi ibu bapa sepatutnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak anda. 

Banyakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan fizikal seperti berpegangan tangan atau berpelukan. Lebihkan juga aktiviti yang mana anda perlu bercakap dan berbincang atau berangan-angan bersama anak anda.

Kehidupan kita ini singkat, namun zaman kanak-kanak lagi singkat. Anda perlu memberikan bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga anda untuk menyelamatkan zaman kanak-kanak anak anda daripada dihabiskan dalam telefon.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Penggunaan Telefon Pintar Mengganggu ‘Visual Berfungsi’ Kanak-Kanak

Baca juga: Telefon pintar boleh beri kesan buruk hingga anak lambat bercakap?

Baca juga: Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Beri Anak Main Telefon? Ini Panduan Berguna Buat Ibu!

Penulis

Anis